Terserempak buaya dalam laut dekat Pelabuhan Pulau Pinang

Buaya yang ditemui berhampiran Pelabuhan Pulau Pinang.

GEORGETOWN - Seorang kakitangan Pelabuhan Pulau Pinang di sini terserempak dengan seekor buaya berhampiran dengan pelabuhan berkenaan.

Mohd Asyraf berkata, kejadian terbabit disedari dua pemandu bot kira-kira jam 5 petang.

Menurutnya, dia sendiri hairan bagaimana buaya sepanjang lebih tiga meter itu memasuki kawasan laut.

"Saya dan rakan-rakan mengambil gambar buaya berkenaan, memang pada kami ini kejadian yang aneh kerana buaya di Pulau Pinang sukar untuk ditemui.

“Kalau di kawasan sungai pun sukar hendak jumpa buaya, apatah lagi di kawasan pantai, mungkin ia buaya sesat,” katanya.

Mohd Asyraf turut berkongsi gambar berkenaan di laman facebook Kelab Melayu Pulau Pinang dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Beliau turut menyangkal ia biawak besar kerana kejadian berkenaan disaksikan beberapa individu yang lain.

Sumber: Sinar Harian

6 comments:

  1. Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda !!

    ReplyDelete
  2. mungkin juga buaya..mungkin juga biawak..huhu

    ReplyDelete
  3. kalau betul buaya, bahaya la. kene panggil jpam. eh jpam ke? ntah hehehe

    ReplyDelete
  4. Tak kan lah En. Asyraf tak boleh nk bezakan antara buaya dan biawak. Lagi pun, buaya air masin mmg ada di rantau asia tenggara. Tahun 2010 kan buaya muncul di Port Dickson? Bulan julai tahun ni, sekor buaya besar mati kt jeti nelayan.
    Maklumat lanjut rujuk http://en.m.wikipedia.org/wiki/Saltwater_crocodile.
    http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Buaya
    http://id.m.wikipedia.org/wiki/Buaya

    Sy rasa buaya tu, jenis buaya tembaga atau buaya muara.
    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete