7 jalan paling bahaya di dunia

Traveler yang mahu mencabar adrenalin rasanya wajib melalui 7 jalanan di dunia ini. Trek yang berliku dan jalur yang sempit membuatnya disebut sebagai jalanan paling berbahaya di dunia.

Dipetik dari List 25, Jumaat (8/11/2013) inilah 7 jalanan paling berbahaya di dunia:

 1. The Himalayan Roads, Nepal

Jalan yang mengantarkan traveler ke Himalaya ini memang sangat berbahaya. Terang saja, jalur ini sangat sempit dan hanya muat untuk satu kereta saja. Bukan cuma itu, The Himalayan Roads juga tidak berturap dan licin ketika hujan. Jika tidak hati-hati, kereta yang melewati jalur ini boleh jatuh dan terguling ke jurang.

 2. Taroko Gorge, Taiwan

Dikenali sebagai salah satu jalan yang paling berbahaya di Taiwan, Taroko Gorge penuh dengan selekoh tajam. Jalur ini juga sangat sempit kerana diapit oleh tebing dan gunung.

 3. Pasubio, Itali

Pasubio adalah nama jalan yang ada di Itali Utara dan terkenal kerana keindahan panoramanya. Namun ternyata jalan ini juga terkenal sebagai pusat ekstrem.

Memandu di jalur ini boleh jadi cabaran bagi setiap orang. Jalur yang sempit kerana diapit jurang dan tebing boleh mencabar adrenalin setiap traveler yang melewati.

 4. Jalan Raya Halsema, Filipina

Ini adalah salah satu jalan yang harus dilalui traveler bila ingin ke Sagada di Filipina. Malangnya, jalan ini sangat rosak dan tak terawat.

Tak ada lagi aspal yang melapisi bahagian atas jalan. Saking rusaknya jalanan, hampir setiap tahun ada satu atau dua bas yang terguling ke jurang di salah satu sisi jalan.

 5. Skippers Canyon, New Zealand

Ini adalah jalan yang sempit dan sangat berangin. Traveler yang ingin melalui jalan ini harus menyiapkan diri dengan baik. Kadang-kadang, jalan bisa saja menjadi sangat licin.

Parahnya, jalan ini berlaku dua arah. Jadi boleh dibayangkan betapa repotnya jika tiba-tiba ada kereta melaju dari arah bertentangan.

 6. The Way to Fairy Meadows, Pakistan

Mempunyai nama yang unik, jalan di Pakistan ini masuk dalam kategori jalan paling berbahaya di dunia. Seramnya, jalan ini tidak berturap dan terhitung sangat rosak.

The Way to Fairy Meadows juga mempunyai jalur yang sempit dan diapit tebing dan jurang. Mempunyai panjang 10 km, jalan ini akan mengantarkan traveler ke Nanga Parbat di Pakistan.

7. Patiopoulo-Perdikaki Road, Greece

Patiopoulo-Perdikaki Road di Greece mempunyai jalur yang sangat sempit. Belum lagi lubang yang hampir ada di sepanjang jalan menjadi cabaran bagi penunggang.

Yang paling parah, kerana jalan ini tidak berturap, jalanan akan jadi sangat licin begitu hujan tiba. Bila tidak berhati-hati, kenderaan boleh saja tergelincir ke jurang yang ada di pinggir jalan.

Sumber: travel.detik.com Foto: List 25

2 comments:

  1. UIsh tak sanggupnyaa...jalan pakai kaki pon takot. Ini naik kereta......uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. mau mengucap 238954 ribu kali kalau nak jalan sini

    ReplyDelete