Bekas pengurus ugut sebar foto panas artis wanita

Han Hyo Joo (Foto: Allkpop)

SEOUL - Bekas pengurus Han Hyo Joo ditahan pihak berwajib kerana memeras ayah pelakon tersebut. Dia mengancam akan menyebarkan foto bintang Briliant Legacy itu dengan kekasihnya bila mereka tidak memberikan wang sebanyak 400 juta KRW ( 377,000 USD).

Menurut pendakwa yang mengendalikan kes tersebut , bekas pengurus Han Hyo Joo , Mr Lee , mencari enam belas foto sang pelakon bersama sang kekasih di kamera digitalnya . Dia memindahkan gambar itu ke telefon bimbit dan memeras ayahnya . Dia juga mengajak dua orang lain yang berinsial Mr . Yoon dan Mr . Hwang .

Foto tersebut dihantar ke Mr . Yoon . Dia mula memeras ayah Han Hyo Joo dengan menghantar dua foto sang pelakon , dan meminta wang sebanyak 20 juta KRW (19,000 USD)untuk satu foto .

" Aku punya sekitar dua puluh foto kehidupan peribadi anakmu . Jika kamu tidak memberikan 20 juta KRW untuk satu foto , dan totalnya 400 juta KRW , aku akan menyebarkan foto ini ke media . Jadi lakukan apa yang kamu mau , " ancam Mr . Yoon .

Meski ayah Han Hyo Joo sudah menghantar wang sebanyak 10 juta KRW (9,400 USD), mereka tetap mengancam dan meminta wang . Polis akhirnya berjaya menangkap Mr . Lee dan Mr . Hwang melalui rakaman telefon , sementara Mr . Yoon berjaya melarikan diri. Demikian seperti dilapor Allkpop , isnin ( 25/11/2013 ) .

Sumber: celebrity.okezone.com


No comments:

Post a Comment