10 novel ini harus dibaca sebelum usia 30

Dipetik dari boldsky, berikut senarai 10 novel yang harus dibaca sebelum berusia 30.

 Harry Potter

Jika anda menyukai kisah fiksyen, maka Harry Potter adalah buku terbaik untuk dibaca sebelum anda mencapai umur 30 tahun. Buku tentang kehidupan para calon ahli sihir ini ditulis oleh JK rowling

 The Lord Of The Rings

Ini juga buku yang harus anda baca sebelum anda mencapai 30. Buku dengan kisah fantasi epik ini ditulis oleh JRR Tolkien .

 The Alchemist

Menerusi buku ini, si penulis Paulo Coelho melakukan tugasan dengan sangat baik. Buku yang menceritakan perjalanan seorang gembala dalam mencari harta karun yang muncul dalam mimpinya.

Banyak cerita simbolik yang berkaitan dengan Alkitab dan agama Kristian. Asmara juga mewarnai kisah dalam buku ini. Buku ini telah terjual lebih dari 30 juta kopi di 56 bahasa yang berbeza selama bertahun-tahun.

 Gone With The Wind

Gone With The Wind adalah novel yang digambarkan sebagai klasik awal dari genre sejarah erotik.

Karya Margaret Mitchell ini bercerita tentang kisah seorang wanita berjiwa pemberontak dari Georgia yang bernama Scarlett O'Hara dan hubungannya dengan sahabat, keluarga dan kekasihnya di tengah Perang Saudara AS, serta masa "Rekonstruksi".

Novel ini juga bercerita tentang cinta di antara O'Hara dan Rhett Butler.

 The Twilight Saga

Jika anda menyukai fantasi dan vampire, maka ini adalah buku yang wajib dibaca sebelum anda 30.

Siri ini menggambarkan tentang tokoh utamanya, iaitu Isabella "Bella" Swan, seorang remaja yang pindah ke bandar Forks, Washington yang kehidupannya berubah ketika dia bertemu dengan Edward Cullen, vampire 'vegetarian' (tidak minum darah manusia).

Novel karya Stephenie Meyers ini dianggap lebih baik daripada versi filemnya

 Think and Grow Rich

Novel karangan Napoleon Hill ini menjelaskan bahwa filosofi yang diajarkan dalam buku ini dapat digunakan untuk membantu orang berjaya dalam semua kerja dan untuk melakukan apa saja yang mereka inginkan. Buku yang berisi motivasi ini diinspirasi dari pengusaha Scotland-Amerika Andrew Carnegie

 Diary Of Anne Frank

Adalah mimpi setiap gadis muda untuk membaca kisah luar biasa dari gadis kecil Anne Frank ini. Jadi sebaiknya anda mula membacanya sekarang sebelum usia anda 30.

 The Da Vinci Code

Buku karya Dan Brown ditulis dengan menggabungkan gaya detektif, thriller dan teori konspirasi, yang membantu mempopularkan perhatian terhadap sebuah teori-teori tentang legenda Holy Grail dan peranan Maria Magdalena dalam sejarah Kristian.

 Fifty Shades of Grey

Ingin mempunyai pengalaman bercinta yang baru dengan pasangan? Maka Fifty Shades of Grey adalah yang terbaik dari yang banyak.

Novel ini merupakan siri pertama dari trilogi Fifty Shades yang mengisahkan tentang hubungan percintaan antara seorang mahasiswi dan pekerja sambilan bernama Anastasia Steele dengan seorang ahli perniagaan muda bernama Christian Grey. Buku ini ditulis oleh James E L.

Great Expectations

Karangan Charles Dickens ini dianggap sebagai salah satu karya terbaik sepanjang masa.

Dalam buku ini anda diajak belajar untuk melihat kehidupan anak yatim melalui watak bernama Tim. Sebuah kisah yang menyentuh untuk dibaca


Sumber: inilah.com

1 comment: