RAHMAH menunjukkan tiga biji telur yang ditinggalkan pencuri di kedainya.
Kuala Berang: Peniaga barangan basah di Pasar Besar Kuala Berang, di sini, diselubungi tanda tanya selepas telur ayam yang ingin dijual mereka hilang dipercayai dicuri individu tidak bertanggungjawab pada waktu malam.
Lebih membingungkan apabila individu terbabit tidak mencuri semua telur ayam itu, sebaliknya meninggalkan beberapa biji kepada peniaga.
Dalam kejadian terbaru kelmarin, seorang peniaga, Rahmah Long, 42, kehilangan 100 biji telur ayam.
Difahamkan, kehilangan itu kejadian kedua berturut-turut kerana malam sebelumnya, Rohani Deraman, 42, yang berniaga sejak tiga tahun lalu di pasar itu mengalami nasib sama dan dia tidak menolak kemungkinan kecurian itu hanya untuk kegunaan sendiri.
Menurut Rahmah, dia menyedari kehilangan telur ayam apabila hendak memulakan perniagaan jam 8 pagi, semalam ketika mengemas barangan apabila terkejut mendapati telur ayam yang disimpannya di dalam ruang niaga hanya tinggal tiga biji.
“Pada petang Sabtu lalu, saya membeli 100 biji telur untuk dijual kepada pelanggan, namun saya hanya sempat menjual sedikit saja sebelum pagi ini (semalam), menyedari telur ayam hanya tinggal tiga biji.
“Walaupun jumlah kerugian tidak besar, namun sekiranya tidak diatasi boleh mendatangkan kerugian dan menjadi tanda tanya apabila individu itu tidak mengambil semua telur ayam itu, tetapi meninggalkan beberapa biji kepada saya.
“Berikutan kehilangan telur ayam itu, saya terpaksa membeli stok telur lain untuk dijual, namun pada masa sama turut bimbang jika kejadian itu terus berulang.
“Tidak mustahil sekiranya tidak ditangani segera, peniaga lain pula akan jadi mangsa selepas ini berikutan kejadian kehilangan telur ayam berlaku dua malam berturut-turut,” katanya.
Rohani pula berkata, dia turut mengalami kejadian sama apabila 40 daripada 80 biji telur ayam yang hendak dijualnya hilang.
“Saya membeli telur ayam itu pada Jumaat lalu untuk dijual kepada pelanggan, namun sebaik membuka perniagaan keesokannya, saya dapati sebahagian telur ayam itu hilang.
“Saya beranggapan ia dilakukan individu tidak bertanggungjawab dan telur yang dicuri itu berkemungkinan untuk diguna sendiri oleh individu terbabit, namun sekiranya kejadian ini berterusan, ia boleh mendatangkan kerugian kepada peniaga,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu Talaha Ali berkata, pihaknya sudah menempatkan seorang kakitangan berperanan sebagai pengawal keselamatan di pasar berkenaan.
“Saya juga berharap peniaga di pasar terbabit dapat bersama-sama menjaga harta benda mereka bagi mengelak kejadian seperti itu berulang,” katanya.
Sumber: Harian Metro
adoi
ReplyDeleteSalam redza, apa khabar...semoga redza sihat selalu..amin..
ReplyDeletehaish macam2 la dunia sekarang
Salam..
ReplyDeleteKami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda