Lelaki jual buah zakar untuk beli kereta sport

 Nissan 370Z GT

Las Vegas - Seorang lelaki asal Las Vegas, Amerika Syarikat, berani melakukan apa saja untuk mendapatkan kereta sport idaman.

Dipetik dari laman web Orange, Selasa, 26 November 2013, Mark Parisi, menyatakan menjual satu buah zakarnya demi kereta Nissan 370.

Dia "mendedikasikan" buah zakarnya itu untuk sebuah kajian. Sebagai ganti atas satu testisnya itu, Parisi telah mendapat wang sebanyak US $ 35 ribu. Wang itu cukup membeli kereta sport impiannya yang berharga US $ 33 ribu itu.

Kebanyakan orang menganggap Parisi sudah tak waras. Jika dia menjual testis dengan alasan masalah kewangan, hal ini tentu lebih mudah diterima. Namun, dia melakukannya hanya demi sebuah kereta mewah.

Sumber: tempo.co

No comments:

Post a Comment