Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

Domino's Guna Robot Hantar Pizza

 
WELLINGTON: Robot empat roda dengan ketinggian hampir satu meter dan dilengkapi ruang pemanas akan memberi khidmat sulungnya sebagai penghantar piza di New Zealand.

Perkhidmatan canggih itu dikenali sebagai Unit Robotik Domino’s (DRU).

Tren pecah rekod 'meluncur' 589km/j

Tren Maglev

YAMANASHI - JEPUN. Tren Maglev atau tren terapung mencipta rekod baru dengan kelajuan mencapai 366 batu perjam (589km/j) dalam satu ujian, semalam.

Menurut Dailymail, rekod tersebut mengalahkan rekod lama iaitu 361 batu perjam (580 km/j) yang dicapai pada tahun 2003.

Dalam satu lagi ujian yang dijadualkan akan berlangsung esok, kelajuan baru pada 373 batu perjam (600km/j) akan berjaya dicapai.

Menurut jurutera syarikat Central Japan Railway, tren tujuh gerabak tersebut mampu bergerak pantas kerana teknologi Maglev.

Teknologi tersebut yang menggunakan magnet untuk mengapungkan gerabak mampu menyediakan perjalanan yang lancar, senyap dan dua kali ganda kelajuan tren biasa.

Walaupun begitu, kelajuan yang akan digunakan untuk tujuan komersial hanyalah  314 batu perjam (505km/j).

Tren HS2 di Britain ketika ini hanya mampu mencapai 224 batu perjam (360 km/j).

Perkhidmatan tren Maglev komersial dijangka membawa 16 gerabak dan sejumlah 1,000 penumpang pada satu-satu masa.


Sumber: Sinar Harian

[Video] iPhone 6 Plus dan Galaxy Note 3 dikisar dengan blender bagi uji ketahanan


Daya tahan iPhone 6 Plus diuji bersama dengan produk Samsung Galaxy Note 3 dengan dikisar dalam blender jenama BLENDTEC dari Amerika Syarikat yang didakwa sebagai pengisar terkuat di dunia. Blender ini pernah menghancurkan tablet dan e-reader dalam masa singkat.

Dari hasil ujian itu daya tahan iPhone 6 Plus didapati lebih kuat daripada Galaxy Note 3 yang langsung hancur berkeping-keping dan menjadi debu selepas dikisar.

Sebelum ini pengguna iPhone 6 Plus mengadu daya tahan phablet 5.5 inci itu mempunyai kelemahan mudah melengkung bila terlalu lama disimpan di dalam poket seluar. Apple dinilai melakukan kesilapan besar dengan memilih material campuran metal-aluminium aloi yang tidak terlalu solid sebagai bahan asas rangka iPhone 6 Plus.

Berikut video ujian ketahanan iPhone 6 Plus dan Galaxy Note 3:

Saintis ubah tahi lembu menjadi air

 
Para penyelidik di Michigan State University telah mengembangkan teknologi untuk membantu para penternak lembu memisahkan elemen-elemen tahi lembu agar dapat diolah menjadi air dan baja.

Dr. Steve Safferman  mengembangkan teknologi ini bersama mantan mahasiswanya, Jim Wallace, yang kini bekerja untuk syarikat teknik pertanian 'McLanahan Corporation & rsquo. Syarikat tersebut berharap dapat melancarkan dan menjual teknologi ini ke pasaran pada akhir tahun ini.


Dr. Steve mengatakan, 90% tahi lembu mengandungi air tetapi juga meliputi pemakanan yang berbahaya bagi persekitaran.


"Saya diberitahu bahawa mereka tengah cuba mengambil 50 hingga 60% air yang berasal dari najis. Jika anda mula dengan 100 gelen (378 liter) tahi cair, mudah-mudahan anda boleh mendapat 50 hingga 60 gelen (189-227 liter) air yang kemudian boleh digunakan untuk tujuan lain yang bermanfaat di tanah ladang, "jelas Dr Steve.

Teknologi ini termasuk ultra-penapisan, penapisan air, osmosis terbalik, dan sebuah alat pencerna, yang menghasilkan bio-tenaga sebagai sebuah produk kitar semula.

Peralatan ini mengekstrak nitrogen, karbon, fosforus dan potassium.

Dr. Steve berkata, dengan memisahkan elemen-elemen tersebut, para penternak boleh menggunakannya dengan lebih optimum.

"Jika mereka hendak menggunakan (air itu) untuk minuman lembu, mereka harus membersihkannya dalam suhu yang sangat tinggi berbanding menyemburkannya ke tanah sebagai air pengairan," ujarnya.


"Dengan kekurangan air, ketika sebuah sebuah tanah pertanian harus mengurangkan penggunaan air bersih, kadang-kadang itu adalah proses bertahan hidup bagi mereka. Jadi ini adalah sebuah pilihan untuk menyelamatkan sejumlah air itu, "sambungnya.

Sumber: detik.com

Saintis Jepun dedah pembaca berita Android

SAINTIS di Jepun mendedahkan Android yang mampu membaca berita yang pertama di dunia.

Android yang hampir menyerupai manusia tersebut mampu berjenaka dan juga mempunyai kemahiran bahasa yang sempurna.

Android yang kelihatan seperti seorang remaja tersebut 'Kodomoroid', merupakan gabungan perkataan 'Kodomo' yakni 'kanak-kanak' dan 'Android' yang bermaksud robot, telah menyampaikan berita gempa bumi dan serbuan FBI kepada wartawan di Tokyo.

"Anda juga kelihatan seperti robot!," Android tersebut mengusik profesor robotik, Hiroshi Ishiguro, dalam nada jenaka.

'Otonaroid' yang bermaksud 'Android dewasa' juga diperkenalkan dalam acara tersebut.

Kedua-dua Android tersebut akan 'bekerja' di Muzium Inovasi dan Sains Baharu di Tokyo.

"Kita akan mempunyai lebih banyak robot pada masa hadapan," Hiroshi memberitahu wartawan.

Hiroshi sendiri mempunyai Android peribadi yang beliau hantar ke luar negara untuk memberi ceramah.

Sumber: Sinar Harian

100 buah kereta ‘bergerak sendiri’ diuji di jalan raya

Kereta bergerak sendiri Volvo akan membolehkan pemandunya melakukan perkara lain ketika dalam perjalanan ke destinasi. - AGENSI

STOCKHOLM 1 Mei - Pembuat kereta Sweden, Volvo memperkenalkan kereta yang mampu bergerak sendiri dalam pelbagai keadaan jalan raya.

Laman web berita Yahoo! melaporkan, sebanyak 100 buah kereta yang diperkenalkan di bawah projek Drive Me itu kini sedang menjalani ujian peringkat pertama di sekitar bandar Gothenburg.

Pakar Teknikal Volvo Car Group, Erik Coelingh berkata, kereta yang diuji tersebut dilihat mampu memandu sendiri mengikut laluan yang ditetapkan, mengadaptasi kelajuan dan keadaan trafik persekitaran.

"Projek ini merupakan satu langkah ke arah penggunaan teknologi pemanduan automatik Volvo yang bertujuan membenarkan sesebuah kereta bergerak sendiri tanpa dikendali pemandu," katanya.


Projek Drive Me itu merupakan usaha sama antara Volvo, Pentadbiran Pengangkutan Sweden, Agensi Pengangkutan Sweden, Taman Sainstifik Lindholmen dan bandar Gothenburg.

Ujian itu menandakan langkah terbaharu ke arah pembangunan kereta bergerak sendiri yang dijangka dihasilkan menjelang 2020.

Pada awal tahun ini, Volvo mengumumkan projek inovasi melibatkan pemasangan magnet di jalan raya untuk membantu kereta bergerak sendiri menentukan kedudukannya dan tidak melanggar antara satu sama lain selain terbabas.

Saintis cipta telefon mampu kesan barah

Gambar hiasan

LONDON - Pasukan saintis dari sebuah firma Britain mendakwa mereka bakal mencipta sebuah telefon bimbit yang mampu mengesan kewujudan penyakit barah pada individu dalam tempoh dua tahun lagi.

Menurut firma Owlstone, anak syarikat Universiti Cambridge, mereka berjaya menghasilkan sebuah komputer ‘yang mengukur paras penyakit itu menerusi kaedah pernafasan' yang terbukti berjaya.

Mereka sedang mengembangkan teknologi itu bagi mencipta sebuah peranti kecil yang hanya perlu diletakkan pada tapak telefon bimbit, kata firma itu.

"Untuk menjadikan peranti itu berdiri sendiri atau sebuah modul yang dilekatkan pada tele­fon bimbit, ia akan mengambil tempoh selama dua tahun. Kini, kita hanya menunggu untuk mendapatkan pelaburan sahaja,'' kata Pengasas bersama Owlstone, Billy Boyle sebagaimana dilapor Mail Online.

Britain merekodkan sebanyak 40,000 penyakit barah setiap tahun dengan kadar kelangsungan hidup dapat ditentukan menerusi kemampuan pesakit mengesan penyakit mereka pada tahap awal dan bagaimana diagnosis itu dilakukan.

Sementara itu, teknologi yang dihasilkan syarikat Owlstone itu mempunyai mikrocip yang bersaiz kuku manusia yang diprogramkan untuk ‘menghidu' pelbagai jenis bahan kimia yang ditetapkan.

Malah, teknologi itu boleh mengesan bahan kimia pada tahap rendah, pada bahagian yang memerlukan konstrasi paling banyak, sekali gus menjadi peranti yang paling ideal bagi mengesan ‘cap jari kimia’ tentang sesuatu penyakit.

Sejak beberapa tahun lalu, komputer Owlstone yang dipanggil peranti ‘Lonestar' yang kelihatan seperti tablet dengan dilengkapi tiub pernafasan telah diuji ke atas beberapa penanda yang berbeza atau penyakit.

Sumber: Utusan

Kanak-kanak tanpa jari peroleh tangan buatan dari cetakan printer 3D

 
Kemajuan teknologi yang terus berkembang saat ini ternyata boleh juga dimanfaatkan untuk kemanusiaan . Salah satunya pembuatan tangan buatan untuk seorang anak bernama Matthew Shields .

Matthew dilahirkan dalam keadaan yang tak sempurna . Telapak tangan kanannya mempunyai saiz yang lebih kecil dari anak normal yang lain . Selain itu jari - jarinya juga tidak boleh tumbuh memanjang seperti jari pada kebanyakan orang .

Hal inilah yang membuat anak berusia 9 tahun ini menjadi sedih . Dia tidak boleh beraktiviti dengan normal seperti memegang. Di sekolah dia juga kerap menyembunyikan tangannya ke dalam poket supaya tidak malu dengan rakan - rakannya .

Seorang teman keluarganya yang bernama Mason Wilde mencadangkan Matthew untuk pergi ke Johson Country Research Library . Di sana Matthew dibuatkan tangan buatan oleh para saintis yang dicetak langsung dari pencetak 3D . Pencetak ini memang dikenali boleh mencetak barangan yang sudah diprogramkan langsung oleh komputer .

Perlu masa selama 8 jam untuk membuat tangan buatan Matthew yang diperbuat daripada bahan plastik . Tangan buatan ini berbentuk seperti sarung tangan yang memanjang dari pergelangan sampai jari - jari . Dengan tangan buatan ini , Matthew boleh melakukan aktiviti normal lain seperti melukis , menulis dan menggenggam benda .

Sumber: wowkeren.com

Deria sentuh pada tangan tiruan

Pengalaman baharu Sorensen turut dipaparkan menerusi jurnal Science Translational Medicine.

SEORANG lelaki kudung berusia 36 tahun dari Denmark menjadi individu pertama di dunia menggunakan tangan tiruan yang mempunyai deria sentuhan.

Rekaan tangan tiruan dihasilkan penyelidik dari Switzerland dan Itali itu membolehkan Dennis Sorensen mengawal objek menerusi wayar yang disambungkan pada saraf pangkal lengannya.

Sorensen yang kehilangan tangannya akibat kemalangan sejak hampir 10 tahun lalu telah menjalani prosedur pembedahan di Rom, Januari lalu untuk menguji keberkesanan sistem sentuhan di bawah projek Life Hand 2 terbabit.

Sebanyak empat elektrod ultra nipis ditanam ke dalam saraf Sorensen sebelum sistem tersebut boleh berfungsi.

Menurut salah seorang pereka tangan tiruan tersebut, Silvestro Micera, algoritma komputer turut digunakan bagi menukar isyarat elektrik yang akan bertindak balas untuk menghasilkan rasa sentuhan.

"Pesakit kini bukan hanya boleh merasai kekuatan genggaman tangannya tetapi juga bentuk dan tekstur objek yang dipegang olehnya.

"Susulan daripada kejayaan ini, kami bercadang untuk meneruskan fasa eksperimen seterusnya dalam masa terdekat yang digelar projek HandBot," katanya tanpa memberi butiran lanjut menurut laporan CNN.

Sumber: Sinar Harian

Imbas kembali zaman keemasan handphone Nokia

Suatu ketika dulu Nokia yang berasal dari Finland ini begitu berkuasa dan banyak mengeluarkan model-model canggih di masanya.
 
 Nokia 7100 (1999)

 Tahun 2001, Nokia memperkenalkan siri 7650. Pada masa itu, Nokia 7650 adalah telefon idaman yang dibekal kamera built in dan dapat mengakses internet

 Siapa tak kenal dengan model ini? Nokia 3310 adalah salah satu model legendaris sepanjang masa.

 Jorma Ollila, CEO of Nokia Corporation, berpose dengan sebuah hp Nokia high end pada masanya. Foto ini diambil tahun 2000.

 Nokia 7650

 Vice President of Nokia Image Service, Juha Putkiranta, memperkenalkan model Nokia 3650 dan Nokia 3510i di Perancis pada September 2002

 Nokia 6800 ini dikeluarkan pada November 2002.

Nokia 3650 di pameran teknologi CeBIT di Jerman pada tahun 2003. Lihat bentuknya yang unik.
 
 Ini adalah Nokia N Gage yang sempat menghebohkan kerana ia menjadi konsol game portabel, sesuatu yang cukup baru di eranya.

 Dengan bentuk elegan dan fitur canggihnya, Nokia 6600 sempat jadi idaman ketika diperkenalkan pada tahun 2004.

 Seorang model mempamerkan Nokia 7600 di New Delhi tahun 2004. Hp ini punya kapabiliti 3G, kamera, pemain muzik dan dikemas dalam rekaan yang menawan.

 Nokia 7610 dan Nokia Communicator 9500 diperkenalkan di pameran teknologi CeBIT pada Mac 2004

 Nokia  2650 adalah model clamshell Nokia dengan rekaan menawan dan rilis pada tahun 2004

 Nokia 6260 diperkenalkan bulan Julai 2004

 Bermacam model. Nokia pada masa kegemilangannya memang banyak mengeluarkan model baru.

 Nokia 6680,  meluncur tahun 2005

 Tiga model yang diperkenalkan pada April 2005. Berturut turut dari kiri adalah N91, N70 dan N90.

 Nokia 8800, yang rilis Julai 2005

 Nokia E61 yang dibekali keyboard qwerty. Handset ini dan model seterusnya seperti E63 sangat popular

 Nokia N92 adalah salah satu yang pertama memiliki penerima signal tv built in. Ia diperkenalkan tahun 2006

 Seorang model menggenggam Nokia 7380, hp stylish yang masuk dalam koleksi Nokia L'Amour

Nokia 1112 dirilis tahun 2006. Masih mengeluarkan model hitam putih dengan kemampuan dasar, meski teknologi semakin canggih.


Sumber: foto.detik.com

Bra ini akan terbuka sendiri jika si pemakai alami perasaan ghairah


Tokyo: Sebuah syarikat pengeluar pakaian dalam Jepun semalam mendakwa berjaya menghasilkan coli yang hanya akan terbuka kancingnya apabila si pemakai benar-benar dilamun cinta.

Coli dinamakan sebagai Penguji Cinta Sebenar itu menggunakan pengesan dan gajet khas yang dihubungkan ke peranti mudah alih bagi menganalisis pola serta kelajuan degupan jantung pengguna pada ketika individu terbabit bertemu seseorang lelaki.

Perisian peranti pada coli berkenaan akan menganalisis maklumat berkenaan dan menentukan sama ada si pemakai benar-benar dilamun cinta atau sebaliknya.

Jika si pemakai dianggap mengalami perasaan cinta dan ghairah, kancing di bahagian depan coli akan terbuka sendiri dan terserah kepada individu terbabit untuk menentukan langkah seterusnya.

Bagaimanapun, pengeluar coli jenama Ravijour itu tidak untuk dipasarkan kerana ia sekadar gimik sempena kempen promosi mereka yang menyambut ulang tahun ke-10.

Jurucakap Ravijour, Yuka Tamura berkata, coli unik berkenaan dihasilkan untuk menarik perhatian bukan sekadar pengguna produk mereka.

“Kami mahu produk Ravijour dapat membangkitkan perasaan romantik di antara lelaki dan wanita,” katanya.


Dalam video promosinya, penonton ditunjukkan bagaimana coli bertatahkan emas itu dilengkapi alat pengesan di tengahnya.

Ia menghantar isyarat kepada sebuah telefon pintar bagi menganalisis data si pemakai.


Video itu mendakwa produk berkenaan sebagai “coli unik yang benar-benar mengetahui perasaan wanita.”- AFP

Sumber: Harian Metro

Amerika Syarikat sedang uji senjata laser

HEL MD (Foto: Yahoo)

WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) dikhabarkan melakukan ujian senjata laser bulan lalu. Dalam ujian itu senjata laser berjaya menembak semua sasaran.

Senjata laser tersebut diberi nama High Energy Laser Mobile Demonstrator (HEL MD). HEL MD digadang sebagai senjata yang berkesan dan murah.

"Walaupun laser hanya boleh menembak satu target dalam satu masa, kita boleh mengunci beberapa sasaran secara serentak," ujar Pengurus Program HEL MD, Terry Bauer, seperti  dipetik Yahoo News, Jumaat (3/1/2014).

"Kita tidak akan kekurangan peluru seperti pada senjata konvensional. Apapun sasarannya, laser akan tepat mengenai sasaran, "lanjut Bauer.

Tentera AS sudah mengembangkan senjata laser sejak 2011. HEL MD tercatat memancarkan sinar laser sekuat 10 kilowatt (kw).

"Kami merancang meningkatkan kekuatannya hingga 100 kw," tukas Bauer

Sumber: international.okezone.com

Anda mahu minum air mangkuk tandas?

ALAT penapis air berbentuk penyedut minuman LifeStraw dapat menyingkirkan 99.9999 peratus bakteria dan parasit dalam air

New York: Dahaga mungkin bukan lagi masalah kepada sesiapa dengan penciptaan sejenis penyedut minuman mudah alih yang membolehkan seseorang minum daripada sumber apa saja, termasuk dari mangkuk tandas.

Dikenali sebagai LifeStraw alat sepanjang 22 sentimeter itu kini boleh dibeli secara dalam talian melalui Firefox asalnya direka pengilang Denmark pada 2005 dan menjadi penyelesaian kepada masalah air minuman yang tidak selamat di dunia ketiga.

Pada tahun itu, ia dinamakan sebagai Penciptaan Terbaik 2005 oleh majalah Time dan Penciptaan Terbaik Abad ini oleh Gizmag. Pada 2006, ia diiktiraf oleh New York Times sebagai “pembersih air yang dapat menyelamatkan nyawa”. Majalah Forbes menggelarnya sebagai “satu daripada 10 benda yang akan mengubah cara kehidupan kita.”

Kuasa paip pembersihan penyedut berkenaan mampu menyingkirkan sebanyak 99.9999 peratus bakteria dalam air, selain parasit lain termasuk e-coli, kampilobakter, jangkitan kolera, pseudomonas aeruginosa, shigella dan salmonella yang menyebabkan demam kepialu.

Ia juga boleh digunakan untuk menapis sehingga 1,000 liter air. - Agensi

MyMetro


Air kencing diguna untuk cas bateri telefon bimbit

Ieropoulos mendakwa teknologi ini adalah ciptaan pertama di dunia yang menggunakan air kencing sebagai pengecas telefon bimbit.

SEORANG saintis dari, Universiti West England, Britain, berjaya menghasilkan pengecas bateri telefon bimbit menggunakan air kencing sebagai sumber kuasa elektrik atau sel bahan api mikrob (MFC).

Dr Ioannis Ieropoulos, juga pakar implementasi sumber pelik berkata, cecair pengecas air kencing itu adalah yang pertama kali digunakan di dunia.

"Setakat ini, bahan api yang dijana menerusi air kencing mampu menghidupkan telefon bimbit secara normal," katanya kepada MailOnline.

Bagaimanapun, beliau berkata kuasa MFC dari cecair kumbahan itu hanya menghidupkan telefon bimbit pada tempoh agak singkat.

Sinar Harian

Pemindahan kepala manusia mungkin menjadi realiti

Daily Mail

Rome: Cara pembedahan pemindahan kepala Frankestein mungkin menjadi realiti selepas seorang saintis berkata, pembedahan pemindahan kepala manusia sepenuhnya kini boleh dilakukan.

Dalam dokumen yang diterbitkan baru-baru ini, Dr Sergio Canavero dari Turin Advanced Neuromodulation Group di Itali berkata, kemajuan dalam kejuruteraan sel membolehkan pakar bedah secara teori mencantumkan saraf tunjang.


Ini bermakna terdapat kemungkinan pembedahan pemindahan kepala penuh boleh dilakukan.

Cubaan seumpama itu pernah dilakukan pada 1970, menyaksikan kepala seekor monyet dipindahkan ke seekor monyet lain di makmal di Ohio, Amerika Syarikat. Walaupun monyet itu hidup selama lapan hari, ia tidak boleh menggerakkan leher kerana ‘akson’ dalam saraf tunjangnya tidak boleh dibaiki.


Canavero berkata, dia kini boleh melakukannya dengan menggunakan bahan kimia yang diberi nama ‘fusogen membran’ atau pelekat.


Sebahagian fusogen itu sudah biasa digunakan untuk membuat ubat atau digunakan dalam bidang industri pembuatan.

Bagaimanapun, menurut Canavero, masalah teknikal paling besar ialah untuk menyambung saraf tunjang penderma dengan penerima. - Agensi

Nasa giat menyiapkan teleskop untuk mengkaji matahari


AGENSI Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) sedang giat mencipta teleskop untuk diterbangkan ke obit bagi mengkaji sistem pemanasan matahari di atmosfera.

Ahli Fizik dari Lockheed Martin Space Systems Advanced Technology Center di Palo Alto, California, Alan Title berkata, kajian ini penting bagi mengetahui tindak balas matahari  terhadap iklim bumi dan lingkungan angkasa.

"Matahari amat diperlukan sebagai sumber tenaga. Selain itu, kajian turut dilakukan terhadap fungsi dalam isyarat radio, satelit komunikasi dan satelit lain di orbit," katanya.

Menurutnya, kajian ke atas matahari ini dilakukan sejak sedekad lalu namun masih banyak misteri belum terungkai termasuk bagaimana matahari memberi tenaga pada suhu 5,500 darjah Celsius ke atmosfera.

"Kami harap data dari teleskop Interface Region Imaging Spectrograph (IRIS) akan memberikan jawapan tentang bagaimana semua perkara itu terjadi," katanya dipetik daripada laporan Reuters.

Beliau berkata, teleskop itu mempunyai panjang 1.2 meter dan berat 204 kilogram akan ditempatkan dari jarak sekitar 400 juta dari matahari di atas bumi.

Sinar Harian


Google lancar belon udara bagi menyalur perkhidmatan internet ke seluruh dunia

 Dilengkapi panel solar, Belon-belon udara itu dikawal oleh stesen kawalan yang dibina pada jarak selang 100 kilometer

CHRISTCHURCH - Gergasi enjin carian internet, Google melepaskan sejumlah belon udara panas dilengkapi pencawang internet ke stratosfera Bumi bagi bagi menyalurkan perkhidmatan dalam talian ke seluruh dunia.

Mengambil masa 18 bulan untuk dibangunkan, pelancaran projek rahsia itu dibuat di New Zealand kelmarin.

Sebagai permulaan, sekitar 50 isi rumah mula menerima perkhidmatan internet yang dipancarkan daripada belon berisi gas helium tersebut.
GAMBAR yang dirakam pada 15 Jun lalu menunjuk
belon altitud tinggi terbang di langit Tekapo, selatan 
.New Zealand
Belon-belon udara panas itu mampu terbang pada ketinggian 19.2 kilometer dari Bumi.

Google berharap pihaknya dapat melancarkan beribu-ribu belon udara panas itu bagi menyalurkan perkhidmatan internet ke kawasan pedalaman di seluruh dunia.

Usaha tersebut yang dinamakan Projek Loon, kata Google, diharap dapat mengurangkan jurang digital antara 2.2 bilion pengguna internet semasa dan sekitar 4.8 bilion lagi yang tidak memiliki kemudahan itu.

Menurut Google, belon udara panas yang bertindak sebagai pencawang itu juga membolehkan negara rantau Asia Tenggara dan Afrika menyalurkan perkhidmatan internet pada kos lebih murah tanpa perlu membina kabel fiber optik.

"Ini projek besar, matlamat kami juga besar," kata ketua inisiatif tersebut, Mike Cassidy.

Dilengkapi panel solar, Belon-belon udara itu dikawal oleh stesen kawalan yang dibina pada jarak selang 100 kilometer.

Setiap belon tersebut dapat menyalurkan perkhidmatan internet meliputi kawasan seluas 2020 kilometer persegi atau dua kali ganda saiz bandar raya New York di Amerika Syarikat.

Belon udara panas itu mampu memancarkan isyarat internet ke kawasan pergunungan, rimba dan lembah tanpa mengira bentuk permukaan bumi. - AP


Benda pelik di putrajaya


kalau korang berada di putrajaya sedikit masa lagi jgn trkejut pulak kalau trserempak ngan menda alah nih. ia bukan keter makhluk asing ke apa

tapi

sebuah keter prototaip elektrik. ia dihasilkan oleh sekumpulan penyelidik muda Universiti Putra Malaysia (UPM).

keter yg berkonsepkan futuristik itu dikenali sbg putrajaya cell city car. ia dibangunkan bertujuan utk mengatasi masalah tempat letak kereta di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

tidak menggunakan minyak. hanya menggunakan bateri yg mampu bertahan utk dua hari.


malaysia boleh....upm bolehhhhh


p/s: husz...ko masih ada kat upm..tau tak sape yg trlibat


Saintis cipta robot amah

MAHRU-Z (kanan) mengambil sandwic dalam satu demonstrasi di Seoul pada Jumaat lalu.

SEOUL - Sekumpulan saintis Korea Selatan telah mencipta robot yang boleh berjalan, membersihkan rumah, memasukkan pakaian ke dalam mesin pembasuh dan memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Menurut media semalam, robot 'amah' yang diberi nama Mahru-Z itu mempunyai kepala, tangan, kaki dan enam jari serta penglihatan tiga dimensi (3-D).

"Keupayaan terbaik Mahru-Z ialah kemampuan penglihatannya untuk memerhati objek, mengetahui tugas yang perlu dilakukan," kata Ketua Kognitif Pusat Robot di Institut Sains dan Teknologi Korea, You Bum-Jae.

"Robot itu boleh mengenali orang ramai, boleh membuka ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, menggunakan pembakar roti, mengambil sandwic, cawan dan mengambil pelbagai benda yang dilihatnya sebagai objek," tambahnya.

Saintis-saintis di institut itu mengambil masa selama dua tahun untuk mencipta Mahru-Z yang setinggi 1.3 meter dan berat 55 kilogram. - AFP