Pencuri kebas 4 tayar Ferrari


Hamburg - Entah apa yang ada di fikiran pencuri dan bagaimana perasaan pemilik kereta yang satu ini. Sebab , walaupun ini adalah sebuah Ferrari, ternyata si pencuri tidak mengambil kereta mewah itu , tapi hanya tayarnya saja.

Hal itu terjadi di Hamburg , Jerman. Menurut Car Buzz cerita bermula ketika si pemilik mengunjungi sebuah restoran steak berhampiran tempat dia meletak keretanya itu .

Entah apa yang diminum si pemilik Ferrari kerana dia merasa dirinya tidak mampu untuk memandu sendiri kereta Itali ini . Dia pun akhirnya memilih untuk naik teksi saja dibanding harus kemalangan .

Keretanya ditinggal di parkir tersebut dan pagi esoknya  dia datang lagi untuk mengambil kereta ini . Tapi, Ferrari California miliknya sudah hilang semua rodanya.

Mungkin hal ini terdengar menggelikan bagi banyak orang. Namun bila difikirkan, langkah si pencuri boleh dianggap sangat bijak. Sebab bila dia mencuri kereta ini , polis akan sangat mudah mengesannya kerana paparan merah Ferrari dimana- mana selalu mentereng .

Dia mengambil tayar untuk menjual rim kereta ini yang memang harganya tidak pula murah dengan risiko yang tidak terlalu besar selain proses mengambilnya yang memakan masa. Harga satu set rim Ferrari California di Jerman mencapai 7,000 euro

oto.detik.com


No comments:

Post a Comment