Model cantik Itali dicekup edar 500kg dadah

Samantha Scarlino

Model dan ratu cantik asal Itali, Samantha Scarlino, ditangkap sebab penglibatan dalam lingkaran perdagangan kokain yang mengimport sejumlah besar ubat-ubatan terlarang dari Amerika Selatan ke Eropah.

Samantha, yang menjadi finalis dalam sebuah pertandingan ratu kecantikan, ditangkap di sebuah hotel di Kota Milan. Dia dituduh melakukan kesalahan yang berkaitan dengan pengimportan 500 kilogram dadah kelas A, seperti dilapor Daily Mail, Jumaat (22/11).

Pendakwa percaya kokain yang disita itu adalah untuk diedarkan di Itali, Belgium, Belanda, Sepanyol, dan Perancis.

Wanita 32 tahun itu dituduh mengangkut beberapa pengiriman wang tunai dari Itali kepada pemimpin geng di Peru untuk diserahkan kepada kartel-kartel dadah.

Polis kini memburu seorang kingpin  berusia 60 tahun dari Milan.

Samantha, yang terkenal di kampung halamannya di wilayah Puglia, sebelah tenggara Itali, sebagai bintang film dan televisyen, adalah satu dari antara 22 orang yang ditangkap sehubungan dengan lingkaran pengedaran dadah. Dia didakwa atas perdagangan dan produksi dadah.

Samantha adalah seorang finalis pertandingan Miss Italia pada 1999. Saat itu usianya baru 17 tahun.

Pada awal tahun ini, Peru dihentam oleh berita mengejutkan ketika dua perempuan asal Britain, Michaella Connolly dan Melissa Reid, ditangkap kerana terlibat perdagangan dadah di Ibu Kota Lima.

Keduanya kini menghadapi hukuman panjang meringkuk di balik jeriji besi di negara Amerika Selatan itu, setelah mengakui menyeludupkan kokain bernilai £ 1.5 juta.
Sumber: merdeka.com

No comments:

Post a Comment