Showing posts with label selebriti. Show all posts
Showing posts with label selebriti. Show all posts

Megan Fox Anggap Laman Sosial Sebagai Toksik

 Megan tidak akan mendedahkan dunia media sosial kepada dua anaknya.

PELAKON Megan Fox tidak akan mendedahkan dua anaknya Noah dan Bodhi kepada dunia media sosial kerana menganggap ia tidak sihat untuk perkembangan mereka.

Katy Perry Terima Pendapatan Tertinggi RM540 Juta Sepanjang 2015

 Katy Perry

PENYANYI Katy Perry muncul sebagai penyanyi dengan pendapatan tertinggi sepanjang 2015 lapor majalah Forbes.

Pendapatan Katy, 30, dilaporkan sebanyak USD$135 juta (RM540 juta) hasil daripada penjualan album, konsert jelajah dunia di Australia, Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Setiap konsert, Katy menerima USD$2 juta (RM8 juta) selain pendapatan sebagai duta produk dan beberapa cabang perniagaan yang melibatkannya.

Kumpulan One Direction pula berada di tempat kedua dengan jumlah pendapatan USD$130 juta (RM520 juta).

Penyanyi Garth Brooks pula di tempat ketiga dengan USD$90 juta (RM360 juta) diikuti Taylor Swift USD$80 juta (RM320 juta).

Manakala teman lelaki Taylor, Calvin Harris turut dalam senarai 10 teratas dengan jumlah pendapatan USD$66 juta (RM264 juta).



Sumber: mstar.com.my

Nora Danish Mohon Maaf Fesyen Umpama Rahib Gereja


PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish mengakui telah melakukan kesilapan apabila tampil dengan fesyen penyerupai pakaian rahib gereja pada pelancaran tudung jenamanya Owl by Nora Danish pada minggu lalu.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, perkara tersebut hanya disedari selepas dia menerima kritikan daripada pengikut di Instagram yang menyifatkan pemakaiannya seperti itu tidak sesuai digayakan.

"Secara jujurnya saya seorang yang berfikiran positif dan tidak sedar tentang gaya saya itu menyerupai rahib seperti yang diperkatakan di laman sosial.

"Namun, saya akui ia adalah kesilapan saya sendiri yang kurang peka, saya yang minta baju dan tudung seperti hoodie tapi bila saya gayakan di pentas, tidak sangka ia kebelakang dan terlibat seperti itu (rahib)," ujarnya kepada mStar Online,  pada Khamis.

 Inilah imej Nora yang mendapat kritikan dan diterima secara positif pelakon itu.

Nora ditemui pada pelancaran program Ceria All Stars, di Talent Lounge, di sini, Rabu.

Kata Nora,  dia akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat pada masa hadapan.

"Ia silap saya dan Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen terutamanya apabila bertudung," ujarnya.

Tambah Nora, dia juga terkilan pengikut Instagramnya menghentam tindakan dia memeggang burung hantu kononnya mahu mempromosi sesebuah fahaman.

Katanya, burung hantu yang dibawa ketika di pentas peragaan itu hanya sebagai simbolik nama jenama itu iaitu Owl by Nora Danish.

"Burung hantu pun mereka persoalkan dan tuduh saya promosi lambang sebuah fahaman. Walhal ia hanya simbolik sahaja dan tidak pula saya terfikir sampai begitu jauh.

"Saya sedih dan terkilan juga kerana tudung itu baru sahaja dilancarkan, tetapi menerima kecaman daripada orang ramai," ujarnya.


Sumber: mstar.com.my

Insiden baju transparent artis cantik Korea


Niat ingin tampil cantik dan seksi, tetapi ia tak berjalan seperti yang diharapkan. Mungkin itulah yang dialami anggota A Pink, Son Naeun.

Naeun telah menghebohkan peminat apabila mengenakan sweater berwarna hijau nipis yang memperlihatkan bra hitam yang dipakainya.


Foto-foto Naeun dengan baju transparent tersebut menjadi perbincangan hangat netizen di dunia maya.

Seperti dilapor Koreaboo, ramai yang membahas baju tersebut. Tetapi, ada juga yang memerhatikan bra hitam yang dipakai Naeun.

Naeun dianggap salah mengenakan saiz bra. Banyak yang menganggap bra tersebut terlalu besar dan merosakkan penampilan artis cantik ini.



Sumber: Viva.co.id

Kendall Jenner tayang puting dada bagi meraikan 40 juta pengikut di Instagram


Kendall Jenner mempunyai cara tersendiri untuk meraikan peningkatan jumlah pengikutnya di Instagram (IG), dan ia memang jarang-jarang dilakukan sesiapa pun.

Kini memiliki 40 juta pengikut, model dan personaliti televisyen itu memuat naik gambar "paling digemarinya" - sekeling imej menunjukkan dia menarik baju untuk menayangkan payudara.

Gambar hitam putih itu kelihata begitu bangga dan gembira menunjukkan bahagian dadanya.

Bagaimanapun sebahagian kecil bahagian itu 'ditapis' tanda pangkah berwarna merah.

"Gambar kesukaan saya untuk semua anda 40 juta pengikut saya. Kebahagiaan sejati," tulisnya mengiringi gambar berkenaan.

Kendall, 20, adalah salah seorang daripada 10 selebriti AS yang paling ramai memiliki pengikut di Instagram.

Selain Kendall, artis yang menjadi buruan ramai di media sosial ialah Nicki Minaj, Justin Bieber, Ariana Grande, Beyonce, Selena Gomez dan Taylor Swift. - Malaysiakini


Selena Gomez hadiah gambar seksi buat peminat


Selena Gomez menghadiahkan single terbarunya - "Same Old Love" - untuk peminat semalam.

Diambil daripada album Revival, lagu itu diiringi 'hadiah' sampingan lain daripada Selena - gambar seksinya di Instagram.

Menguar-uarkan kemunculan Revival, Selena berkata pratempahan album itu bolah dibuat mulai sekarang.

Peminat yang membuat tempahan melalui Apple Music itu pula, katanya, bakal menerima single "Same Old Lover" serta-merta.

Album berkenaan dijadual mula dipasarkan pada 9 Oktober ini.

Menjelang detik itu, Selena giat 'menggoda' peminat muzik supaya membeli album berkenaan.

Rabu lalu Selena juga mendedahkan sedikit maklumat mengenai Revival melalui akaun Twitternya.

Dalam pos berkenaan dia menunjukkan senarai lagu yang terkandung dalam Revival dan sehari sebelumnya memuat naik imej dipercayai pembalut sampul album berkenaan.

Melalui gambar amat seksi itu, Selena dirakam lensa kamera dalam keadaan kaki dan tangannya bersilang.

Imej berkenaan dipaparkan dalam format hitam putih.


Sumber: malaysiakini.com

Miley Cyrus mengaku dirinya panseksual


BIAR pun merupakan seorang bintang sensasi Hollywood, Miley Cyrus sekali lagi telah mendedahkan identiti sebenar dirinya dengan mengklasifikasikan seksualiti dalam kategori panseksual.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu The Climb satu ketika dahulu memberitahu perkara tersebut menerusi majalah fesyen ELLE yang meletakkan bintang kontroversi itu dipilih sebagai muka hadapan keluaran itu.

Walaupun dia sering dikaitkan dengan model seksi Victoria’s Secret, Stella Maxwell sejak kebelakangan ini, Miley tampil membuat kenyataan dia masih belum ada apa-apa hubungan intim serius.

“Saya sangat bersifat terbuka, saya seorang panseksual… tapi saya belum menjalinkan apa-apa hubungan,” katanya dalam wawancara majalah tersebut.

“Saya baharu berusia 22 tahun, saya akan berpacaran namun saya akan berubah setiap 2 minggu… biar saya bersendirian,” tambahnya.

Sebelum ini Miley yang juga berbakat dalam bidang lakonan pernah mencetuskan kontroversi hangat dengan gambar bogelnya menerusi majalah Paper baru-baru ini.

Tampil dengan isu seksualiti diri, Miley membuka cerita kecelaruan identiti serta minatnya terhadap wanita kepada ibunya sejak dia berusia 14 tahun lagi.

Dia juga memberitahu dirinya sangat terbuka kepada sesiapa yang berkenaan dan tidak kisah sama ada pasangannya adalah lelaki mahu pun perempuan.

Kelihatan terma panseksual itu sangat jarang didengar berbanding istilah biseksual yang sering digunakan orang ramai. Apakah yang membezakan dua perkataan itu sebenarnya?

“Secara umum, panseksual ini lebih luas perspektif berbanding biseksual. Panseksual lebih bersifat terbuka seperti jatuh cinta atau ada tarikan seksualiti kepada semua jenis jantina,” kata pakar pengkaji seks, Debby Herbenick.

Menurut Debby, ia berbeza dengan biseksual yang hanya fokus pada dua jantina iaitu lelaki dan perempuan sahaja.

Panseksual ini merupakan skop yang lebih luas dan ia berpotensi untuk tertarik kepada individu berjantina aneh atau transgender termasuk lelaki dan perempuan.

Ia mungkin satu terma yang baharu kerana jarang digunakan untuk melabelkan seksualiti seseorang.– Agensi/MYNEWSHUB.CC

Fan BingBing, Pelakon Wanita Asia Termahal Di Dunia

 Fan Bingbing

 PELAKON yang berasal dari China, Fan Bingbing telah menjadi satu-satunya wakil pelakon wanita dari benua Asia yang dimasukkan dalam senarai rasmi aktres paling mahal di dunia.

Menurut senarai yang diterbitkan majalah Forbes bagi tahun 2015, Fan Bingbing, 33; telah menduduki tangga keempat dengan jumlah bayaran AS$21 juta (RM87 juta) setahun.

Pencapaian pelakon yang terkenal menerusi filem X-Men: Days Of Future Past itu ternyata membanggakan kerana beliau adalah satu-satunya pelakon wanita yang bukan rakyat Amerika Syarikat.

Bukan sahaja berwajah cantik serta menawan, Fan berjaya membuktikan taraf serta kualiti pelakon dari Asia juga setanding dengan mereka yang berada di Hollywood.

 Jennifer Lawrence

Dalam pada itu, Forbes menyenaraikan pelakon wanita yang berada di tangga pertama serta berjaya mengungguli carta tersebut adalah Jennifer Lawrence.

Pelakon muda yang baru berusia 25 tahun ini telah merangkul status sebagai pelakon wanita termahal di dunia dengan hasil kutipan AS$52 juta (RM216 juta) setahun.

Ternyata kehadiran Jennifer menerusi filem The Hunger Games serta X-Men: Days Of Future Past memberi impak besar bahkan membantunya meraih populariti serta bayaran yang mahal.

Tidak ketinggalan ialah pelakon versatile Hollywood, Scarlette Johansson juga berada di tangga kedua di dalam senarai tersebut.

Popular dengan aksi lakonan dan wataknya dalam filem The Avengers sebagai Black Widow, Scarlette meraih AS$35.5 juta (RM148 juta).

Diikuti dengan pelakon komedi Hollywood, Melissa McCarthy di tangga ketiga dengan jumlah kutipan AS$23 juta (RM96 juta) setahun.

Kemunculannya dalam filem Spy ternyata memberi kesan besar kepada industri perfileman di sana.

Muncul di tangga kelima pelakon wanita termahal di dunia, pengantin baru, Jennifer Aniston tersenarai dengan hasil jumlah kutipan sebanyak AS$16.5 juta (RM68 juta) setahun.

Antara selebriti lain yang tersenarai antaranya termasuklah Julia Roberts, Emma Stone, Angelina Jolie dan Anne Hathaway.

Forbes menganggarkan jumlah pendapatan mereka melalui pelbagai sumber seperti Nielson, Box Office Mojo dan IMDB serta beberapa lagi sumber lain.

Lihat senarai penuh aktres termahal di dunia berdasarkan data Forbes di bawah. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

1. Jennifer Lawrence – AS$52 juta

2. Scarlett Johansson – AS$35.5 juta

3. Melissa McCarthy – AS$23 juta

4. Bingbing Fan – AS$21 juta

5. Jennifer Aniston – AS$16.5 juta

6. Julia Roberts – AS$16 juta

7. Angelina Jolie-Pitt – AS$15 juta

8. Reese Witherspoon – AS$15 juta

9. Anne Hathaway – AS$12 juta

10. Kristen Stewart – AS$12 juta

11. Cameron Diaz – AS$11 juta

12. Gwyneth Paltrow – AS$9 juta

13. Meryl Streep – AS$8 juta

14. Amanda Seyfried – AS$8 juta

15. Sandra Bullock – AS$8 juta

16. Emma Stone – AS$6.5 juta

17. Mila Kunis – AS$6.5 juta

18. Natalie Portman – AS$6 juta

Kylie Jenner Ditawar RM40 Juta Bintangi Filem Lucah


BINTANG realiti Kylie Jenner ditawarkan USD10 Juta (RM40 juta) oleh Vivid Entertainment untuk membintangi filem lucah bersama teman lelakinya, penyanyi rap Tyga.

TMZ melaporkan, pengarah urusan syarikat berkenaan, Steve Hirsh dalam satu kenyataan memberitahu ia bakal memberi keuntungan kepada Kylie sekaligus menaikkan namanya sebagai bintang terkenal seperti kakaknya, Kim Kardashian.

"Lihat rakaman seks Kim dan Ray J, ia meletup dan terus meletakkan dia di antara selebriti terkenal dan ia akan memberi manfaat sama kepada Kylie," katanya.

Dalam pada itu, terdapat beberapa lagi syarikat filem lucah membuat tawaran sama kepada Kylie malah ada yang ingin mengambilnya sebagai duta produk mereka.

"Dia baharu sahaja berusia 18 tahun dan kami memberi peluang ini kepadanya," ujarnya.

Kylie bagaimanapun tidak memberi sebarang respon terhadap tawaran diberikan kepadanya.



Sumber: mstar.com.my

Penjelasan Nora Danish mengenai gambar berbikini

 Gambar yang dituduh milik Nora Danish.

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish pada Rabu tampil membuat penjelasan menerusi Instagram selepas dituduh berbikini ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, wanita dalam foto berkenaan bukan dirinya tetapi adalah individu yang mempunyai wajah seiras dengannya.

"Saya mencari wanita ini, siapa yang kenal tolong tag dia ok, saya sangat mahu berjumpa dengannya," ujarnya pada kapsyen gambar tersebut.

Tambah Nora, menerusi kapsyen gambar berkenaan, dia turut memohon agar tidak terus mengaitkan namanya dengan mana-mana foto wanita berbikini.

"Lepas ini setiap perempuan pakai bikini semua saya?, muka sama semua saya, God please give me a break. Ada berjuta penduduk kot penat nak deny semua.

"Tolonglah beri saya rehat," tulisnya bagi membalas komen-komen pengikut.


Selain itu, tambah Nora, sejak akhir-akhir ini dia menyedari ramai wanita yang mempunyai wajah seiras dengannya terutamanya menerusi gambar-gambar di laman sosial.

Dalam pada itu, membalas beberapa komen pengikut yang meminta dia memadam gambar seksi tersebut, Nora berkata, foto itu tidak akan menjadi masalah kerana dia sudah mengaburkan gambar tersebut.

"Perlukan saya padam gambar ini? Saya rasa saya sudah kaburkan. Jangan risau tentang wanita ini, jika dia boleh papar seperti ini di Instagram, saya rasa ia tidak jadi masalah jika saya muat naik semula. Lagi pula saya sedang mencarinya," ujarnya.

Dalam pada itu, Nora turut memuat naik sekeping lagi gambar wanita berbikini bagi menjelaskan bahawa individu berkenaan adalah kawan wanita yang dikenali.

"Wanita ini adalah kawan saya dan dia berbangsa cina dan seorang yang sangat baik. Tolong jangan guna gambar dia dengan memfitnah saya sana sini dengan mengatakan ianya adalah saya," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.


Sumber: mstar.com.my

[Video] Dato Siti Nurhaliza nyanyi lagu Tamil pukau penonton


Penyanyi bersuara lunak yang juga merupakan penyanyi terkenal Malaysia, Dato Siti Nurhaliza Tarudin telah berjaya memukau penonton dengan satu penampilannya di dalam sebuah majlis pembukaan International Superstar 2015 yang berlansung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Acara International Superstar 2015 merupakan pertandingan nyanyian antarabangsa India yang disertai oleh peseta-peserta antarabangsa dari lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Mauritius, India dan Kanada.

Di dalam majlis pembukaan acara tersebut, Dato Siti telah tampil mendendangkan lagu Tamil bertajuk Nenjae Ezhu hasil ciptaan komposer terkenal Bollywood dan juga Hollywood, A.R. Rahman.

Walaupun dikatakan agak gementar namun kemunculan Dato Siti ternyata mendapat tepukan gemuruh daripada penontotn apabila beliau keluar ke pentas dan sorakan penonton terus bergema selepas di menyanyikan lagu berkenaan dalam bahasa Tamil.




Kredit: Siakapkeli.my

Cikgu Aisyah Dikritik Gara-Gara Pakai Baju Seksi


Siapa sangka disebalik wajah ayunya dahulu bertudung yang membuatkan ramai lelaki 'bergetar tulang rusuk' melihat kelibat cikgu Aishah mengajar di sebuah sekolah dan kisah 'surat cinta dari bapa untuk cikgu Aishah' kini cikgu Aishah sudah berubah 100% dari pernampilannya dulu.

Cikgu Aishah atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman pernah menjadi viral sebelum ini di mana menjadi bualan ramai Netizens di Malaysia. Beliau mendapat status cikgu berkenaan selepas menjadi guru sandaran di sebuah sekolah.

Kemudiannya, Puteri Aishah telah menyertai pertandingan Dewi Remaja 2014 / 2015 yang berlangsung baru-baru ini di mana namanya berjaya ke peringkat akhir.

Terbaru, beliau telah menjadi sasaran kritikan Netizens apabila dikatakan telah tampil berpakaian ketat sehingga menampakkan 'lemak' berlipat diperut dan juga skrit pendek menampakkan peha gebunya.


Perkembangan terbaru ini berlaku semasa beliau bersama Nelydia Senrose telah menghadiri sebuah majlis di mana beliau mengenakan pakaian yang berlawanan dengan imejnya semasa mula menjadi viral dahulu.

 


Beliau sepatutnya menjaga imej yang membawa namanya naik dan dikenali ramai, kerana imej ayunya sebelum inilah namanya mula naik tetapi dengan perkembangan ini pasti akan mewujudkan persepsi tidak baik terhadapnya.




Kredit: Siakapkeli.my

Ayahanda Rani Kulup & Uqasha Senrose Meriahkan 'Super Spontan' Musim 4


 PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose dipilih antara barisan pemain utama yang akan bersaing di pentas Super Spontan All Stars musim keempat bersama beberapa pelawak lain yang bakal bermula pada 28 Ogos ini.

Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro, Bob Azrai berkata, pemilihan aktres tersebut adalah berdasarkan prestasi cemerlangnya sebagai tetamu undangan pada program separuh akhir musim lalu.

"Kita akui sukar untuk mencari peserta wanita dan ramai takut untuk menyertainya kerana ia melibatkan permainan secara spontan.

"Bila kami lihat Uqasha mampu untuk bermain dengan baik, kami cuba bertanya sama ada dia ingin terlibat atau tidak. Dia bersetuju untuk cuba bersaing pada musim ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media program Super Spontan musim keempat di Talent Lounge, di sini, Selasa.

Program Super Spontan All Stars bakal bersiaran secara langsung dari Studio Visual Three, Bukit Serdang, dekat sini, pada setiap Jumaat pukul 10 malam.

 Artis dan tenaga produksi yang terlibat dalam Super Spontan All Stars

Selain Uqasha, seramai 13 pelawak dan pengacara televisyen lain turut terlibat iaitu Johan, Zizan Razak, Pak Yus, Tauke, Rahim R2, Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Along Cham, Achey, Abam, Jihan Musa, Yasmin Hani dan Nana Mahzan.

Sementara itu, Presiden  Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah bakal menjadi tetamu khas pada malam pembukaan program itu.

Rani juga bakal muncul dalam beberapa episod yang bersesuaian bagi memeriahkan program pada musim ini.

"Kita panggil Rani Kulup sebagai tetamu kerana musim ini kita memakai slogan dan semangat dia sebagai nama kumpulan iaitu Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab.

"Dia juga akan muncul pada malam pembukaan dan beberapa episod yang istimewa bagi memeriahkan pertandingan itu nanti," ujarnya.

Program yang bakal bersiaran selama 10 minggu ini turut menampilkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara, manakala Reza Zainal dan Rashid Salleh sebagai pengurus kumpulan.

Sementara Afdlin Shauki sebagai pengulas dan Amir Raja Lawak menjadi pengulas iringan.

Dalam pada itu, program yang mengekalkan format pemarkahan yang sama iaitu diadili berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton dan menerusi laman web rasmi www.superspontan.com.my

Juara Super Spontan All Stars akan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000. Manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM75,000 dan RM50,000.

Sementara tempat keempat, kelima dan keenam turut membawa pulang RM20,000, RM10,000, dan RM5,000.

Super Spontan All Stars akan bersiaran pada setiap Jumaat, pukul 10 malam secara eksklusif di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).


Sumber: mstar.com.my

Megan Fox hot mama Hollywood

Usianya kini telah menginjak 29 tahun namun Megan tetap cantik dan memiliki tubuh ramping bak seorang supermodel walaupun telah memiliki 2 orang anak. Kali ini salah satu kamera media berjaya mengabadikan potretnya ketika berjalan di kawasan Sherman Oaks, California pada Isnin.

Megan tampil stylish dengan outfit yang sangat simple. tanktop dan legging hitam yang dikenakannya benar-benar sempurna dan ditambah dengan outer berwarna peach.
 
Foto: fameflynet.com

Aktor Fast & Furious teruja sambut Ramadan


LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT - "Ramadan al-Mubarak untuk semua  umat Islam di seluruh dunia, aku mencintaimu. Aku benar-benar mencintaimu!!! Insya ALLAH berkat untuk kamu dan keluargamu," demikian tulis Tyrese Gibson di akaun Istagramnya baru-baru ini.

Tyrese Gibson, 36,  antara aktor penting yang menjayakan filem sekuel Fast & Furious dilihat begitu teruja menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

Gibson dilaporkan sudah memeluk agama Islam sejak awal 2014. Dia mengambil keputusan itu selepas berkunjung ke Dubai.

Difahamkan dia ke sana untuk menghiburkan dirinya selepas kematian  Paul Walker. Di Dubai, Gibson sempat bergambar dengan mengenakan serban lengkap jubah berwarna putih. Setelah memeluk Islam, Gibson merasa dirinya  seperti manusia yang baru lahir.

Sementara itu menerusi video pendek Deen.com, Gibson dikatakan mendapat hidayah selepas dia menonton  sebuah filem pendek yang berjudul ' The Purpose of Life '.

Keputusan Gibson ini disambut baik oleh para peminatnya.


Sumber: Sinar Harian

Aktres Korea Selatan maut ketika 'skydiving'

Jung In Ah

SEOUL - KOREA SELATAN. Pelakon dan model Korea Selatan, Jung In Ah, 38, maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika melakukan aktiviti skydiving.

Jun, 38 dilaporkan hilang selepas mengikuti aktiviti skydiving pada 13 Jun lalu di wilayah Selatan Jeolla, Korea Selatan.

Memetik laporan Chosun News, mayatnya ditemui pada 16 Jun bersama payung terjun yang terapung di dalam laut.

Pihak berkuasa percaya cuaca buruk mengakibatkan mangsa mengalami kesulitan untuk melakukan pendaratan

Jun adalah bekas graduan di Seoul National University dan muncul kali pertama pada tahun 2008 dalam drama MBC  The Secret Of Keu Keu Island.



Sumber: Sinar Harian

Aktor Filem Seram Christopher Lee Meninggal Dunia

Aksi Christopher bersama Barbara Shelley dalam filem 'Dracula: Prince of Darkness' pada tahun 1966.

LEGENDA filem seram, Christopher Lee meninggal dunia pada usia 93.

Pelakon yang terkenal sebagai bintang  filem seram pada 1950-an, sebelum terus mengecapi kemahsyuran dalam kehidupannya itu telah dirawat di hospital akibat kegagalan jantung dan masalah pernafasan.

Beliau meninggal dunia di Hospital Chelsea and Westminster di London pada pagi Ahad selepas tiga minggu dirawat, tetapi balunya memutuskan untuk menahan berita itu sehingga hari ini supaya keluarga dan rakan-rakan dapat dimaklumkan terlebih dahulu.

Christopher memainkan watak Dracula dalam siri filem seram klasik yang dihasilkan oleh Hammer Horror, dan memegang watak penjahat yang 'tenang' dalam filem James Bond 'The Man With the Golden Gun' pada tahun 1974.

Beliau kemudian dikenali dalam generasi baharu peminat filem dengan peranannya dalam Lord of the Rings, di mana beliau memegang watak jahat Saruman dan juga dalam filem Star Wars.

Selepas berita ini disiarkan pada sebelah pagi, rakan-rakan artis dan peminat memberikan penghormatan kepada pelakon yang telah berjaya mengekalkan pengaruhnya selama beberapa generasi.

Jonathan Ross berkata: "Sangat sedih mendengar bahawa Sir Christopher Lee telah meninggal dunia. Seorang pelakon yang hebat, bintang besar, mengejutkan, beliau juga seorang penyanyi yang baik dan seorang lelaki yang budiman."

Boris Johnson menambah: "Sungguh sedih mendengar tentang kematian Christopher Lee, salah seorang pelakon paling berbakat besar British dan 'pakar' dalam watak mengerikan.

Christopher telah berkahwin selama 54 tahun dengan Birgit Kroencke, bekas model Denmark.

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Christina.

Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Khas semasa Perang Dunia Kedua, tetapi sering enggan untuk membincangkan apa yang telah dilakukan semasa perang, dengan berkata beliau terikat dengan sumpah kerahsiaan.



Sumber: mstar.com.my

Erra Fazira kini bertudung sepenuhnya


TEKA-TEKI mengenai khabar angin pelakon, pengacara dan penyanyi terkenal Erra Fazira mengenai penghijrahannya terjawab selepas pelakon itu kini mengenakan hijab sepenuhnya.

Memetik laporan portal berita, Erra berkata, penghijrahannya ini sudah lama terdetik dalam hati  dan kadang-kadang ia jadi terbantut dek urusan dan perjanjian kerja yang sudah dimeterai.

"Pada suatu tahap saya beritahu kepada diri sendiri adakah hasrat dan niat ini harus ditunda dari hari ke sehari. Kalau nak ditunggu sampai seru, mungkin ia akan terus tergantung," katanya.

Pelakon itu bertudung sepenuhnya sejak semalam sempena mengambil keberkatan malam nisfu syaaban.

Datuk Siti Nurhaliza di laman Instagram milik pelakon itu turut gembira dengan keputusan Erra untuk bertudung.



Sumber: Sinar Harian

Masih bergetah di usia 45 tahun, apa rahsia JLo


Penyanyi dan pelakon berdarah Amerika Latin, Jennifer Lopez mendedahkan beliau mengamalkan dua perkara untuk kekal cantik dan jelita - tidak merokok dan tidak menyentuh minuman keras.

"Rahsia kejelitaan sebenarnya adalah cara gaya hidup sihat, syukur kepada tuhan kerana sejak kecil sehingga sekarang, saya masih nampak macam muda kerana tidak merokok dan minum arak," dedahnya ketika tampil di festival muzik tahunan di ibu negara berkenaan.

Memetik Mynewshub, Jennifer atau Jlo berkata, beliau juga mengelakkan menghadiri pesta liar, berbeza dengan kebanyakan selebriti Hollywood yang lain.

"Saya belum pernah sentuh dua benda itu, bahkan saya tidak pernah hadiri parti liar. Juga mujur saya bukan jenis suka berparti tetapi lebih suka kerja keras sepanjang hidup," ujarnya.

Maka tidak hairanlah bintang filem The Boy Next Door itu masih kekal menawan dan 'bergetah' walaupun telah menginjak usia 45 tahun! — Siakapkeli.my

Sid Vicious...Punk superstar yang mati katak!


 12 Oktober 1978

Pukul 11.00 pagi

          Kaunter Hotel Chelsea di Bandar New York menerima suatu panggilan aduan dari seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya memberitahu sesuatu sedang berlaku di bilik 100. Kerani yang menjawab talian berkenaan meminta pertolongan salah seorang bellboy yang bertugas untuk bergegas ke bilik berkenaan. Seketika kemudian, telefon meja kaunter hotel berdering semula, kedengaran suara lemah seorang lelaki berkata “Seseorang sedang sakit, perlukan bantuan..”

Pada ketika itu, bellboy yang naik ke atas tadi telah pun berada di bilik 100. Sebaik memasuki bilik 100, kelihatan darah berlumuran di kebanyakan tempat di atas katil. Bellboy berkenaan tersentap apabila dia menyaksikan seorang gadis berumur awal 20an dengan separuh bogel berlumuran darah terduduk bersandar di dalam bilik mandi.


Kepala gadis berambut blonde platinum itu tunduk menghadap lantai dengan matanya terbuka dibawah sinki. Gadis itu hanya bercoli dan  berseluar dalam berwarna hitam, kedua-duanya dibasahi dengan darah pekat yang berlajau-lajau. Di perutnya tercacak sebilah pisau setebal lima inci.

Beberapa minit kemudian, ambulans tiba bersama pihak polis. Setelah pasukan paramedik mengesahkan kematian gadis tersebut yang bernama Nancy Spungen, polis melakukan pemeriksaan sekitar bilik berkenaan dan menjumpai dadah dan alatan untuk menyuntik,  bersama-sama senjata iaitu sebilah pisau Jaguar K-11 yang dipenuhi dengan darah. Mangsa tinggal dengan teman lelakinya yang sebelum itu ditahan di laluan ruang tamu.

Pasangan ini menginap di suite mewah ala Bohemia, Hotel Chelsea di mana sering mendapat kunjungan bintang-bintang popular seperti Bob Dylan, Eugenne O’Neille, Janis Joplin, Jane Fonda serta beberapa nama besar lain lagi.


 Pasangan ini mendaftar masuk dengan menggunakan nama ‘Mr. And Mrs. John Ritchie’ walhal kedua-duanya masih belum berkahwin. Teman lelaki Nancy adalah Sid Vicious, ataupun nama sebenarnya Simon John Ritchie, superstar punk yang bermain bass untuk kumpulan muzik punk Sex Pistols.

Vicious dijumpai merayau-rayau di laluan ruang tamu, menangis, menggigil-gigil sebaik tibanya polis di tempat kejadian. Wajahnya lebam-lebam seperti dipukul dengan benda yang keras kerana bergaduh dengan seorang petugas hotel malam sebelumnya. Dia ditumbuk dan dibelasah oleh petugas itu kerana cuba menegur bunyi bising kerana pada malam itu bilik 100 berparti sehingga menganggu penginap yang lain.

 Sebelum ketibaan polis, tetamu yang menginap di hadapan bilik Vicious telah keluar melihat kejadian yang berlaku. Vicious menyatakan yang dia tidak membunuh Nancy. Dengan keadaan yang khayal, Vicious memberitahu kepada wanita di hadapan biliknya bahawa Nancy terjatuh di atas pisau. Dia mengatakan dia teramat menyayangi Nancy dan tidak akan melakukan perkara itu terhadap kekasihnya.

Walau bagaimanapun, Vicious digari dan dibawa ke balai polis dengan tuduhan membunuh kekasihnya.


Sid Vicious adalah individu gila yang paling kuat pengaruh serpihan budaya punk pada tahun 70-an. Siapa tak kenal dengan Sid Vicious? Pemain gitar bass kumpulan Sex Pistol ini merupakan ikon kepada dunia punk 70an sehinggalah sekarang.

Terlalu ramai remaja di seluruh dunia menjadikan Sid Vicious  sebagai idola mereka.     Raja penagih heroin ini atau nama sebenarnya Simon John Ritchie lahir pada 10 Mei 1957. Ibunya Anne Ritchie seorang hippie (juga penagih heroin tegar) manakala bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di istana Buckingham serta bermain muzik  semi-profesional secara sambilan di London. Walaubagaimanapun, sebaik Sid dilahirkan, kedua ibubapanya berpisah.

          Bapa kandung Sid lari dari tanggung jawab, tinggallah Sid terkontang kanting bersama ibunya. Anne memikul tanggung jawab sebagai ibu dan bapa Sid, bekerja di pub-pub sekitar London sehinggalah ke Ibiza, Sepanyol. Walaubagaimana pun, setelah pulang ke London, Anne turut berkahwin dengan beberapa lelaki lain termasuklah seorang lelaki kaya iaitu Chris Beverly sehingga mampu menghantar Sid ke sekolah swasta.

          Benci dengan persekitaran anak-anak orang kaya, Sid menjadi anak yang agak pasif tetapi liar. Dia mula bercampur dengan remaja-remaja yang rosak akhlak mereka dan terjebak dengan najis dadah. Dia membesar dengan semangat anarki disamping tabiat mencederakan diri sendiri. Semuanya gara-gara heroin. Anne bingung dengan perangai anak bujangnya itu kerana ada-ada saja hal yang dilakukan di sekolah. Akhirnya Sid berhenti sekolah dan bekerja sebagai buruh di sebuah kilang fabrik.

          Ketika zaman remaja, Sid juga pernah mengaku mempunyai nafsu seks songsang terhadap lelaki. “Saya pun tak tahu mengapa saya boleh bernafsu sebegitu, sebenarnya saya gemar bereksperimen dengan seks!” jelasnya yang pernah melakukan hubungan sejenis itu walaupun hanya selama dua bulan sahaja. Pengakuan ini berdasarkan tabiatnya yang gemar memakai pakaian perempuan semasa tidur ketika berumur 14 tahun!


MUZIK PUNK, SEX PISTOLS DAN SID VICIOUS


Kumpulan Sex Pistols sudah ditubuhkan pada tahun 1975, band ini adalah pencetus budaya punk yang bersifat anti kerajaan dan mengamalkan ideologi punk paling kuat. Hanya pada tahun 1977, Sid Vicious menyertai Sex Pistols yang kebetulan pemain bass asal kumpulan ini, Glenn Matlock mengundurkan diri.

Sebenarnya Vicious tidak pandai pun bermain bass. Vicious diterima menyertai Sex Pistols kerana perangai ‘punk’ gilanya yang ‘sejati’. Malcolm Mclaren adalah individu yang bertanggung jawab membawa Sid Vicious ke lembah kemasyhuran dan bertindak selaku pengurus band ini.

Kehadiran Sid telah membuatkan populariti band ini terus melonjak naik dan menjadi bertambah rebel. Ini kerana Sid sendiri seorang yang aggresif dan ganas sesuai dan kena dengan imej Sex Pistols. Gayanya berseluar jeans ketat dan koyak rabak, susuk tubuh kurus sehingga nampak tulang, jalan membongkok, menagih heroin, rambut tidak terurus seperti kena renjatan elektrik, berjaket motosikal yang lusuh serta pin-pin yang menjadi aksesori jaket, memakai rantai besi seperti anjing bersama-sama dengan mangga.

Sid juga banyak mempertonton aksi yang ganas semasa berada di atas pentas seperti mengkelar dada dengan pisau, vandalisme, berperlakuan jijik dengan membuat isyarat lucah serta beraksi kurang ajar seperti suka meludah dan kencing di atas pentas sehingga membuatkan Menteri Pendidikan Britain pada ketika itu melabelkan mereka sebagai 'Agen Keruntuhan Moral Masyarakat'.

Ketika itu, seluruh dunia dahagakan sesuatu muzik rock yang segar, walaupun pada dasarnya mereka hanya memainkan muzik rock yang mudah, cuma kelajuan temponya saja ditambah. Dengarkan saja lagu-lagu daripada album Nevermind The Bollocks, kebanyakannya anak-anak muda di seluruh dunia mula berfikiran haluan kiri setelah ‘karya’ yang menghasut minda dengan lagu-lagu seperti Anarchy in U.K, dan God Save The Queen. Semuanya berunsurkan hedonisme dan mengajak anak-anak muda memberontak. Dia menjadi ikon pada muda-mudi!


          KEMATIAN SID VICIOUS


 Pada suatu petang 1 Februari 1979, sebuah parti kecil diadakan di rumah kekasih Vicious iaitu Michelle Robison untuk meraikannya yang dibebaskan dari Penjara Riker’s Island kerana menyerang adik kepada Patti Smith (penyanyi punk).

          Tempoh 7 minggu pastinya begitu lama buat penagih tegar mengekang dirinya dari sebarang dadah. Malam itu Vicious menyuntik dadah seakan tiada hari esok. Pada malam itu, dia tidur bersama teman wanitanya itu dalam keadaan yang betul-betul khayal.

Keesokan harinya, Vicious tidak lagi bernyawa. Selepas bedah siasat dilakukan, laporan menunjukkan kandungan heroin yang begitu tinggi dalam paru-parunya. Jarum, sudu dan heroin dijumpai berhampiran mayatnya. Sid Vicious dikatakan menyuntik heroine asli pada dos ketiga dan dengan serta merta nyawanya turut melayang. Ya, esok memang tidak ada buatnya.


 Selepas beberapa hari kematian Vicious, ibunya terjumpa sekeping nota bertulis ; ‘kami telah membuat perjanjian untuk sehidup semati, kini giliran aku melaksanakan janji itu. Tolong kebumikan aku bersebelahan dengan cintaku. Tanamlah aku dengan jaket kulitku, jeans dan but motosikalku. Selamat tinggal! Sekian, - Sid’

Mayat Nancy ditanam di tanah perkuburan orang yahudi tetapi Vicious, bukan seorang yahudi tidak boleh dikebumikan di sebelahnya. Akhirnya mayat Vicious dibakar dan abunya ditabur di pusara kekasih cintanya itu. Matilah seorang ‘pesona punk’, anak muda yang kojol pada usia yang muda, terlalu muda (21 tahun) yang diangkat-angkat oleh pengikut-pengikut punk.



Kredit: KL Thugs