Jantung lelaki China ini berada di perut

Seorang lelaki di China bertahan hidup dengan keadaan yang tak lazim . Ho Zhiliang selama ini hidup dengan jantungnya yang berada di perut .

Zhiliang dilahirkan dengan kelainan disebut congenital cardiac exposure atau jantungnya terpapar . Saat baru lahir ia diramal tidak akan lama bertahan hidup . Namun nyatanya Zhiliang tidak menunjukkan kesulitan dan tetap hingga usia sekarang yang ke - 24 tahun .

Tak ayal , para doktor takjub dengan kemampuan Zhiliang yang boleh bertahan hidup hingga 24 tahun . Pasalnya , 90 peratus bayi yang dilahirkan dengan keadaan congenital cardiac exposure tidak akan bertahan lama .

Lelaki asal provinsi Hubei ini kemudian menjadi tukang cukur rambut setelah lulus sekolah dan pasrah hidup dengan keadaannya . Namun awal tahun ini ia berfikir mengubah nasib selepas membaca artikel di surat khabar tentang seseorang yang menderita kelainan sama dengannya . Orang bernama Huang Rongming itu berjaya kembali normal berkat menjalani pembedahan .

Akhirny Zhiliang keluar dari pekerjaannya untuk berpindah ke Wuhan demi memulakan rawatan . Sekarang Zhilian sedang menunggu dibedah untuk meletakkan jantungnya di posisi yang benar . Sedangkan Rongming berjaya mempunyai jantung di dada selepas proses operasi selama 10 jam yang dananya diperolehi dari sumbangan .

Sumber: wowkeren.com

1 comment:

  1. Maha berkuasa Allah. Boleh pulak hidup sampai dewasa dan boleh buat kerja lagi..

    ReplyDelete