Inilah majalah fesyen berusia 300 tahun

The British Library mempamerkan majalah dari abad 18 yang mengandungi gambar wanita dengan pakaian cantik seperti di laman majalah fashion masa kini, dan gosip selebriti masa itu.

Inilah  majalah berusia 300 tahun itu....

 Gambar-gambar sejarah ternyata tak selalu menampilkan peperangan dan lain sebagainya. Dari gambar yang berhasil ditemukan ini, para lelaki dan wanita dari abad 17 sudah tertarik dengan busana cantik, juga gosip selebriti. Lelaki dibalik majalah tertua itu adalah Thomas Chippendale, seorang pereka perabot yang bekerja di tahun 1774.
Karyanya tersebut kini dipamerkan di The British Library dengan tajuk, 'Georgians Revealed: Life, Style and the Making of Modern Britain'.

 Ada juga artikel tentang gosip selebriti di zaman itu, iaitu menceritakan seorang wanita bernama Fanny Murray. Seperti dikutip Daily Mail, Fanny Murray adalah selebriti dan juga 'fashion leader' di masanya. Wanita kelahiran 1729 itu menjadi artis pertama Inggeris yang mempunyai skandal.

 Adapun kasut kulit warna merah yang kelihatan bergaya juga dipaparkan dalam pameran itu. Kasut ini diciptakan untuk lelaki di tahun 1790. Melihat kasut dengan warna cerah berikut, terungkap bahawa para lelaki Inggeris sudah mempunyai rasa fesyen yang baik dari 300 tahun silam.

 Dari 300 tahun lalu, ternyata lelaki dan wanita suka memanjakan mata dengan gambar busana cantik yang memberi inspirasi gaya kehidupan seharian mereka. Contohnya adalah gambar dua wanita berikut. Kedua wanita memakai pakaian hingga aksesori topi mewah, seolah ini adalah pemotretan fashion yang ada di masa kini.

 Gambar seterusnya, mungkin boleh disebut 'street style' di masa sekarang ini. Tampak masyarakat Inggeris sudah peduli pada penampilan mereka saat keluar rumah, baik itu lelaki ataupun wanitanya.

 Foto berikutnya memaparkan warga Inggeris yang sedang membeli-belah. Mereka seakan sedang memilih lukisan yang digantung di dinding sebuah kedai.

"Kami memaparkan koleksi tertulis yang ada di perpustakaan dari abad 18 dan 19. Menggambarkan keseharian, tiket, resipi, dalam buku ilustrasi yang bahkan dimiliki oleh Raja George III sebagai koleksi," ujar Dr Moira Goff, ketua muzium yang dipetik Daily Mail.

Sumber: wolipop.detik.com

No comments:

Post a Comment