Awas jika miliki lebih 10 saman

 ANGGOTA polis memeriksa MyKad seorang pemandu dalam sekatan jalan raya, semalam.

Kuala Lumpur: Pesalah trafik yang mempunyai lebih 10 saman diberi pilihan sama ada ke mahkamah atau membayar saman berkenaan segera bagi mengelak mereka ditahan dalam Ops Cantas Khas Trafik yang kini sedang giat dijalankan secara berperingkat ke seluruh negara.

Dalam Op Cantas Khas Trafik yang diadakan di lima lokasi terpilih iaitu Jalan Davis menghala Bukit Bintang, Sri Petaling, Kepong, Kuchai Lama dan Lebuh raya DUKE, semalam seramai 18 individu ditahan.

Pegawai Turus Penguat Kuasa Operasi Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, 18 individu ditahan membabitkan 442 pemeriksaan di lima lokasi sekatan jalan raya itu.

Menurutnya, Op Cantas Khas Trafik itu berlangsung selama empat jam bermula kira-kira jam 10.30 pagi dengan kekuatan enam pegawai dan 30 anggota.

“Setiap individu yang ditahan memiliki sekurang-kurangnya satu waran tangkap atas kesalahan trafik. Seramai 13 individu menjelaskan saman berkenaan manakala selebihnya mahu ke mahkamah.


“Malah, dalam sekatan jalan raya itu, kita (trafik) turut mengeluarkan 68 saman atas pelbagai kesalahan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, sekatan jalan raya itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Sumber: Harian Metro


4 comments:

  1. cepat2 bayar nanti kena tahan

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah setakat ni belum pernah kene saman polis. saman parking majlis bandaraya adalah 1. nak tunggu bulan depan baru bayar dapat less 50% ahaks

    ReplyDelete
  3. Dah ramai sangat tak mambayar tapi biasa akan tiba masa diberi diskaun itu ramai yg buat tak tahu...

    ReplyDelete
  4. satu saman pun dah risau dik..

    beli surat khabar tiga hari nanti baru baca...newspaper dua hari lps punya pun tak baca lagi...

    ReplyDelete