Johor cuti hujung minggu jumaat dan sabtu?


Heboh dengan berita yang cuti mingguan Sabtu dan Ahad negeri Johor Darul Takzim akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu.

Sebelum ini, Negeri Johor merupakan negeri yang pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu sebelum tahun 1994 sebagaimana Negeri-Negeri Tidak Bersekutu yang lain, tetapi ditukar kepada Sabtu dan Ahad pada tahun 1994

Dikatakan, Salah satu sebab Johor bakal Cuti Rehat Hari Jumaat adalah bagi menggalakkan golongan lelaki bersembahyang Jumaat. Penasihat Agama Negeri Johor, Y.B. Dato’ Noh Bin Gadut dikatakan telah mengusulkan kertas kerja Cuti rehat hari jumaat kepada Sultan Johor dan hanya tinggal menunggu perkenan sultan.


Walau bagaimanapun, sehingga setakat ini belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan dan belum lagi dapat dipastikan kesahihannya. Kita tunggu sahaja ianya disahkan secara rasmi.

Sumber: fuh.my


3 comments: