Kejam! 2 beradik campak ibu keluar tren


Dakhaliya, Mesir: Dua adik-beradik perempuan warga Mesir bertindak kejam dengan menghumban ibu mereka dari kereta api selepas mereka dilapor bertengkar.

Wanita berusia 50 tahun itu dilapor memarahi anak perempuannya berusia 21 tahun kerana berkelakuan tidak senonoh ketika dalam perjalanan menggunakan kereta api di Dakhaliya, utara Mesir.

Teguran itu menyebabkan mereka bertengkar dan seorang lagi anak perempuannya berusia 23 tahun bertindak menyebelahi adiknya.

Kedua-dua suspek kemudian didakwa bertindak mengangkat dan menghumban ibu mereka menerusi tingkap kereta api itu.


Wanita itu mati serta-merta akibat digilis kereta api yang berhenti selepas seorang lagi anak perempuannya berusia 27 tahun dan suaminya menjerit.


Kedua-dua suspek ditahan polis. - Agensi

Sumber: Harian Metro


1 comment: