Demi Moore dapat anak ikan baru, 20 tahun lebih muda darinya


Demi Moore sememangnya menyukai lelaki yang umurnya jauh lebih muda darinya. Setelah putus dengan Ashton Kutcher, pelakon berusia 50 tahun itu dikhabarkan berpacaran dengan beberapa lelaki muda.

Sebelumnya, Demi dikhabarkan dengan lelaki berusia 32 tahun bernama Harry Morton. Khabar yang mengejutkan, rupanya Harry merupakan bekas kekasih anaknya sendiri Demi Rumer Willis.

Kini, khabarnya Demi kembali dengan lelaki dari Australia. Lelaki bernama Will Hanigan itu berumur 30 tahun, yang merupakan teman yoga bintang 'Ghost' itu.

"Dia (Demi) merupakan wanita hebat. Kami kenal satu sama lain semasa latihan yoga, dan kami jadi dekat," ujar Hanigan, seperti dilapor Radar Online.

Teman Demi mengatakan, bekas isteri Ashton Kutcher itu lebih selesa bila berpacaran dengan lelaki yang umurnya jauh lebih muda. Pacar Demi sekarang beza usianya 20 tahun lebih muda.

"Demi suka mendapatkan perhatian dari lelaki muda. Itu membuatnya merasa lebih baik," ujar sumber yang dekat dengan Demi.

wolipop.detik.com

No comments:

Post a Comment