Lelaki ini mahu tinggal di planet Marikh kerana tak mahu susahkan anak


Robinson (53), seorang lelaki dari Singapura, menawarkan diri untuk tinggal di planet Marikh. Dia memfailkan tawarannya dalam bentuk video berdurasi 1 minit ke laman web Mars-One. Web itu membuka ruang kepada seluruh warga dunia yang ingin menjadi orang pertama yang akan dihantar ke Marikh pada tahun 2023. Ketika ini ada sekitar 78 ribu orang dari 120 negara yang menawarkan dirinya.

Yahoo Singapura, Jumaat (10/5/2013), melaporkan, Robinson dalam videonya mendedahkan bahawa dia tak ingin menyusahkan anak-anaknya di hari tuanya. "Isteri saya meninggal tahun lalu, kelak tahun 2023, anak-anak sudah dewasa, dan saya tidak mahu menjadi beban," ungkapnya.

Robinson juga mengatakan, dia tak ingin hidup sendiri. Dia berharap menghabiskan sisa hidupnya dengan menjalani hidup yang bermakna dengan rakan-rakan seusia yang lain. Selain itu, menjalani misi angkasa merupakan impiannya sejak muda. Dia berharap dapat memenuhi impiannya sebelum meninggal.

Proses pendaftaran masih akan dibuka hingga bulan Ogos. Mars One berharap untuk mendaratkan 4 orang sebagai penghuni pertama Marikh. Siapa yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun boleh mendaftar dengan menghantar video berdurasi 1 minit menjelaskan alasan mereka mendaftar. Proses pemilihan akan dilaksanakan dengan ketat.

Tahun 2015 nanti, akan dipilih 28 calon yang akan dipecah ke 4 kumpulan, dan mereka akan menjalani latihan selama 7 tahun. Pemenang dari setiap kumpulan berhak untuk mendapat tiket pertama ke Marikh.

Projek penghantaran manusia ke Marikh juga saat ini menjadi keutamaan dari Presiden Barack Obama dan NASA. Mereka sedang bekerja keras membangunkan teknologi untuk memastikan misi ini berjaya.

Kompas

No comments:

Post a Comment