Payung terjun tiba-tiba terbuka, tentera AS tercampak keluar dari pesawat

Tentara AS tercampak dari Pesawat (Foto: Sky News)

WASHINGTON - Seorang tentera Amerika Syarikat (AS) terakam kamera tercampak dari pesawat yang dinaikinya. Dia tercampak keluar setelah payung terjun yang dipakainya tidak sengaja terbuka.

Peristiwa tersebut terjadi dalam suatu latihan terjun yang dilakukan pasukan khas AS. Ketika itu para tentera sedang berada dalam pesawat Hercules C-130. Demikian diberitakan Sky News, Jumaat (10/5/2013).

Rakan si tentera hanya terdiam kerana peristiwa terjadi begitu cepat. Tentera itu terlempar dari pesawat hanya dalam masa dua saat sahaja.

Jurucakap tentera AS menyatakan, tentera malang itu tidak mengalami cedera yang serius. Dia berjaya mengawal payung terjunnya dan mendarat kira-kira 30 batu (48 km) dari lokasi pendaratan yang seharusnya.

Tidak diketahui dimana dan pada ketinggian berapa kemalangan itu terjadi. Pesawat Hercules C-130 boleh terbang sehingga ketinggian 32 ribu kaki (9,75 km).

okezone

No comments:

Post a Comment