Reka bentuk stadium baru di Qatar mirip anu wanita?

 news.com.au 
 
Doha - Pihak Berkuasa Qatar tengah membina sebuah stadium baru yang akan digunakan untuk Piala Dunia 2022 yang akan datang. Reka bentuk dari stadium ini diilhamkan dari kapal nelayan, namun orang ramai kemudian menyebutnya sebagai ' stadium faraj ' . 

Syarikat yang bertanggung jawab atas reka bentuk stadium ini , AECOM mengutarakan bahawa bentuk stadium menggambarkan kapal nelayan tradisional. Jika dilihat, beberapa gambar reka bentuk stadium memang kelihatan seperti perahu .

" Diilhamkan oleh dhow ( kapal layar ) yang digunakan oleh nelayan tempatan dan para penyelam pencari kerang mutiara, " sebut jurucakap AECOM seperti dilansir news.com.au , Selasa ( 19/11/2013 ) .

" Stadium ini melambangkan masa lalu Qatar sekaligus misi progresifnya untuk masa depan, " tambahnya.

Namun jika dilihat lebih teliti, ada beberapa gambar yang menunjukkan bahawa paparan stadium tersebut dari atas memang mirip dengan alat kelamin wanita. Nampaknya, niat arkitek yang mereka bentuk stadium ini tidak tersampaikan dengan baik.

" Ironinya Qatar membina sebuah stadium yang kelihatan serupa faraj, " sindir seorang pengguna Twitter dengan nama @ MichaelTiyce .

" Stadium faraj raksasa yang bagus, Qatar , " ucap pengguna Twitter lain , @ packer_hawk .

Di luar itu semua , stadium ini akan terus dibina dan dilengkapi dengan teknologi canggih. "Tempat duduk penonton dan juga lapangannya akan bisa disesuaikan suhunya agar sempurna untuk bola sepak , " ucap juru bicara tersebut .

Pembinaan stadium ini dijadualkan akan selesai pada tahun 2018 mendatang.

Sumber: news.detik.com

1 comment: