Wanita India ambil pil gemuk untuk montel macam Aishwarya Rai

New Delhi: Bintang Bollywood dan bekas Ratu Dunia, Aishwarya Rai, sering dianggap sebagai wanita tercantik di dunia tetapi pernah dikritik tahun lalu apabila dia gagal menurunkan berat badan selepas bersalin anak pertama.

Walaupun sesetengah peminat mendakwa bekas model berusia 39 tahun itu memalukan India, sebahagian daripada wanita negara itu malah mahu meniru bentuk fizikal Aishwarya yang berisi itu.

Antara mereka ialah aktres Bollywood sendiri, Vidya Balan dan Sonakshi Sinha
Beberapa doktor memberitahu, sesetengah wanita di India mengambil ubat berasaskan steroid - digelar sebagai “pil gemuk” - untuk menaikkan berat badan.
Kata doktor, ubat itu berisiko menyebabkan penggunanya mengalami kerosakan limpa dan buah pinggang, selain osteoporosis.

Dalam kes tertentu, pil berkenaan boleh menyebabkan seseorang buta.

Seorang pakar perunding buah pinggang berkata, wanita muda kini terpengaruh untuk mengubah bentuk fizikal menyerupai selebriti.

Kata Sanjeev Bagai, wanita muda menganggap badan yang berisi di sesetengah tempat lebih bersifat feminin.

“Pada masa sama, tekanan daripada suami supaya mereka lebih menggiurkan mendorong sesetengah isteri mengambil pil tertentu yang merangsang selera seseorang,” katanya.

Menurut Sanjeev, pil itu menyebabkan kesan sampingan berbahaya seperti kegagalan buah pinggang, penyakit kuning, loya dan halusinasi.

Sebuah majalah di India baru-baru ini menyiarkan rencana mengenai kecenderungan ramai wanita negara itu untuk kelihatan berisi.- Daily Mail

AISHWARYA dikutuk kerana berat badannya naik selepas gambar ini disiarkan pada April 2012

5 comments:

  1. salam selasa
    singgah pagi

    ReplyDelete
  2. mcm2...tp adakala nyer gemuk ni cute ;-)

    ReplyDelete
  3. biasalah tu kalau dah kawen... hehehe... yg tak sangka ada yang sanggup tiru... betul2 roll model...

    ReplyDelete
  4. Kalau kita takut gemuk mereka pulak gila nak gemuk - risiko buta pun tak takut heeee.... macam-macam manusia kan.

    ReplyDelete
  5. lisa punyalah berusaha nk kuruskan badan sket ni... haiii..macam2... :)

    ReplyDelete