Anonymous akan lumpuhkan Facebook esok?

Anonymous © Gadgets.Ndtv.com

Memang belum ada pengesahan khusus dari Anonymous berkaitan rancangannya untuk melumpuhkan Facebook pada tanggal 05 November esok . Namun , sejumlah media asing melaporkan bahawa Anonymous sedang kesal dengan Zynga dan berimbas pada Facebook .

Dalam sebuah laman di Naked Security Sophos (02 /11) mlaporkan bahawa sejumlah media besar asing seperti Daily Mail, Wired , CNET dan banyak lagi menuliskan , hacktivist terkenal dunia , Anonymous geram terhadap Zynga .

Zynga menjadi terkenal sejak beberapa permainan buatan mereka boleh dimainkan di Facebook secara langsung. Namun ketika Zynga memutuskan untuk tidak lagi bergantung pada Facebook dan memilih untuk membuat website sendiri, justru blunder terjadi .

Bahkan ketika Zynga tidak lagi memberi percuma permainan - permainan mereka , populariti syarikat satu ini akhirnya sedikit demi sedikit merosot.

Disebabkan populariti dan keuntungannya terus menurun, ada khabar bahawa Zynga akan memecat 1000 pekerjanya. Dan tindakan pemecatan ini lah yang menyalakan kekecewaan Anonymous untuk melakukan serangan ke Facebook .

Tentunya akan mengelirukan apa hubungannya kekecewaan Anonymous, Zynga dan Facebook itu sendiri. Secara logik apabila Anonymous harus kecewa dengan kelakuan Zynga , maka  boleh saja mereka langsung mengajar website rasmi Zynga tanpa harus ' melukai ' Facebook .

Namun , dalam suatu pernyataan yang dimuat naik di Wired , Anonymous sengaja ingin melumpuhkan Facebook selain kerana ' aksi diktator ' Zynga , mereka juga ingin mengeluarkan game -game berbayar milik Zynga yang dapat dimainkan di Facebook secara percuma.

Tentunya , untuk melakukan hal tersebut , Facebook harus ditundukkan dahulu baru kemudian mereka dapat merilisnya secara langsung.

Namun, ada beberapa perkara yang patut dicermati. Anonymous adalah hacktivist yang tidak mempunyai ' pejabat pusat' atau pun jajaran yang tetap dan pasti.

Banyak hacker yang juga menamakan dirinya atau kelompoknya sebagai sebahagian daripada Anonymous. So, boleh jadi aksi ingin melumpuhkan Facebook ini bukanlah kehendak Anonymous dari seluruh dunia atau dapat dikatakan hanyalah rasa kecewa dari satu atau sekumpulan orang saja dengan mengatasnamakan Anonymous.

Satu hal lagi, pada tahun 2012 lalu ada khabar angin bahawa Anonymous pernah akan melumpuhkan Facebook . Namun di tarikh yang ditetapkan , Facebook juga tetap berjalan seperti normalnya. Tidak ada apa- apa yang berlaku.

Bahkan ketika Facebook sempat down beberapa jam pada tahun 2012 lalu , ada tudingan bahawa Anonymous yang melakukannya, namun hacktivist satu ini mengatakan dalam akaun Twitter -nya, " Kenapa kita harus merosakkan taman bermain sendiri (Facebook) ? Kita perlu Facebook untuk menyebarkan maklumat dan bertukar segala hal. "

So, kira -kira pada tarikh 05 November yang jatuh esok ini, apakah rancangan pelumpuhan Facebook oleh Anonymous benar -benar berlaku?

merdeka.com

2 comments:

  1. susah nak lumpuhkan facebook, sebab yang jaga security die pun hacker terkenal.. :)

    ReplyDelete
  2. ada juga hacker di kalangan peminat fb..

    ReplyDelete