Malu diejek gagal laung azan, pelajar cuba terjun tingkat 3 asrama

 BOMBA menggunakan beg udara dan skylif dalam operasi menyelamat.

Miri: Akibat tertekan dan malu diejek rakan kerana gagal melaungkan azan selepas diarahkan tenaga pengajar sebagai denda tidak menyiapkan tugasan, seorang pelajar cuba terjun dari tingkat tiga asrama sebuah institut kemahiran, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.43 pagi itu, kecekapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta dibantu bapa pelajar tahun pertama Jurusan Penyediaan Makanan berkenaan, berjaya memujuknya turun.

Difahamkan, kejadian disedari beberapa rakan pelajar terbabit yang memaklumkannya kepada tenaga pengajar institut berkenaan dan mereka segera menghubungi polis dan bomba.

 PELAJAR yang cuba terjun dari tingkat tiga asramanya.

Pelajar hanya mahu dikenali sebagai Izam, 18, berkata, ketika kejadian dia dan rakannya sedang mengikuti kelas apabila dikejutkan dengan bunyi bising di luar kelas.

“Sebaik keluar kami dapati seorang pelajar lelaki sedang berdiri di atas beranda tingkat tiga asrama. Saya menyangka dia bergurau.


“Namun sebaik melihat beberapa kakitangan dan tenaga pengajar berusaha memujuknya turun, baru saya sedar dia cuba terjun,” katanya.

Dia difahamkan pelajar terbabit tertekan dengan ejekan rakan selepas gagal melaungkan azan sebagai hukuman kerana tidak menyiapkan tugasan diberi pensyarah.

Insiden kira-kira 30 minit itu agak mendebarkan apabila pelajar berkenaan dilihat memaut dan bergayut pada saluran air di bumbung asrama manakala 13 anggota Bomba dan Penyelamat Miri sudah menyediakan beg udara di bawah serta sebuah jentera skylif.

Sebaik diselamatkan, pelajar lelaki itu dilihat meluru memeluk bapanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathon Ringgit berkata, pelajar itu, kakitangan institut serta keluarganya diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

3 comments:

  1. Ya Allah sedihnya...dia bt mcm tu sbb kwn2nya ejek sbb tak pandai azan..mulia hati anak ni..

    lps ni semua dpt iktibar.letih dgn mentality org melayu..apa negeri pun..ttp mulut longkang..

    ReplyDelete
  2. Yeke melayu? Kat miri tu Knor.Kesian mentaliti nak salahkan melayu saja.Knor kena kuasai byk bahasa baru mentaliti mcm ni hilang

    ReplyDelete
  3. mak bapak yg patut malu

    ReplyDelete