Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Jeans ketat boleh menyebabkan lumpuh


MENGENAKAN seluar jeans dan duduk bercangkung dalam jangka masa yang lama boleh membawa kepada kerosakan otot dan gentian saraf pada kaki, demikian menurut pakar kesihatan.

Menurut portal Metro.co.uk, sebelum ini, sudah terdapat kes di mana seorang wanita berusia 35 tahun tiba-tiba rebah dan tidak dapat bergerak selama beberapa jam sebelum dibawa ke pusat perubatan.

Dia kemudiannya terpaksa menghabiskan empat hari di hospital sebelum pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang oleh doktor.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Neurologi, Neurosurgeri dan Psikiatri, wanita itu menghabiskan masa membantu saudaranya berpindah rumah.

Jurucakap jabatan tersebut berkata, mangsa yang pada ketika itu mengenakan seluar jeans ketat dikatakan menghabiskan masa beberapa jam untuk mengosongkan almari dalam keadaan bercangkung.

“Selepas membantu saudaranya, dia terasa kebas di bahagian kaki dan mengalami kesukaran untuk berjalan; yang mana ia menyebabkan dia tersandung dan terjatuh.

“Tidak mampu untuk bangun semula, dia kemudiannya menghabiskan masa berjam-jam di lantai sebelum dia dijumpai,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Menurut jabatan itu lagi, betis wanita tersebut terlalu bengkak dan otot serta saraf gentian yang rosak, menyebabkan otot di betis membengkak dan pemampatan saraf berlaku.

“Wanita tersebut hanya boleh berjalan tanpa bantuan peralatan empat hari kemudiannya.

Sementara itu, Profesor Madya Thomas Edmund Kimber, dari Adelaide Universiti di Australia Selatan menyifatkan ia merupakan kes terbaharu melibatkan komplikasi neurologi.

 "Kes ini (pemakaian jeans yang ketat) merupakan komplikasi neurologi baharu,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

Lelaki main gitar ketika otak dibedah

Anthony Kulkamp Dias bermain gitar untuk membantu dirinya berjaga sepanjang pembedahan otak.

SANTA CATARINA - BRAZIL. Seorang lelaki bermain gitar demi 'memaksa' dirinya berjaga sepanjang proses pembedahan otak untuk mengeluarkan tumor beliau, minggu lalu.

Menurut laporan Telegraph, Anthony Kulkamp Dias, 33, diberikan anastetik, tetapi 'bermain gitar' lebih membantu dalam proses 'cerebral monitoring'.

"Cerebral monitoring penting untuk mengelakkan kecederaan berlaku pada kawasan melibatkan deria, pergerakan dan percakapan," kata jurucakap hospital Conceicao.

"Perbuatan Dias mengejutkan, tetapi pembedahan tetap dijalankan," tambah jurucakap tersebut.

Menurut Dias, beliau memainkan enam lagu pada satu-satu masa.

"Tangan kanan saya sedikit lemah kerana melibatkan kawasan otak yang mereka (doktor) sedang bedah," kata Dias ceria.

"Jadi saya berhenti dan berehat. Saya sambung (bermain gitar) dan saya juga berbual dengan doktor," jelasnya yang juga merupakan seorang pemain gitar profesional.

Untuk rekod, pembedahan tersebut merupakan pembedahan ke-19 yang melibatkan celebral monitoring.

Dias dibenarkan keluar dari hospital semalam.



Sumber: Sinar Harian

Lima orang ini membedah dirinya sendiri tanpa bantuan doktor

 1. Dr. Jerry Nielsen

Dr. Jerry Nielsen adalah seorang ahli perubatan dengan pengalaman bedah yang cukup tinggi. Pada tahun 1988, dia diutus untuk pergi Ke Amudnsen-Scott, di Kutub Selatan. Ketika  menjalankan misi itu, dia menjadi satu-satunya doktor yang ada di Kutub Selatan sepanjang musim sejuk.

Pada awal Februari 1999, Dr. Jerry mendapati bahawa dia mempunyai kanser di dada kirinya. Selepas menghubungi rakannya di Amerika Syarikat, akhirnya dia memutuskan untuk melakukan pembedahan kanser pada dirinya sendiri. Dia memimpin pembedahan, dibantu oleh jururawat yang ada di sana. Selepas membuang sel kanser, Dr. Jerry pun melakukan kemoterapi pada dirinya sendiri. Kisah inspirasi doktor ini telah dicurahkan dalam buku dan dijadikan filem.

Dr Nielsen meninggal pada 23 Jun 2009.


 2. Dr Evan O’Neill Kane

Dr. Kane adalah seorang professor perubatan yang sangat berpengalaman dan dihormati di bidangnya. Dia juga menjadi ketua doktor bedah di Hospital New York City 's Kane Summit. Dr. Kane ingin membuktikan kepada dunia, bahawa pembiusan total tidak diperlukan dalam pembedahan minor.

Untuk membuktikan kebenaran ucapannya itu, Dr. Even melakukan pembedahan ke atas dirinya sendiri. Bahagian perutnya dibius, manakala bahagian kepala dan tangannya berfungsi normal. Beliau mula melakukan pembedahan apendiks dengan menyayat perutnya sendiri. Ketika operasi tengah berlangsung, dia dibantu oleh tiga doktor lain yang berperanan sebagai pembantu.


 3. Sampson Parker

Parker adalah seorang petani jagung asal South Carolina. Pada September 2007, Ketika memasukkan jagung-jagung ke mesin perelai jagung, ada sesuatu tersangkut sehingga mesin tersebut berhenti. Parker memasukan tangannya ke mesin untuk membuang benda yang tersangkut itu. Sarung tangannya tersangkut dan akhirnya lengannya masuk ke dalam mesin itu.

Parker meminta tolong, namun tiada sesiapa di ladangnya. Sementara mesin perelai jagung itu terus berjalan dan terus menarik tangannya sehingga hampir mencapai siku. Tanpa berfikir panjang, Parker mengambil pisau dan memotong tangannya sendiri. Ketika dia kesulitan untuk memotong tulangnya, dia bergantung kepada berat badannya untuk mematahkan tulangnya.


 4. Dr Leonid Rogozov

Dr. Rogozov adalah seorang doktor Kesatuan Soviet yang ditugaskan ke Antartika ketika berumur 27 tahun. Ketika sedang menjalankan tugas di sana, dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan ususnya. Tetapi dia adalah satu-satunya ahli perubatan di sana dan dia tidak boleh minta tolong pada sesiapa.

Akhirnya dia melakukan pembedahan terhadap ususnya sendiri. Dia melakukan pembedahan yang menyakitkan itu selama dua jam. Dr. Rogozov berjaya dalam pembedahan itu dan sembuh tiga minggu kemudian.


5. Ines Ramírez

Ramirez adalah seorang ibu tujuh anak. Dia tinggal di salah satu desa terpencil di Mexico di mana hanya terdapat 500 penduduk dan satu sambungan telefon. Ketika kandungannya sampai pada bulan kesembilan, Ramirez merasa dirinya akan melahirkan.

Namun, ketika itu dia bersendirian di kampungnya itu manakal para jiran tetangga sibuk di ladang masing-masing. Ramirez cuba meneran dan melahirkan secara normal, namun bayinya  tidak mahu keluar. Akhirnya, Ramirez mengambil pisau dapur sepanjang 13 cm dan melakukan pembedahan caesarean terhadap dirinya sendiri. Dia berjaya melahirkan anak lelaki yang sihat, tanpa bantuan perubatan sama sekali.

Pakar Bedah Itali Dakwa Boleh Lakukan Pembedahan Pindah Kepala Lagi 2 Tahun


> Pakar bedah Itali, Sergio Canavero percaya dia boleh melakukannya

> Kos pembedahan dianggarkan sekitar £7.5 juta

> Pesakit lumpuh seperti mendiang Christopher Reeve (Superman) boleh mendapat faedah daripada prosedur ini

> Mendakwa dia memiliki teknik dan pengetahuan untuk melakukannya

> Dr Canavero berkata apa yang diperlukan ialah penderma dan persetujuan pesakit

> Teknik perekat akan turut digunakan


LONDON: Ia kedengaran seperti plot cerita seram atau Frankenstein tetapi kini seorang pakar bedah dari Itali percaya yang beliau mampu melakukan pembedahan perpindahan kepala dalam tempoh dua tahun lagi.

Dr Sergio Canavero berkata jika prosedur itu dapat dilakukan ia bakal mencatat sejarah sebagai yang pertama seumpamanya di dunia.

Menurutnya, prosedur itu akan membolehkan seseorang yang menghidapi penyakit yang tidak dapat disembuhkan, memindahkan kepalanya ke badan seorang penderma organ (iaitu badannya).

Ia memerlukan persetujuan daripada penderma dan juga penerima.

Doktor itu mendakwa, dia akan dapat melakukan prosedur itu dalam tempoh dua tahun lagi.

Dr Canavero berkata, bagaimanapun, kos pembedahan itu akan memakan belanja sehingga £7.5 juta.

"Prosedur ini akan membolehkan seseorang yang mempunyai otak yang sihat tetapi lumpuh dari badan ke bawah mendapat faedah daripadanya begitu juga dengan mereka yang menderita sakit kanser," ujarnya sepertimana yang terkandung dalam laporan Jurnal New Scientist yang diterbitkan minggu ini.

Laporan itu kemudiannya dipetik dan disiarkan oleh akhbar British, The Daily Mail.

Mereka yang menderita sakit saraf tunjang, sepertimana yang pernah dideritai oleh pelakon popular, mendiang Christopher Reeve dikatakan akan turut mendapat faedah daripadanya.

Begitu juga dengan pesakit otot dan 'motor neurone' sepertimana pakar fizik terkemuka, Dr Stephen Hawking juga dikatakan boleh mendapat faedah daripada prosedur baru ini.

Prosedur ini kini dinamakan ‘pembedahan kosmetik yang terulung’.

Bagaimanapun pengkritik menyifatkan prosedur ini sebagai fantasi semata-mata.

Namun Dr Canavero yang berkhidmat dengan Turin Advanced Neuromodulation Group percaya yang beliau memiliki segala teknik yang diperlukan untuk pembedahan seumpama ini dan hanya perlu memahirkan dirinya selama dua tahun lagi sebelum melakukan prosedur yang pertama.

Malah Dr Canavero mendakwa yang beliau telahpun mempunyai senarai klien yang sanggup dan bersedia menjalani pembedahan ini.

Beliau akan mengumumkan rancangannya pada satu persidangan perubatan pada musim panas akan datang dalam usaha untuk memperolehi sokongan daripada rakan-rakan perubatan yang lain bagi membolehkan prosedur yang pertama dilaksanakan pada 2017 sebagaimana yang dirancang.

Menjelaskan lanjut tentang langkah-langkah yang diperlukan bagi prosedur pembedahan kepala itu dilakukan, badan yang diperlukan akan datang daripada penderma normal yang mengalami 'kematian otak'.

Kedua-dua penderma dan penerima kemudian akan dibedah serentak di bilik pembedahan yang sama menggunakan pisau yang ultra-tajam bagi memastikan kesan luka tidak terjejas.

Kepala pesakit yang sanggup menjalani pembedahan ini selepas itu akan dipindahkan ke badan penderma dan dicantum menggunakan teknik perekat atau 'polyethylene glycol'.

Selepas itu, otot dan pembuluh darah dari leher dan kepala akan dijahit dan dicantumkan sebelum pesakit diletakkan dalam keadaan koma untuk sekurang-kurangnya empat minggu.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan pesakit menggerakkan badan dan kepala sementara menunggu dua organ baru itu 'berinteraksi' dan 'menyesuaikan' dengan keadaan baru.

Jika prosedur itu tidak cukup pelik, dalam tempoh empat minggu dalam koma itu, pesakit akan diberikan 'kejutan elektrik' yang kecil untuk meransang tunjang belakang badan yang baru diterima dengan kepala pesakit yang dipindahkan ke badan baru berkenaan.

Kemudian, selepas pesakit disedarkan dari koma, dia sepatutnya sudah boleh mula menggerakkan badan, merasai muka dengan menggunakan tangan baru malah sepatutnya boleh bercakap dengan suara yang sama.

Sejenis dadah yang kuat dinamakan 'immunosuppressant drugs' akan membantu badan baru itu menerima kepala baru dan pesakit selepas itu akan melalui proses terapi saikologikal untuk membantunya menyesuaikan diri dengan 'persekitaran' baru.

Dr Canavero berkata, dia percaya apa yang bakal diperkenalkannya itu adalah sesuatu yang beretika dalam dunia perubatan moden kerana objektif seluruh prosedur baru ini hanyalah bertujuan untuk menyelamatkan nyawa seseorang.

Bagaimanapun, akhbar The Daily Mail bertanya, sejauh manakah etika itu mampu bertahan kerana pembedahan perpindahan kepala ke badan yang baru juga bermakna, jika pesakit berkenaan selamat dan kemudian mendirikan rumah tangga dan memperolehi zuriat, zuriat itu adalah anak siapa? Badan yang diderma atau milik pesakit yang memindahkan kepalanya ke badan baru.

Dr Canavero bagaimanapun berkata, jika suatu masa nanti dunia sains mampu menghasilkan klon manusia dengan mudah, seorang pesakit yang berusia 60 tahun berupaya untuk menghasilkan klon menggunakan DNAnya sendiri dan kemudian melakukan prosedur perpindahan kepala ke badan yang baru tanpa perlu risau tentang soal personaliti berbeza dan sebagainya.

Pengerusi Akedemi Neurologikal dan Pembedahan Orthopedik Amerika Syarikat, William Matthews berkata, beliau boleh menerima konsep pergabungan spinal sepertimana yang dikemukakan oleh Dr Canavero itu tetapi pembedahan perpindahan kepala adalah sesuatu untuk difikirkan pada masa depan bukan sekarang.

Seorang lagi pakar bedah, Dr Harry Goldsmith, dari California Amerika Syarikat yang beberapa kali berjaya melakukan pembedahan tunjang belakang sehingga membolehkan pesakit yang lumpuh berjalan semula berkata: "Saya tidak fikir prosedur Dr Canavero boleh dilaksanakan."



Sumber: mstar.com.my

Kurangkan Minuman Berkafein, Makanan Pedas Ketika Cuaca Panas


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati agar mengurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing seperti minuman berkafein, kopi, teh dan air berkarbonat ketika cuaca panas.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL) Ridzoni Sulaiman berkata pengambilan minuman berkenaan menyebabkan individu akan kerap membuang air kecil sehingga mengakibatkan badan kekurangan cecair.

"Sudah menjadi kebiasaan, bila bangun pagi minum kopi atau teh, tetapi pada musim cuaca panas ini, ia tidak sesuai kerana akan menyebabkan kita kerap kencing, sedangkan badan kita memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air.

"Seeloknya kita minum jus buah-buahan yang kurang gula. Bagi membekalkan air yang cukup untuk badan tak semestinya minum sehingga dua liter air kosong, tapi boleh diperoleh daripada sumber lain seperti buah-buahan," katanya.

Beliau berkata selain minuman berkafein, pengambilan ubat diuretik terutama di kalangan pesakit darah tinggi juga boleh menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil.

Sehubungan itu, Ridzoni berkata pesakit dinasihati agar mendapatkan nasihat doktor tentang alternatif atau cara untuk mengurangkan dos ubat berkenaan untuk sementara waktu bagi mengurangkan cecair dalam badan hilang secara paksa (kencing).

"Di samping itu, yang paling utama ialah setiap individu perlu memastikan bahawa mereka meminum air yang cukup iaitu kira-kira dua liter dalam tempoh 24 jam (sehari).

"Boleh minum lima gelas jus buahan-buahan dan lima gelas air kosong kerana selain membekalkan air, buah juga boleh membekalkan zat-zat lain seperti sodium, potassium dan vitamin C," katanya.

Ridzoni berkata bagi golongan berumur 50 tahun ke atas, mereka lebih mudah terdedah kepada dehidrasi kerana faktor umur yang meningkat menyebabkan mereka berasa kurang haus.

"Cara yang mudah ialah memeriksa air kencing kerana kencing yang pekat menunjukkan badan kekurangan air. Selain itu, jika kita melekapkan bibir atas dan bawah, dan jika ia melekit, seperti terkena air gula, itu bermakna mereka kurang air.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula menasihati orang ramai mengurangkan pengambilan makanan yang pedas bagi mengelak peningkatan suhu badan.

"Ambil makanan mengandungi banyak air seperti buah tembikai, betik dan tembikai susu, sayur-sayuran contohnya tomato, timun dan sawi, serta masakan seperti sup, tumis air dan masak pindang boleh meningkatkan pengambilan air.

"Kita juga boleh mendapatkan sumber air daripada minuman seperti air kosong, susu dan makanan seperti sup dan yogurt," katanya.

Beliau berkata orang ramai juga boleh melayari laman web Bahagian Pemakanan www.nutrition.moh.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Panduan Diet Malaysia atau kemukakan sebarang pertanyaan yang berkaitan melalui Facebook Bahagian Pemakanan iaitu Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jabatan Meteorologi pula berkata suhu maksimum di beberapa bandar utama pada Isnin termasuk Kuala Lumpur mencecah 34 darjah kerana negara pada masa ini sedang berada pada penghujung Monsun Timur Laut dan dijangka berakhir pada penghujung Mac ini.

Kebanyakan kawasan terutamanya di utara pantai barat Semenanjung Malaysia kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang menyebabkan berlakunya cuaca panas dan kering.


Sumber: mstar.com.my

Lelaki Perancis cipta pil bikin kentut beraroma cokelat

 Christian Poincheval. Foto: huffingtonpost

Seorang lelaki Perancis mendakwa telah berjaya menghasilkan pil yang bukan hanya berguna untuk menjaga kesihatan organ pencernaan manusia, tetapi juga boleh membuat kentut seseorang beraroma cokelat atau bunga mawar.

Christian Poincheval (65) berkata, idea mencipta pil ajaib itu muncul setelah mengalami insiden gangguan kentut dalam satu acara makan malam bersama kawan-kawannya.

"Kami sedang makan malam dengan kawan-kawan dan setelah kami makan banyak makanan, kentut kami begitu tak sedap hingga kami hampir tercekik," kata Christian melalui laman web rasmi.

"Bau kentut itu begitu menjijikkan dan mengganggu kawan-kawan lain. Sesuatu perlu dilakukan," tambah Christian.

Awalnya, Christian menjual pil untuk menjadikan kentut seseorang wangi bunga mawar atau bunga violet. Namun, kini Christian melancarkan edisi Krismas dengan versi aroma coklat.

Satu balang pil mengandungi 60 biji dijual Christian dengan harga $12.50 dengan keuntungan tambahan, iaitu mengurangkan masuk angin dan kembung. "Pil ini adalah hadiah tepat untuk hari Krismas," kata Christian kepada harian Ouest France.

Christian sudah menjual pil anti-kentut yang dibuat dari bahan-bahan semula jadi ini sejak 2006 melalui laman webnya dan mendakwa selama ini penjualan pil ciptaannya itu cukup bagus.

"Beberapa orang membeli pil-pil ini kerana mereka mempunyai masalah dengan kentut dan beberapa orang lain membeli untuk bahan gurauan untuk kawan-kawannya. Penjualan pada masa Krismas selalu meningkat," tambah Christian.



Sumber: kompas.com

Seorang wanita main biola semasa otaknya dibedah

 Naomi Elishuv (Foto: Metro)

Seorang wanita terpaksa berhenti bermain biola kerana didiagnosis mengidap penyakit saraf. Penyakit tersebut membuat tubuhnya gemetar tanpa kawalan hingga dia tak boleh bermain biola dengan baik.

Selepas 20 tahun berhenti bermain biola, wanita bernama Naomi Elishuv ini akhirnya menemui suatu cara untuk mengatasi penyakit yang dinamakan 'essential tremor' tersebut. Cara yang dimaksudkan pembedahan otak  'deep brain stimulation'.

Elishuv telah menjalani pembedahan ini di Tel Aviv Sourasky Medical Center, Israel. Seperti dikutip dari Metro.co.uk, Ahad (14/9/2014), dalam prosedur tersebut, satu-satunya tugas pasukan bedah adalah memasang pacemaker berupa elektrod di salah satu bahagian otak Elishuv yang bertanggung jawab terhadap munculnya tremor.

Uniknya, wanita yang pernah bersama dalam Lithuanian National Symphony Orchestra tersebut diminta bermain biola selama prosedur berlangsung agar pasukan bedah dapat memastikan mereka telah meletakkan elektrod tadi ke kedudukan yang tepat di otaknya sehingga tremornya dapat dihentikan.


Elishuv sendiri hanya diberi anestetik atau bius setempat supaya dia tetap berada dalam keadaan sedar selama operasi. Saat itulah dia bermain salah satu karya Mozart dengan biolanya.

Tak berapa lama kemudian Elishuv menjerit kepada pasukan bedah, "Aku boleh mengendalikannya!". Itu bererti pembedahan yang dilakukan Dr Yitzhak Fried dan rakan-rakannya berjaya dilaksanakan.

"Ketika kami berjaya mengaktifkan rangsangan di lokasi (otak) yang tepat, kami mendapati bahawa tremor pesakit hilang seketika dan Elishuv akhirnya boleh bermain (lagu) Mozart dengan penuh emosi tanpa terjadi getaran ataupun merasakan kesan sampingan pembedahan," kata salah seorang doktor bedah saraf yang mengambil bahagian dalam operasi Elishuv, Dr Fried.

Menurut pakar, setiap orang pasti mengalami tremor atau gemetaran di sekujur tubuhnya walaupun kepentingannya sangat kecil. Namun pada pesakit 'essential tremor', getaran yang terjadi di tubuh mereka begitu kuat sehingga mereka tak dapat melakukan aktiviti normal seperti menulis atau menaip, apalagi bermain biola.

Namun selepas menjalani pembedahan 'deep brain stimulation' berupa pemasangan elektrod dan simulator untuk menghalang gangguan pada otak yang menyebabkan tremor, Elishuv akhirnya boleh bermain biola kembali dan dia mengaku 'seperti dihidupkan sekali lagi'.

Dr Fried juga mengaku merasa beruntung boleh menikmati konsert persendirian dengan salah seorang pemain biola kelas dunia tersebut.


Sumber: detik.com

Nasihat pakar, jangan sebarangan pakai 'cincin zakar', boleh rosak terus!

SEMALAM kita dikejutkan dengan berita bagaimana pihak bomba terpaksa memotong cincin yang melekat di alat sulit seorang mangsa di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu jam 7.25 pagi tadi.


Sebenarnya ada banyak peralatan berbentuk gelang dan cincin untuk ditambat kepada zakar yang kononnya dapat memberi tenaga, kekuatan dan kesihatan zakar.

Semua peralatan itu dijual dengan harga mahal. Ada juga peralatan sama yang dikatakan mengandungi azimat atau jampi serapah, kononnya membuatkan zakar ‘gagah’.

Di samping itu kita terdengar mengenai musibah yang berlaku kepada beberapa orang yang menggunakan cincin besi untuk menambat pangkal zakar dengan tujuan membesarkan zakar.

Persoalannya, benarkah cincin dan gelang untuk zakar benar-benar memberi manfaat seperti digembar-gemburkan itu?

Mereka yang menjadi ejen alat berkenaan sudah tentu memberi pelbagai testimoni dan ada juga yang menunjukkan gambar ‘zakar mereka’ yang pulih dan baik akibat penggunaan cincin berkenaan.

Menurut Pakar Sakit Tuan, Dr. Ismail Tamby, itu sebenarnya hanya tipu helah dan taktik untuk mencari wang ringgit dengan senang.

Mereka sanggup menjual maruah dan memberi derita kepada yang orang membeli alat itu.

Individu yang terdesak akan membeli tanpa usul periksa dan kemudian mengalami masalah.

Untuk makluman pembaca, cincin dan gelang yang keras apabila ditambat kepada pangkal zakar ketika zakar separa tegang akan menahan darah.

Jika kebetulan zakar membesar dan cincin atau gelang itu tertambat serta sukar ditanggalkan, ia memberi masalah kepada perjalanan darah ke dalam zakar.

Apabila perjalanan darah tersekat, tisu dalaman akan mati dan zakar akan rosak selama-lamanya.

Jika cincin yang elastik dan yang mudah mengembang digunakan, cincin itu mengembang serta tidak memberi tekanan jika tiada benda keras dalamnya.

Maka cincin itu boleh digunakan jika mahu kekalkan ereksi untuk jangka masa lama atau memantapkan ereksi yang kurang tegang kepada lebih tegang.

Namun cincin dan gelang itu perlu diuji dan bukan sekadar dibuat dan dijual.

Jika penambat cincin itu ketara, ia boleh menekan tisu zakar dan mengakibatkan keradangan serta kemunculan parutan jika digunakan untuk jangkamasa lama atau digunakan kerap.

Sumber: mynewshub.my

10 pembohongan tentang kanser payudara terbongkar


1. Saya terlalu muda untuk mendapat kanser payudara!

Tidak dinafikan semakin meningkat usia maka risiko mendapat kanser di kalangan wanita juga akan meningkat. Tetapi kanser payudara boleh terjadi seawal usia 20-an. Lebih membimbangkan apabila kanser payudara di kalangan wanita muda adalah lebih agresif dan sukar dirawat. Kanser juga lebih cepat merebak dan bertambah dari tahap 1 ke tahap 4.

2. Petanda kanser payudara hanyalah benjolan

Kehadiran ketulan atau benjolan merupakan salah satu petanda kanser payudara, dan ia juga mungkin merujuk kepada kehadiran benigna (sejenis tumor yang tidak merebak). Namun selain kemunculan benjolan, terdapat 11 petanda lain yang perlu diambil perhatian dan antaranya termasuklah kerutan, pengerasan, keluar cairan dan sebagainya. Oleh itu, dengan menjalani mamogram, ia boleh mengesan kehadiran kanser sebelum apa-apa gejala dirasai atau dilihat sama sekali.

3. Hanya wanita yang mengalami kanser payudara

Walaupun statistik menunjukkan kanser payudara adalah lebih dominan di kalangan wanita, namun golongan lelaki tidak terkecuali untuk turut diserang kanser payudara. Di kalangan lelaki, kanser payudara sering dikaitkan dengan sejarah keluarga dan faktor genetik.

4. Risiko diserang kanser payudara hanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga

Hanya 5 hingga 10 peratus daripada semua jenis kanser payudara adalah diwarisi daripada keturunan disebabkan oleh perubahan dalam gen. Perubahan genetik seperti ini lebih kerap berlaku kepada sekumpulan etnik tertentu seperti kaum Ashkenazi (Eropah tengah dan timur) dan kaum Norwegian dan Icelandic. Ini adalah kerana mereka berkahwin dengan keluarga yang terdekat dan berkongsi salasilah keturunan yang sama sejak awal generasi. Maka perubahan pada genetik akan berlaku dengan lebih kerap dan mudah.

5. Diet tidak mempengaruhi berlakunya kanser!

Para penyelidik bersetuju bahawa tidak ada makanan tunggal yang terbukti secara langsung menyebabkan kanser payudara. Namun, pengambilan makanan tertentu secara berlebihan boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara. American Cancer Society mendapati kafein boleh meningkatkan risiko tumor payudara atau juga dikenali sebagai benjolan fibrokistik.

6. Mamogram itu menyakitkan!

Mamogram sememangnya tidak selesa untuk dilakukan, namun kebanyakkan wanita yang menjalani mamogram mengatakan ia tidak begitu menyakitkan. Lebih tinggi tekanan yang dikenakan, maka akan bertambah ketidakselesaan yang ditanggung oleh pesakit. Namun, perlu diingat bahawa semakin tinggi tekanan, maka imej yang akan dirakam adalah lebih jelas dan memudahkan petugas radiologi untuk menaakul.

7. Breast-self examination (BSE) tidak membantu!

Ramai wanita yang enggan dan malas untuk membuat pemeriksaan bulanan payudara, malah tidak mengejutkan jika terdapat segelintir golongan yang tidak mengetahui langkah dan prosedur yang betul untuk melakukannya. Ini amatlah merugikan kerana pemeriksaan ini bukan sahaja amat mudah untuk dilakukan, tetapi juga amat membantu untuk mengesan tanda-tanda awal dan ianya boleh menyelamatkan nyawa.

8. Berat badan dan kanser payudara tiada kaitan

Aktiviti senaman bukan sahaja dapat mengawal berat badan malah boleh meningkatkan kecergasan kardio-pulmonari dan pengaliran darah. Berat badan yang berlebihan akan mengundang pelbagai masalah kepada kesihatan dan menurut Cancer Research UK, obesiti mempunyai kaitan yang erat dengan kanser payudara. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dianjurkan untuk kerap melakukan senaman dan mengamalkan diet yang seimbang.

9. Buah-buahan dan sayuran hanya untuk meredakan sembelit

Buah-buahan dan sayuran bukan sahaja baik untuk penghadaman dan perkumuhan malah memberi pelbagai faedah kepada kesihatan. Masyarakat yang kurang makan buah-buahan dan sayuran akan menghadapi dua kali ganda risiko untuk diserang kanser termasuklah kanser payudara. Rahsianya adalah kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan kandungan fitokimia yang bersifat pelindung dan antioksidan semulajadi yang bukan sahaja melambatkan penuaaan malah menggalakkan pertumbuhan sel-sel yang sihat dan menyingkirkan sel-sel rosak penggalak kanser.

10. Rawatan alternatif tidak memberikan kesan positif

Salah satu kaedah alternatif yang semakin berkembang pesat adalah dengan menggunakan Laetrile atau Vitamin B17. Vitamin B17 terkenal mempunyai sifat anti-neoplastik yang kuat, iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser. Vitamin B17 diekstrak daripada teras biji aprikot dan ia boleh dikapsulkan, dijadikan tablet, atau diberikan dalam bentuk suntikan. Apabila Vitamin B17 masuk ke dalam badan kita, ia akan terurai kepada elemen sianida dan bezaldehyde oleh enzim Beta-glucosidase yang hanya terdapat pada sel-sel kanser. Kedua-dua elemen ini akan bertindak menyerang dan membunuh sel-sel kanser dalam badan pesakit.

Sumber: Utusan Malaysia

Tubuh lelaki ini dipenuhi tumor

Sekilas melihat, tubuh Slamet (59) seperti penuh gelembung. Bagaimana tidak, tubuhnya ditumbuhi  tumor dari hujung kepala hingga hujung kaki. Kondisi ini membuat warga Nguntoronadi, Magetan, Jawa Timur, ini kesulitan bernafas dan melihat.

Tumor yang menempel di tubuh pria berusia 59 tahun itu membuat mata dan hidungnya nyaris tidak boleh dikenali. Slamet diyakini menderita neurofibromatosis. Neurofibromatosis adalah suatu kondisi genetik yang menyebabkan pertumbuhan tidak terkendali di sepanjang saraf.

pada tahun 1991 Slamet menjalani operasi pengangkatan tumor di pinggangnya. Tapi enam bulan kemudian tumor malah muncul di seluruh wajah dan tubuhnya. Bertahun-tahun kemudian kondisi ini menjadi kian parah. Slamet menderita nyeri yang konstan di sepanjang tubuhnya.
 






Sumber: health.detik.com
Foto: Arif Priyono/ Barcroft Media

Wanita perut besar ini bukan hamil tapi ada 23 liter air dalamnya

Orang yang melihat wanita bernama Jo ini pasti mengira ia tengah hamil. Tapi siapa sangka, perut besar yang dimiliki wanita ini bukan kerana hamil tapi ada 23 liter air terjebak di dalam perutnya.
 
 Foto: BBC

Minum alkohol berlebihan membuat Jo menderita sirosis hati. Kondisi ini menyebabkan Jo mengalami ascites di mana perutnya akan berisi cairan yang membuatnya seperti hamil.

 Cairan itu mengandungi racun yang biasanya akan diproses oleh hati. Setiap tiga minggu, Jo harus pergi ke James Cook University Hospital di Middlesbrough untuk mengeluarkan beberapa liter cairan di perutnya.

 Selain itu, di perutnya juga ada pembuluh darah yang menonjol.

 Prosedurnya sangat menyakitkan kerana jarum dan kateter perlu dimasukkan dalam tubuh Jo. Satu-satunya cara agar ia boleh bertahan hidup iaitu dengan pemindahan hati. Pengambilan alkohol berlebih dilakukan Jo saat bekerja di bar selama beberapa tahun. Lima tahun terakhir Jo boleh menghabiskan tiga botol wain setiap hari.

Kini, untuk berjalan dan berpakaian saja Jo harus berjuang sekuat tenaga. Proses penyedutan 12 liter cecair di perut Jo boleh memakan masa lapan jam. Namun suatu hari doktor pernah mengeluarkan kira-kira 23 liter cecair dari perut Jo dan mengakibatkan berat Jo turun kingga 19 kg.

Sumber: health.detik.com

Bersihkan darah dengan 10 makanan ini

Darah adalah salah satu elemen penting dalam sistem tubuh. Darah berfungsi untuk mengantarkan nutrisi dan oksigen pada organ-organ penting. Kebanyakan organ penting bergantung pada darah agar boleh berfungsi dengan baik, sehingga keperluan darah sangat penting bagi tubuh kita.

Meski begitu, darah juga boleh dimasuki oleh racun berbahaya. Darah boleh diracuni oleh racun dari pencemaran, bahan tambahan makanan, merokok, dan lain-lain. Namun darah boleh dibersihkan dengan makanan secara semula jadi. Berikut adalah beberapa makanan yang boleh membersihkan darah dalam tubuh, seperti dilansir oleh Boldsky
 
 1. Epal

Epal kaya akan pectin, sejenis serat yang mengikat kolesterol dan metal berat dalam tubuh. Dengan begitu, epal akan membantu menghilangkan racun yang berkumpul dalam darah dan tubuh serta membersihkan sistem pencernaan.

 2. Avocado

Avocado adalah makanan pembersihan yang kaya nutrisi dan rendah kolesterol. Avocado  akan membesarkan saluran darah sementara menghilangkan racun yang boleh menyumbat arteri. Avokado mengandungi nutrisi yang disebut dengan glutathione. Zat ini boleh menghilangkan sekurang-kurangnya 30 bahan karsinogen yang berbahaya. Dengan begitu, buah ini secara tak langsung juga membantu membersihkan dan menghilangkan racun dari hati.

 3. Ubi bit

Bit juga dikenali sebagai makanan yang boleh membersihkan darah. Tak hanya itu, bit juga diketahui boleh membersihkan hati dari bahan-bahan toksik.

 4. Blueberry

Blueberry adalah salah satu makanan yang memiliki kekuatan penyembuhan. Blueberry juga mengandung aspirin yang membantu mengurangi kerosakan pada jaringan. Blueberry boleh menghilangkan zat beracun serta bakteria dalam darah serta saluran kencing. Tak hanya itu, blueberry juga baik untuk mencegah infeksi.

 5. kobis

Kobis mengandungi zat anti-kanser dan antioksidan yang boleh membantu hati memecah hormon berlebihan. Kobis juga baik untuk membersihkan darah dan sistem pencernaan, serta meneutralkan beberapa zat berbahaya yang boleh ditemui dalam merokok atau asap rokok.

 6. Cranberry

Tak hanya membersihkan darah dari bahan toksik, cranberry juga mampu membersihkan tubuh dari bakteria dan virus berbahaya. Manfaat lain cranberry adalah boleh membersihkan saluran kencing dan mencegah terjadinya jangkitan. Hal ini kerana cranberry mengandungi antibiotik dan zat antivirus

 7. Bawang putih

Makan bawang putih boleh membersihkan bakteria, virus, dan bahan-bahan toksik dari tubuh, terutama pada usus dan darah. Bawang putih mengandungi bahan anti-kanser dan bahan antioksida yang boleh membantu menghilangkan zat-zat beracun dalam tubuh.

 8. Grapefruit

Buah grapefruit mengandung serat yang boleh mengikat kolesterol dan membersihkan darah. serat pectin yang ada di dalamnya juga mengikat zat metal berat dan membantu tubuh mengeluarkan zat-zat berbahaya tersebut.

 9. Kunyit

Rempah yang satu ini memang sudah diketahui banyak mempunyai kegunaan. Kunyit sudah digunakan sejak zaman kuno untuk rawatan. Salah satu kegunaan kunyit adalah membersihkan darah dari bahan-bahan toksik dan berbahaya. Kunyit juga secara semula jadi mempunyai bahan anti-racun yang boleh membersihkan aliran darah.

10. Teh

Teh juga diketahui boleh membersihkan darah dan mengeluarkan zat-zat beracun dari dalam tubuh. Beberapa jenis teh yang diketahui boleh membersihkan darah adalah teh halia, teh dandelion, dan teh peppermint. Teh hijau juga boleh digunakan untuk membantu membersihkan darah.


Itulah beberapa makanan yang diketahui boleh digunakan untuk membersihkan bahan-bahan toksik, virus, serta bakteria dalam darah. Jangan terburu-buru minum ubat untuk membersihkan darah, guna dulu beberapa makanan di atas untuk membersihkan darah secara semulajadi.

Sumber: merdeka.com

Kalau tak ingin cepat botak, rajinlah makan makanan ini

Jumlah lelaki yang mengalami keguguran di usia muda makin banyak. Keguguran rambut boleh dicetuskan oleh tekanan atau kekurangan zat besi. Kekurangan nutrisi ini boleh diatasi dengan rajin penggunaan lobak, telur dan sayur hijau.

Agar tak kekurangan nutrisi yang mencetuskan keguguran rambut, beberapa makanan yang disyorkan oleh Huffingtonpost (09/12/2013) perlu dikonsum secara teratur.
 
 1. lobak

Kandungan betakaroten yang akan diubah di dalam tubuh menjadi vitamin A. Membantu meningkatkan pertumbuhan dan kesihatan sel dan rangkaian di seluruh tubuh, termasuk rambut dan kulit kepala.

 2. bayam

Kekurangan zat besi adalah penyebab rambut gugur dan merupakan salah satu masalah rambut yang paling mudah untuk dirawat. Bayam kaya akan zat besi, betakaroten, asid folik, dan vitamin C yang boleh menjaga folikel rambut tetap sihat.

 3. Bok choy

Dermatologi merawat rambut gugur dengan melihat kadar feritin pada rambut, yang akan dikesan jika tubuh anda mempunyai tahap zat besi yang baik. Sayur-sayuran ini membantu rambut mendapatkan kadar feritin yang kaya akan zat besi.

 4. telur

Vitamin B dalam telur mempunyai peranan penting untuk pembentukan hemoglobin normal, yang membawa oksigen dari paru-paru ke tisu dalam tubuh, termasuk rambut. Rambut yang sihat dan kuat bergantung pada bekalan darah dan oksigen. Kekurangan vitamin B boleh menghalang bekalan darah ke rangkaian rambut.

5. Greek yogurt

Banyak perawatan rambut yang memakai greek yogurt di dalamnya. Selain kandungan lemak yang rendah greek yogurt juga dapat membantu menutrisi rambut karena memiliki vitamin B5 dan vitamin D yang dapat menyehatkan folikel rambut.

Kerap lakukan seks oral dan french kiss, wanita ini kena kanser mulut

Victoria Workman (Foto: Mirror)

Awalnya Victoria Workman (51) mengabaikan bengkak pada mulut dan testis suaminya. Kini ia menyesal kerana terlalu lama tidak peduli pada perubahan tersebut . Rupanya Victoria kena kanser yang mengancam nyawa setelah gemar melakukan seks oral dan french kiss dengan suaminya. Diduga kegiatan seks itu tidak memperhatikan kebersihan.

Victoria baru tahu gumpalan di balik lidahnya adalah kanser yang berbahaya. "Saya fikir itu hanya radang tekak biasa , dan pasti akan menghilang sendiri ," tutur Victoria , yang hidup bersama suaminya , Gareth (54) , di Kingston, Britain. Demikian dikutip dari Mirror, Sabtu ( 16/11/2013 ) .

Ibu Victoria lantas memaksanya berjumpa doktor . Yang mengejutkan, menurut Victoria , doktor berkata padanya, " Dasar wanita ****! Kenapa dibiarkan saja? Kenapa baru ke doktor sekarang?" .

Jean- Pierre Jeannon , perunding pakar bedah kepala dan leher di London Bridge Hospital , berkata kelenjar yang tumbuh pada kanser berbeza dengan sakit tekak biasa. Gumpalan sel kanser yang terus tumbuh cenderung tidak terasa sakit dan diam di satu tempat.

Jun tahun ini, Victoria menjalani MRI dan biopsi . Dari sini ia mengetahui telah mengidap kanser mulut tahap dua , yang disebabkan oleh HPV . Disyaki virus ini ia dapat dari seks oral dan french kiss. Namun Victoria beruntung , virus kanser belum merebak ke bahagian tubuhnya yang lain . Ia pun menjalani segala macam terapi dan rawatan, dan kini telah sihat kembali.

"Saya kehilangan 60 peratus deria perasa saya . Mulut saya menjadi sangat kering, dan membuat saya tidak boleh memakan makanan- makanan kegemaran saya: roti , cake , daging, dan coklat. Pesan saya , periksa langit - langit mulut , lidah , bahagian bawah lidah , hingga dinding dalam pipi anda . Bila terasa ada yang berbeza, jangan tunda untuk periksakan diri ke doktor , " pungkas Victoria .

Ternyata Victoria tidak sendiri . Kaji selidik yang dilakukan British Dental Health Foundation dan Denplan mencari daripada 2,000 responden yang diteliti , tak satupun tahu penyebab dan tanda- tanda kanser lidah atau kanser mulut. Mereka meneka penyebab kanser mulut adalah merokok, alkohol, diet yang salah, dan papillomavirus .

Selama 10 tahun terakhir, terjadi peningkatan angka kematian akibat kanser mulut sebanyak 50 peratus , berbanding kanser serviks dan kanser testis. Sekitar 6.500 pesakit berjaya didiagnosis , namun kebanyakan berkesudahan fatal kerana mereka tidak menyedari kanser tersebut .

Sumber: health.detik.com

Pak menteri ini kata tak makan gula hidup lebih lama

KUALA LUMPUR - Walaupun bunyinya agak klise dan mungkin mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak, tetapi itulah hakikatnya.

Kurangnya pengambilan gula dalam makanan dan minuman mampu memanjangkan jangka hayat seseorang kerana dapat menghindari penyakit-penyakit kronik yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

"Itu yang lebih baik kepada semua, tidak perlu ambil gula, kamu akan hidup lebih lama," katanya pada sidang media selepas selesai ucapan perasmian Seminar Pemeriksaan Perubatan dan X-Ray Fomena untuk pekerja asing di Hotel The Royale Chulan, hari ini.

Subramaniam diminta mengulas berhubung penafiannya terhadap kenyataan perdana menteri sebelum ini bahawa peningkatan jumlah pesakit diabetes yang berada di tahap membimbangkan menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk memansuhkan subsidi gula.

Menurut Najib, jumlah pesakit itu yang seramai 2.6 juta orang amat dikhuatiri.

"(Pengambilan gula berlebihan) adalah tidak baik. Saya sendiri sudah belajar minum teh tanpa gula. Inilah, kita perlu ajar rakyat dengan perkara-perkara yang baik sebab kita kerajaan yang bertanggungjawab," katanya semalam, sehari selepas mengumumkan pemansuhan subsidi bahan itu.

Subramaniam yang kemudiannya diburu wartawan untuk menjelaskan kenyataan Najib itu bagaimanapun menafikan bahawa gula menjadi punca utama peningkatan pesakit diabetes mahupun obesiti di kalangan rakyat di negara ini.

Dalam hujahnya Subramaniam berkata, dari segi sains dan nutrisi, gula bukanlah sejenis makanan yang wajib dalam kehidupan harian.

Oleh itu, keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula katanya adalah satu perkara wajar di mana ia memperbetulkan kesalahan kerajaan.

"Harapan kita ialah dengan kenaikan harga ini yang dulu beli gula 1 kilogram sekarang beli setengah kilogram, yang dulu pakai satu sudu sekarang pakai setengah sudu atau langsung tak ada macam saya," ujarnya.

Malah ujar menteri ini lagi, manusia boleh hidup tanpa gula.

"Penyakit kencing manis disebabkan gula, tetapi kita sebagai seorang manusia tak perlu makan gula, kalau tak makan gula, kita mungkin akan hidup lebih lama, jadi oleh itu, daripada asalnya subsidi yang diberikan adalah secara berbudaya iaitu di dalam kaum Melayu ke Cina ke India, kuih kek sudah jadi budaya," katanya.

"... saya tahu gula sahaja bukan punca diabetes, diabetes ada dalam keturunan, cara hidup, perkara ini menyumbang kepada perkara itu, tetapi kalau seseorang itu telah mendapat penyakit kencing manis atau dari segi kesihatan keseluruhannya, mana-mana doktor pun akan bagi nasihat  kurangkan makan gula.

"Itu nasihat yang diterima sebagai 'basic medical advise'," jelasnya.

Sinar Harian

Virus Mers-CoV, penyelidik gagal temui jawapan bagaimana ia tersebar

Virus Mers menyerang sistem pernafasan manusia dan turut menyebabkan kegagalan organ. Gambar Kecil: Gambaran virus


PENYELIDIK di Britain dan Arab Saudi mendakwa sehingga kini mereka gagal menemui jawapan bagaimana Virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) tersebar secara meluas di rantau Timur Tengah dan beberapa negara Barat.

Menerusi laporan yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, saintis menyatakan mereka telah melakukan penyelidikan ke atas sampel yang diambil daripada 21 pesakit di Arab Saudi.

Mereka turut mengecualikan kelompok kes di bandar timur al-Hasa dan hanya memberi tumpuan terhadap penyebaran wabak itu di ibu negara Saudi.

"Keputusan kajian ini jelas menunjukkan Riyadh sebagai pusat utama penyebaran virus pembawa maut itu dan ia hanya merebak sekali sekala ke kawasan lain," jelas laporan itu lagi.  

Penyelidikan tersebut juga sekali lagi mengulangi teori bahawa virus Mers-CoV itu mungkin disebarkan oleh haiwan kepada manusia.

Sejarah genetik virus itu menunjukkan jangkitan berulang telah berlaku, namun sumber utama virus tersebut yang menjangkiti haiwan masih tidak dapat dikenal pasti hingga kini.

Cara penyebaran lebih rumit

Susulan daripada itu, beberapa ujian telah dijalankan ke atas haiwan mamalia seperti unta, kelawar dan kambing di Saudi.

Bagaimanapun, sampel yang diperoleh di Riyadh menunjukkan kepelbagaian genetik Mers-CoV secara meluas.

Hal ini bermakna virus itu disebarkan melalui sumber haiwan dari tempat lain yang kemudiannya disebarkan ke kawasan terbabit.

Beberapa pakar berpendapat kawasan di ibu negara Saudi lebih terdedah kerana ia merupakan pusat populasi terbesar di negara tersebut.

Profesor Alimuddin Zumla dari Universiti Kolej London yang turut sama membantu penyelidikan Lancet berkata, cara virus itu tersebar sebenarnya lebih rumit daripada apa mereka jangkakan.

“Ia mungkin melibatkan ‘pengantara’ kerana kebanyakan kes yang dikenal pasti menunjukkan pesakit tidak mempunyai hubungan dengan haiwan secara langsung.

Menurutnya lagi, sumber sebenar virus Mers tersebut masih tidak jelas dan beberapa hipotesis yang dibuat menunjukkan ia mungkin disebarkan oleh makanan.

Sehingga 18 Oktober lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sebanyak 139 kes dan 60 kematian akibat Mers direkodkan di seluruh dunia.

Bagaimanapun, 119 daripada kes jangkitan itu termasuk 51 kematian dilaporkan di Saudi iaitu selepas virus misteri tersebut dikenal pasti untuk pertama kali oleh ahli virologi Mesir, Dr Ali Mohamed Zaki pada 24 September 2012.

Bermula dengan selesema biasa

Jumlah kematian yang semakin meningkat di negara itu menyebabkan banyak pihak mula bimbang dengan nasib jutaan jemaah haji pada tahun ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa kesihatan di Timur Tengah telah menghantar kumpulan sokongan untuk memberi penerangan kepada jemaah tentang tindakan perlu diambil jika berasa kurang sihat selepas kembali dari Saudi.

Difahamkan, sukar untuk mengenal pasti simptom awal jangkitan virus Mers tersebut kerana ia hanya bermula dengan selesema biasa.

Dalam usaha untuk mengesan penyebaran virus tersebut, WHO telah menubuhkan Jawatankuasa Peraturan Kesihatan Kecemasan Antarabangsa.

Jawatankuasa itu juga mendapati  amaran tahap tinggi tidak perlu dikeluarkan seperti ketika penularan wabak Sars, H5N1 dan selesema babi di beberapa negara sebelum ini.    

Ketua teknikal penyelidikan Mers di Geneva, Dr Anthony Mounts berkata, tiada laporan menunjukkan virus itu merebak dalam kalangan masyarakat kerana ia hanya menjangkiti kaki tangan perubatan yang berhubung secara terus dengan pesakit.

"Kami tidak akan berputus asa untuk mengenal pasti punca virus ini, namun apa yang jelas ia tiada kaitan dengan Sars," jelasnya lagi.

Sinar Harian

Nasi Kabsa punca mati pucuk

 Nasi Kabsa

Riyadh: Seorang doktor Saudi memberi amaran juadah nasi Kabsa jika dimakan secara berlebihan boleh mengakibatkan mati pucuk.

Dr Ahmed Al Saga, perunding di Hospital Al Nour di bandar raya Makkah, berkata terdapat kepercayaan memakan lemak dan makanan berkolesterol tinggi boleh meningkatkan kebolehan seksual lelaki.


“Kebanyakan orang percaya makan Kabsa bersama makanan berlemak dan berkolesterol tinggi membolehkan mereka menjalani kehidupan seksual lebih baik.

“Kepercayaan itu salah sama sekali...ia sebenarnya sebaliknya,” katanya kepada akhbar Saudi yang berpusat di London.


Menurutnya, pengambilan makanan berkenaan akan menyebabkan lebih banyak darah dalam tubuh mengalir ke perut. “Ini menyebabkan perasaan malas dan letih. Keadaan ini turut menghalang darah daripada sampai ke kemaluan dan memberi kesan teruk pada jangka panjang,” katanya.


Kabsa ialah nasi yang dicampur dengan lemak dan minyak, ayam atau daging dan rempah-ratus.

Ia menjadi juadah istimewa di Arab Saudi dan negara Arab lain. - Agensi

MyMetro


Ngeri! Foto kaki yang rosak kerana sering pakai high heels

Scan kaki 3D (Foto: News.com.au)

Peminat kasut tumit tinggi perlu waspada. Sudah lama diketahui bahawa pemakaian kasut tumit tinggi boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan pada kaki. Yang belum ramai tahu adalah, hasil pemeriksaan 3D menunjukkan kerosakan yang ditimbulkan ternyata lebih parah dari perkiraan.

Kasut tumit tinggi boleh merosakkan kaki kerana memfokuskan berat badan dengan cara yang berbahaya. Dengan menumpu berat badan pada hujung kaki, sepatu tumit tinggi mendorong tulang keluar dari tempatnya, menyebabkan kesakitan dan kecacatan lain. Seiring waktu, sendi akan menjadi rosak.

"Dengan sepatu tumit tinggi, jari-jari kaki dihapuskan di dalam kasut. Semakin stiletto (runcing) bentuknya, semakin buruk kesannya. Jari-jari kaki tidak hanya dihapuskan, tapi dalam posisi mencakar juga," kata ortopedis, Dr Andy Goldberg, seperti dilansir News.com.au, Selasa (27/8/2013).

Meskipun demikian, dr Goldberg menyatakan bahawa tak ada salahnya memakai kasut tumit tinggi untuk sementara, sebab kedudukan itu sebenarnya merupakan posisi langkah kaki yang biasa dilakukan. Memakainya selama 1 atau 2 jam untuk bergaya di pesta tidak akan menjadi masalah.

Tapi jika memakainya selama 8 jam sehari selama bertahun-tahun, gangguan pada akhirnya akan muncul. Dr Goldberg yang merupakan pakar kaki dan pergelangan kaki di Hospital Orthopedi Royal National London Utara ini mengatakan, hasil scan 3D dari mesin PedCAT menunjukkan masalah yang lebih besar daripada yang dijangkakan sebelumnya oleh doktor.

Mesin yang menghasilkan foto scan 3D tulang dan sendi yang terperinci ini menggambarkan, bahagian-bahagian tertentu dari kaki tak hanya menyimpang, tetapi juga memainkan dan beralih turun. Selain itu, sesamoid atau struktur kecil berbentuk kebulatan yang terdapat di dasar ibu jari kaki akan copot kerana menyesuaikan berat badan.

"Pengimbas memberi kita lebih banyak maklumat. Ini menunjukkan kecacatan (perubahan bentuk) akibat memakai kasut tumit tinggi jauh lebih rumit dari yang kita duga sebelumnya," kata dr Goldberg.

Kaji selidik yang dilakukan di hospital dan klinik pergelangan kaki mendedahkan bahawa lebih dari separuh pesakit pernah merasa sakit dan tidak selesa apabila memakai kasut tumit tinggi. Hampir 90 peratus pemakai kasut tersebut juga mengalami kesulitan mencari kasut yang selesa.

Menurut dr Goldberg, adanya orang yang mengatakan bahawa pasaran tapak kaki yang ergonomik dan selesa berkembang cukup pesat patut diduga kerana orang tersebut enggan mengakui bahawa penggunaan sepatu tumit tinggi agak mengganggu. Walaupun selepas kerosakan yang muncul dirawat dengan pembedahan, kebanyakan pesakit masih berkeras menggunakan stiletto lagi.

health.detik.com


Daging kambing baik untuk kesihatan jantung

foto: sabah.gov.my

KUALA LUMPUR - Entah mengapa ramai kalangan kita memilih untuk menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit jantung.

Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.

Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.

Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.

KOMPOSISI KHASIAT

Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.

Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.

Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).

Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).

Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.

Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.

BAIK UNTUK JANTUNG

Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.

Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.

Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok.

Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.

Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.

"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.

SUSU BERKHASIAT

Semua kelebihan daging kambing dari segi kesihatan itu turut diakui oleh penyelidik dari Jabatan Pertanian Universiti Babcock, Nigeria. Malah, kumpulan penyelidik itu menekankan kepentingan nilai nutrisi kambing dalam aspek pengurusan kesihatan manusia sebagaimana yang dilaporkan menerusi artikel mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Kajihayat Amerika Utara.

Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.

Ia turut membincangkan kepentingan susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu.

"Sifat itu membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu.

Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.

Artikel itu turut menjelaskan kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit, khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ek zema atau jerawat.

"Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya.

POTENSI PENTERNAKAN

Memandangkan terdapat banyak bukti saintifik berkaitan khasiat dan kebaikan daging serta susu kambing yang semakin diketahui ramai, maka tidak mustahil permintaan bekalan global akan melonjak naik dalam waktu terdekat.

Malaysia dilihat amat berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar kambing bagi memenuhi permintaan itu berdasarkan kesesuaian keadaan iklim negara yang panas dan lembab sepanjang tahun.

Penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi memandangkan kambing matang dengan cepat dan membiak seawal usia lapan bulan.

Lagipun, pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.

Walaupun satu ketika dulu, penternakan kambing di Malaysia lebih sinonim dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya masalla, trend itu mula berubah kebelakangan ini.

Kini, semakin ramai pengusaha muda Melayu termasuk lepasan ijazah yang menjadikan kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan untuk majlis akikah dan Hari Raya Aidiladha.

Tambahan pula, kerajaan telah banyak mengadakan pelbagai galakan untuk pengusaha muda membangunkan diri menjadi usahawan kambing yang berjaya sekaligus memajukan industri penternakan kambing untuk membantu menjana ekonomi kawasan luar bandar.

Ini sekaligus menggalakkan percambahan ladang penternakan dari pelbagai baka dan hibrid kambing, menyediakan pelbagai peluang kerja kepada anak muda dan membantu menjana ekonomi luar bandar tanpa banyak risiko. - Bernama

Sinar Harian


Ubat tahan sakit boleh menyebabkan serangan jantung

Photo credit: Photopin

London: Penggunaan ubat tahan sakit dalam dos yang tinggi dan berterusan dianggap “sama bahaya” dengan sejenis ubat yang ditarik dari pasaran kerana boleh menyebabkan risiko serangan jantung, kata penyelidik semalam.

Ketika membentangkan keputusan kajian antarabangsa mengenai penahan sakit dikenali sebagai ubat bukan steroid antiradang (NSAIDs), penyelidik berkata, dos yang tinggi boleh meningkatkan risiko serangan jantung atau penyakit kardiovaskular sehingga satu per tiga.


Data itu bermaksud, bagi setiap 1,000 orang yang berdepan risiko biasa serangan yang mengambil ubat itu dalam dos yang tinggi selama setahun, mereka berdepan dengan kemungkinan mengalami serangan jantung yang boleh dielakkan. Keadaan itu sama dengan risiko dibawa ubat penahan sakit dikenali sebagai Vioxx - dikeluarkan syarikat Merck di Amerika Syarikat - yang ditarik balik penjualannya pada 2004 kerana dikaitkan dengan risiko serangan jantung. - Reuters


MyMetro