Shah Alam: “Saya tidak perlu kecewa dengan apa yang berlaku (diisytihar muflis). Ada macam-macam lagi kes yang menyebabkan seseorang boleh jadi begini. Hidup perlu diteruskan dan saya kena laluinya,” ujar Amy Search mengesahkan desas-desus dirinya dikaitkan dengan perkara ini.
Sebelum ini Amy menerusi syarikatnya menerima notis tuntutan pembayaran daripada Wanaf Logistics (M) Sdn Bhd (Wanaf) kerana tidak membayar kos perkhidmatan mereka untuk Konsert Search Di Awan Biru pada 2009.
Dia dikatakan tidak menghiraukan tuntutan itu menyebabkan Wanaf membawa kes ke mahkamah. Menerusi laman sosial Facebooknya semalam, penyanyi bernama Suhaimi Abdul Rahman, 51, itu meluahkan perasaan kecewanya terhadap apa yang berlaku.
Daripada kenyataan yang dimuat naik itu, Amy seperti ingin menjelaskan perkara sebenar yang menyebabkan dirinya menjadi mangsa keadaan.
“Selama ini saya menyimpan seorang diri tetapi sekarang perlu berterus terang di Facebook kerana peminat perlu tahu perkara sebenar.
“Malah anggota Search dan rakan-rakan lain juga tidak tahu apa sebenarnya isu ini. Saya kini keluarkan butirannya sedikit demi sedikit dan sudah berbincang dengan peguam. Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas ini.
“Apa yang berlaku adalah satu pengalaman dan saya tidak perlu kecewa. Rakan kongsi saya itu terus hilang begitu sahaja sekarang,” katanya.
Amy berkata, rakannya ini menggunakan nama syarikatnya dan dia hanya menerima imbuhan sebanyak 10 peratus daripada projek yang dijalankan.
“Namun, dia mereka cerita mengatakan saya yang membayar gajinya sedangkan saya sendiri menjadi mangsa penipuannya.
“Sebenarnya saya tidak pernah dedah perkara ini kepada sesiapa. Cuma kelmarin sebelum tidur saya terfikir nak berbuat demikian.
“Saya rasa nak beritahu orang ramai kerana jika tidak, banyak fitnah yang berlaku. Saya tidak marah kerana mereka tidak tahu perkara sebenar,” katanya.
Kata Amy lagi, dia bersyukur kerana situasi ini berlaku pada saat dia mampu mencari rezeki buat anak dan isterinya.
“Syukur Allah tidak duga saya waktu saya tidak boleh bergerak. Saya langsung tidak tertekan. Saya minta peminat doakan yang terbaik.
“Saya dah ampunkan orang yang menganiaya saya. Terpulang kepada dia untuk selesaikan kes ini. Buat masa ini, dia memang langsung tidak berjumpa saya,” katanya.
Sumber: Harian Metro

macam2 ya
ReplyDeletesteady bro Amy..teruskan perjuangan dan anggap ini dugaan brooo

ReplyDeleteamy nak ke no hp rakan tu? no dia masih yang sama. dia pun ada jek tu tak kemana pun. amy ni aje yg selalu tukar no.
ReplyDeleteMEMANG SUKAR UNTUK MENJELASKAN HUTANG...WANAF LOGISTICS HARUS AMBIL IKHTIBAR..BAGAIMANA ORANG LAIN PERNAH MERASAINYA!!!..LANGIT TIDAK SELALU CERAH!!!
ReplyDelete