Ramadhan menjelma

pic dicilok dari lebai google..terima kasih kpd pemiliknya


“Ya Allah, telah tiba bulan Ramadhan.
Wahai Tuhan pemilik bulan Ramadhan,
Engkau telah menurunkan Al-Qur’an di dalamnya
dan telah menjadikannya sebagai penjelas atas petunjuk
dan pembeda antara yang hak dan yang batil.
Wahai Tuhan kami, berkatilah kami di dalamnya
dan bantulah kami dalam melaksanakan puasa
dan menunaikan shalat di dalamnya.
Terimalah amal-amal kami di bulan ini.”

selamat menyambut Ramadhan. hepi selalu ok
jgn buat muka seposen disebabkan xleh makan waktu siang

semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. amin



ini pulak award dari cik Lya Colours tq..tq...tq

lama dh xdpt menda alah nih hehe



slmt hari minggu

adiosSS

Amane Yamanouchi...nama Jepun aku ahaks

hollaaaaaaaa.....

korang sedang buat apa sekarang ni ek?..kerja, makan, tido atau termenung

tak kisahlah apa yg korang buat....apa kata cuba check nama korang dlm bahasa Jepun

aku try dah...inilah nama Jepun aku

Amane Yamanouchi

kalau nk try klik link kt bawah tu

http://rumandmonkey.com/widgets/toys/namegen/721/

Hitam Kuning Go Tigers

HARIMAU lawan SINGA

aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014
di Stadium Jln Besar, Singapura mlm ini.


mari kita sing along KASI SEMANGAT kpd HARIMAU MALAYA

jom Tiqah nyannyi sama2..

Hitam kuning, hitam kuning, hitam kuning,
hitam kuning! Go tigers! Go tigers!




JJ and Ean (Hitz fm morning crew parody) ft Nadhira

It’s Nadhira, what’s up JJ and Ean
Hitam kuning, hitam kuning, Go tigers!

On the pitch, they gonna leave no survivor
Black and Yellow, hello, catch the fever
Come on Malaysians, let’s make you all believers

Chorus
Hitam kuning, hitam kuning, hitam kuning, hitam kuning! Go tigers! Go tigers!
Hitam kuning, hitam kuning, hitam kuning, hitam kuning! Go tigers! Go Go tigers

Black stripes with yellow trims
I heard they scare of us cos we gonna win
We’re tiger on our chest
Can you hear us roaring
We playing our best and we will be scoring
Suzuki Cup we bag the medal from our next the medal dingle
We gonna line up like a candle
Hitam Kuning can you handle..us
All the haters can shout..Malaysians Tiger with the coach..Rajagopal

Chorus (X2)

Harimau Malaya, mengaum gagah,
Juara Malaya, Raja Asia
Lawan Diserang, tiada gentar
Mengaum gagah, lawan gentar
Harimau Malaya, dunia digegar
Yeahhhh

If you are proud of the Malaysia football team,
everybody stand up with us now and get ready to sing, alright?


3, 2, 1 go!

Chorus (X2)




~GO TIGERS!!!~

you'll Never Walk Alone


UPDATE:

SINGAPURA (5) vs MALAYSIA (3)

di Bukit Jalil 28-7-2011 kita kejar balik...GO TIGERS!!
...........

semangat-semangatt

dah seminggu tak hapdet dan seminggu lebih sikit tak blogwalking tak komen2 kat blog rakan2 semua.

kenapa tak hapdet. ini bukan pasal demam dan sakit kepala 4,5 hari lepas

tapi,

sebab aku malas


hey kamon zamani..semangat-semangatttt


ok, aku tengah kumpul balik semangat bloggin. kejap lagi aku serbu blog korang semua rindu da nih nak romen-romen komen-komen blog korang semua


ini entri auto publish. pada masa sekarang aku berada di masjid tengah khusyuk dengar khutbah tak pon tersengguk-sengguk tahan mengantuk

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Sakit kepala wooo

huarrgghh menguap tak ingat dunia...dh 12 tengah hari rupanya. baru je bangun nih. ooops selepas subuh tadi dah bangun ye pastu tido balik then bangun..tido balik..bangun balik...tido balik...dan sekarang ni dh bangun..jap lagilah sambung tido kootTT..

demam aku belum nak kebah. sakit sgt kepala nih..berdenyut-denyut. rasa cam nak buang kejap kepala nih letak dlm fridge. biar dia rehat kat situ kasi sejuk sikit. huh sib baik off hari ni

ingin jugak merayau-rayau tapi keadaan badan tak mengizinkan. kang pengsan tengah jalan. sape yg nak tolong angkat.

cuma sebentar tadi sempat merayap kat alam cyber kejap. masuk dailymail jumpa satu berita sengal hehehe.

nak tau apa? ni haaaaaaaaa tengok gambar kat bawah..

Is he brave or stupid? Manchester United fan wearing Wayne Rooney shirt turns up to a Liverpool training session

ow here's something you never thought you would see.

One Manchester United fan pushed his luck a little too far when he turned up in club colours to a Liverpool training session in Malaysia......(readmore>> klik sini)


kahkahkah sape budak nih????

femes lah kau bro...dpt masuk dailymail huhuhu


petang karang hari yg ditunggu-tunggu akan tiba. team kesayangan akan berentap dgn Harimau Malaya. Datuk K Rajagobal meminta penonton dtg stadium pakai baju biru dan bagi sokongan kpd pasukan negara..huk alaaaa

rilekla coach..walaupun kitorang pakai baju merah liverpool, skuad negara tetap di hati lagipun ini hanya friendly je. lawan Singapura nanti kita pakai baju jesri belang rimau..jersi kaler kuning yg dikatakan takde tuah oleh Rajagobal takpun jersi biru yg bertuah itu...aku tak berkenan ngan jersi biru nih. cam jersi pasukan Siam pulak huh.

lagi satu, kalau Harimau Malaya buat kesilapan atau kalah teruk JANGAN BOOOO ye. pls


k lah. nak sambung tido lagi heheh..moga2 petang karang kurang sikit sakit kepala nih

Lelaki cincang budak 8 tahun


NEW YORK - Seorang budak lelaki berumur lapan tahun yang sesat semasa berjalan pulang berseorangan di kawasan kejiranan Yahudi di New York, kelmarin, dibunuh dan dicincang seorang lelaki selepas kanak-kanak itu bertanya arah jalan kepada suspek.

Polis menemui bahagian kaki Leiby Kletzy yang berlumuran darah di dalam peti sejuk di rumah suspek manakala anggota badan lain ditemui di dalam tong sampah di kawasan kejiranan berdekatan.

Penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak malang itu mengejutkan komuniti kecil Yahudi ortodoks di Brooklyn kerana kawasan itu dianggap paling selamat dan kerana suspek juga adalah seorang penganut Yahudi ortodoks.

Suspek, Levi Aron, 35, mengaku membunuh Kletzy dengan melemaskan mangsa menggunakan tuala sebelum mencincang badannya selepas panik apabila mengetahui orang ramai sedang mencari kanak-kanak itu.

Merah membara

The Kopites esok jadikan stadium Bkt Jalil semacam Anfiled
ramai2 nyanyi Liverpool FC anthem

"YOU'LL NEVER WALK ALONE"

kasi semangat kpd team kita

musim baru EPL kita akan belasah semua musuh2 kita
terutamanya....

Manchester Untitled United


When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
There's a golden star (sky)
And the sweet silver song of a lark

Walk on...
Through the rain...
Walk on...
Through the rain
Walk through the wind
And your dreams be tossed and blown...

Walk on... (walk on)
Walk on... (walk on)
With hope (with hope)
In your heart...
And you'll never walk alone
You'll never walk alone.
Alone...

Walk on... (walk on)
Walk on... (walk on)
With hope (with hope)
In your heart...
And you'll never walk alone
You'll never walk alone.
Alone...

You'll never...
You'll never walk alone...

Walk on... (walk on)
Walk on... (walk on)
With hope (with hope)
In your heart...
And you'll never walk alone
You'll never walk alone.
Alone...

You'll never walk...
You'll never walk alone...


walaupun menyokong The Reds skuad harimau Malaya tetap di hati
semoga dapat memberi tentangan yg hebat kpd Liverpool esok


p/s: aku demam

29 tahun sudah jadi atuk...aiyakk

seorang pemuda berusia 29 tahun, Shem Davies menjadi atuk termuda di UK apabila anak perempuannya melahirkan anak di usia 14 tahun.

Davies baru berusia 14 tahun ketika menjadi ayah utk pertama kalinya kini anaknya Tia melahirkan bayi perempuan sebelum ulang tahunnya yg ke 15 di Bridgend, South Wales.

Davies bercerai dengan ibu Tia, Kelly, tiga bulan setelah Tia lahir dan mengaku sangat senang dengan kelahiran cucunya.

Cucu Davies, Ava Grace, ketika ini berada di inkubator kerana lahir tidak cukup bulan dengan berat 0,9 kilogram.

Davies mengaku terkejut ketika mengetahui Tia hamil. Tia mengatakan kepada Davies bahawa ia hamil dengan teman lelakinya yang berusia 15 tahun, Jordan Williams.

"Rasanya seperti seminit Tia masih bayi, tapi seminit kemudian dia hamil," ujar Davies. "Saya boleh saja marah padanya, tetapi apa untungnya?"

"Saya tahu sulit bagi mereka kerana saya juga pernah merasakan itu di usia yang sama," kata Davies.

Ibu Tia, Kelly, 30 tahun, mengatakan, "Mimpi terburuk saya adalah Tia mengulangi kesalahan yang saya lakukan kerana hamil di usia muda.


The Sun

Agenda musnahkan Islam

bagi korang yg suka melayari internet berhati-hati ketika memasuki mana2 laman web yg bercorak keagamaan. Ini krn terdpt satu usaha pihak Yahudi yg menggunakan kemudahan internet ini dgn membangunkan laman web yg berniat jahat dlm usaha utk menghancurkan Islam.

Antara laman web yg dibangunkan dgn niat jahat utk memburukkan islam ialah:
1) www.answering-islam.org
2) www.aboutislam.com
3) www.thequran.com
4) www.allahassurance.com

selain laman web, mereka juga giat mengedar quran versi baru iaitu the true furqan. kitab terbaru ini mengandungi 77 surah spt al-fatihah, al-jana dan al-injil. tapi ia tdk dimulakan dgn bismillah tetapi ayat panjang merangkumi tiga kepercayaan rohaniah kristian yg dilakukan dgn niat mengelirukan umat islam apalagi di kalangan mualaf.

isi kandungan kitab ini sememangnya menentang islam, antaranya mengenai beristeri lebih dari satu dianggap berzina dan penceraian tdk dibenarkan dlm islam. manakala jihad pula dianggap sbg haram.

bagi semua umat islam, insafilah diri agar tdk mudah berkawan, berbaik-baik atau memberi kepercayaan kpd bangsa yahudi ini.

wallahualam

spontaneous thursday # 1

"mlm tadi malaysia kalah lawan arsenal 4-0..sib baik bukan 7,8 gol kan" kata aku kpd org di sebelah ni haa

Sunnah Nabi yang dilupakan

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.


Susu kambing merupakan sunnah nabi kerana susu kambing merupakan minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah. Semasa peristiwa Israk Mikraj juga nabi telah disediakan dengan 3 jenis minuman iaitu arak, madu dan susu kambing. Baginda memilih susu kambing.

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Susu kambing ianya bersifat ALKALI manakala susu lain bersifat ASIDIK,sebab itu kita tidak jumpa sabun susu lain atau mandian susu lain manakala susu kambing, kita akan temui sabun susu kambing.syampu susu kambing,mandian susu kambing dan bermacam alat solek yang berasaskan susu kambing kerana sifatnya ALKALI maka tidak merosakan kulit manakala susu lain bersifat ASIDIK.

Kajian yang dilakukan mendapati susu kambing dapat membantu merawat dan mencegah penyakit kronik saperti Gastrik, Migrain, Lelah, Sengugut, Darah Tinggi, Masaalah penyakit kulit, Ulcer, Hepatitis A, Sakit kuning, Radang sendi, lemah tulang,Pemulihan selepas pembedahan,memulih tenaga batin, membantu pembentukan tulang,otot dan gigi dan berbagai lagi (Insha Allah) jika kita yakin dan tawakal.



http://www.klik4sihat.com/susu-kambing-sunnah-nabi-yang-dilupakan.html


p/s: aku pernah minum susu kambing, sedap

Selangor vs Boca Juniors

Mokhtar Dahari vs. Maradona (1982)

14 Januari 1982, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Mungkin ramai yang tidak tahu, dua legenda bolasepak ini pernah bertemu dalam satu perlawanan. Di Malaysia! Malah, sebelum Maradona terkenal pada Piala Dunia '86. Peristiwa yang kini dianggap bersejarah ini adalah perlawanan persahabatan antara pasukan pilihan Selangor yang diketuai oleh Mokhtar Dahari dengan kelab terkenal Argentina, Boca Juniors, yang diketuai oleh Diego Maradona (21 tahun) ketika itu.

Boca Juniors menang 2-1.


http://www.nogold.com/forum/general/64609-mokhtar-dahari-vs-maradona-1982-a.html

Ucapan salam kukuh ukhuwah

UCAPAN ‘Assalamualaikum’ boleh jadi asing bagi segelintir masyarakat berikutan mereka sudah terbiasa mengucapkan ‘hai’ atau ‘bye-bye’ apabila bertemu dan berpisah sehingga ucapan salam yang mulia dipinggirkan.

Perlu difahami betapa ucapan salam yang disyariatkan mempunyai impak yang sangat besar dalam memelihara hubungan ukhuwah sesama manusia.

Malah, ucapan berkenaan dinilai sebagai ibadat dalam konteks mengamalkan sunnah warisan agung tinggalan Rasulullah.

Dalam sebuah hadis, Baginda Nabi Muhammad diriwayatkan bersabda dengan maksudnya “Demi zat yang diriku berada di bawah kekuasaan-Nya, tidak akan masuk syurga selagi kamu tidak beriman, tidak akan beriman selagi kamu tidak saling cinta-mencintai. Apakah kamu ingin ku khabarkan mengenai amalan yang apabila dilakukan pasti membuatkan kamu saling mencintai? Para sahabat menjawab ya wahai Rasulullah. Nabi pun bersabda “Sebarkanlah salam di kalangan kamu”. (Hadis riwayat Muslim)





credit: MOHD ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU),
Universiti Teknologi Mara (UiTM),Kampus Bandaraya Johor Bahru
Johor

Makhluk putih terbang di Seri Serdang

aku nampak makhluk tu sewaktu berada di rumah bersama housemate, Ijam. ketika itu kami dua orang je kat rumah. masa tu aku sedang berdiri di muka pintu manakala si Ijam sedang tengok tv. cerita apa ntah dia layan. taktaulah

tengah2 syok terpacak depan pintu tu tiba2 aku terdengar satu bunyi di atas bumbung rumah.

uuurrr uuuuurrrr

macam tu lah lebih kurang bunyinya.

"Ni, bunyi apa tu" tanya Ijam

laa..dengar jugak dia rupanya. biasanya klu dh syok layan tv dh tak peduli lagi dh keadaan sekeliling.

"ntah. tapi bunyi tu betul2 atas bumbung nih. kat tempat aku berdiri nih"


tiba2 makhluk yg berbunyi tadi terbang dan singgah kat atas pokok betul2 depan rumah aku


"Ijam..Jam..tu dia benda yg berbunyi tdi tu..dia terbang laa..atas pokok tu putih2"

"mana..mananya..." tanya Ijam sambil terus berdiri di belakang aku

aku lihat makhluk itu memusing-musingkan kepalanya ke kanan, ke kiri, ke bawah. isk

"Ni, ia gigit orang tak?"

"syyhh"

sedang terhendap-hendap tengok makhluk putih tu. budak rumah sebelah pon sampai di rumahnya dengan moto krissnya.

"baru balik kerja ke" tanya Ijam

budak tu tak jawab. hanya angguk sambil senyum. lalu terus masuk ke rumahnya.

"wah, dia senyum..kira oklah tu" kata aku

"hehe..eh Ni, mana merpati putih tdi. dh terbang kemana dah?"

"balik sarang dia kot. dh senja nih"

Somniloquy


MENGIGAU (sleeptalking atau somniloquy) dilihat sebagai ‘bercakap pada masa tidur, meracau (ketika sedang tidur)’: (Kamus Dewan 2005: 560).

Ia biasa berlaku pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga dikaitkan dengan demam. Mengigau tidak berbahaya tetapi boleh membangunkan orang yang berhampiran dan kadang-kadang membawa kepada kejutan, kebimbangan dan sebagainya kepada orang yang mendengarnya

Ada baiknya mengamalkan adab tidur dalam Islam seperti yang diamalkan Rasulullah s.a.w. antaranya:

(1) tidur awal dan mengambil wuduk

(2) bangun daripada tidur lebih awal separuh malam yang kedua untuk bertahajud

(3) membaca doa sebelum tidur

(4) membaca ‘tiga qul’ iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas sebanyak tiga kali, kemudian dihembuskan bacaan itu di kedua-dua tangan dan digosok ke seluruh badan sekadar yang mampu tercapai tangan

(5) tidur atas lambung sebelah kanan

(6) mengelak daripada tidur selepas Subuh dan Asar.


Mudah-mudahan dengan mengamalkan adab tidur itu dapat mengelak daripada mengigau. InsyaAllah

moh tido...zzZZ

hmetro

Kelantan juara Liga Super 2011...tahniah


Liga Super 2011
milik
Red Warriors

tahniah



~tamat~

Gerrard ruled out of Asia tour


Steven Gerrard added: "I'd really been looking forward to travelling out to China, Malaysia and Singapore and meeting first hand as many of our fans as possible, and I'm really sorry that I won't now be able to do that. All of us at the Club realise the incredible support we enjoy in these countries and how much it means to our supporters there. But after sitting down and talking with the medical experts and technical staff, it's been decided that the best course of action is for me to continue my rehabilitation programme at Melwood. It's disappointing I won't be with them, but I'm sure the lads who go out there will put a great show on for our fans.


http://www.lfctour.com/english/news

Wanita jadi Perdana Menteri di Malaysia....tak mustahil ok

Yingluck Shinawatra, adik bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, yg memimpin Parti Puea Thai memenangi pilihanraya Thailand kelmarin akan dilantik menjadi Perdana Menteri Wanita yg pertama.

pehhh!! sape sangka seorang wanita yg berusia 44 tahun itu dpt menundukkan Parti Demokrat pimpinan Abhisit Vejjajiva sehinggakan PM itu mengaku kalah.

itu di rumah sebelah kita, Thailand. bagaimana di negara kita? tak mustahilkan satu hari Malaysia akan dipimpin oleh wanita.

sape agaknya yg akan jd PM wanita pertama kita ye. mungkin di kalangan korang kot yg akan dilantik menjadi PM satu hari nanti.

Husna?..Nabilah?..Liyana?..Atiqah? atau sape2 saje yg berpotensi utk jd PM ahaks

Wallahualam...

kita tak tahu masa depan hehe...peace

cantik jugak dia nih

Bananaphobia

Paula Ross tak makan pisang selama 20 tahun

Segalanya bermula ketika Paula Ross masih kecil lagi. ketika itu dia dipaksa makan buah-buahan sehingga dia mengalami trauma.

dalam banyak buah2an ada satu buah yg membuatkan dia ketakutan iaitu pisang. jangankan makan, melihat atau mencium baunya pun membuatkan dia tidak keruan.

keadaan menjadi bertambah teruk apabila dia sering dibuli oleh rakan2 sekolahnya. rakan2nya mengejar dgn pisang sehingga dia lari ketakutan manakala rakan2nya ketawa melihat gelagatnya.

kini, usianya telah mencapai 23 tahun Paula telah cuba utk mengatasi perasaan takutnya kepada pisang dgn melakukan terapi.

dia sekarang mengikuti program neuro-linguistic yg dikendalikan oleh pakar terapi, Joe Bruce. program itu membantu pesakit mengubah ketakutan seseorang terhadap sesuatu benda dan menanam persepsi positif terhadap benda yg ditakutkan.

hasilnya, Paula telah berani memegang pisang dan memakannya bersama rakan2nya dan dia tidak takut lagi terhadap buah tersebut.


TOP TEN BIZARRE PHOBIAS

From fear of visiting the dentist to being scared of spiders and snakes, most people have a phobia of something. Here though we present some of the oddest...

Ephebophobia - Fear of youths

Coulrophobia - Fear of clowns

Arachibutyrophobia - Fear of peanut butter sticking to the roof of your mouth

Gymnophobia - Fear of nudity

Pentheraphobia - Fear of your mother-in-law

Deipnophobia - Fear of dinner conversation

Taphophobia - Fear of being buried alive

Pteronophobia - Fear of being tickled with feathers

Automatonophobia - Fear of a ventriloquist’s dummy

Triskaidekaphobia - Fear of the number 13


http://www.dailymail.co.uk/health

SATU PERINGATAN!!

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

......wallahualam

isk..isk...isk

aku ingatkan Chelsea yg punya.......
rupa2nya jersi away Setan Merah musim 2011/12


diharapkan dgn jersi kaler biru ini
geng setan merah akan terlingkup hendaknya

hmmmm tak lawa ponnnnn


Arsenal pon kaler biru gak bagi away
isk..isk...isk




~YNWA~