Khong Koy menunjukkan gambar pasangan kekasih yang terlibat dalam penipuan bungkusan berkenaan pada sidang media, semalam.
BUKIT BERUANG - Terperdaya dengan seorang wanita cantik yang dikenali menerusi laman sosial, seorang jurutera berusia 55 tahun kerugian RM13,000 akibat ditipu.
Mangsa yang sudah berkahwin itu turut ditipu kononnya akan diberi hadiah istimewa telefon bimbit dan komputer riba serta wang tunai RM2.5 juta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Ee Khong Koy berkata, bagi mendapatkan hadiah tersebut, lelaki terbabit yang tidak mengesyaki apa-apa bertindak memindahkan wang sebanyak dua kali setelah diminta seorang lelaki yang mendakwa sebagai ejen kurier.
“Wang berjumlah RM8,500 dan RM4,500 yang perlu dibayar lelaki itu adalah sebagai bayaran cukai kepada pihak kastam sebelum bungku-san hadiah tersebut dapat dihantar kepadanya.
“Wanita terbabit juga mengatakan telah mengirim bungkusan mengandungi wang tunai berjumlah RM2.5 juta kepada mangsa yang akan digunakannya untuk melabur di negara ini," katanya.
Menurutnya, mangsa yang turut diminta membuat bayaran bagi membuka satu akaun di Bank Negara untuk proses pemindahan wang yang berada dalam bungkusan tersebut bagaimanapun menyedari ditipu.
“Mangsa yang berasa curiga bertanya kepada rakan-rakannya yang memaklumkan dia ditipu, lalu melaporkan kejadian itu kepada polis, September tahun lalu.
“Hasil siasatan yang dijalankan, seorang wanita berusia 44 tahun berjaya ditahan di sebuah bank di Batu Berendam dan seorang lelaki warga Nigeria di sebuah pangsapuri di Bukit Beruang di sini, 28 Ogos lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, semalam.
Khong Koy berkata, siasatan juga mendapati, wanita berasal dari Singapura itu akan memberi wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya kepada lelaki warga Nigeria yang juga kekasihnya.
“Sebagai komisen, wanita yang menggunakan gambar orang lain dalam laman sosial berkenaan akan menerima sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah wang yang dimasukkan itu,” katanya.
Kedua-dua suspek dituduh di mahkamah pada 4 November lalu mengikut Seksyen 109 dan 420 Kanun Keseksaan dan dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan setelah mengaku bersalah atas dua pertuduhan dari empat yang didakwa ke atas mereka.
Sumber: Sinar Harian

No comments:
Post a Comment