Kajian: Golongan bujang cenderung cari pasangan dalam Internet

 
 Singapura: Golongan bujang cenderung untuk mengenali bakal pasangan masing-masing di Internet sebelum bertemu secara bersemuka, menurut kaji selidik terhadap tabiat berpacaran dilakukan agensi mencari jodoh yang utama di Asia, Lunch Actually.

Penggunaan meluas media sosial dan kelajuan pantas jalur lebar mengubah cara orang bujang mencari cinta dengan 51 peratus di Singapura cuba mencari jodoh di Internet dan lebih 70 peratus menjejaki pasangan masing-masing secara digital.


Perkara ini diumumkan dalam persidangan media di mana Lunch Actually berkongsi angka berkenaan daripada kaji selidik mencari jodoh dwitahunan mereka.

Kaji selidik terhadap lebih 1,900 orang di tiga negara iaitu Hong Kong, Singapura dan Malaysia dijalankan pada Januari lalu.

MyMetro


2 comments:

  1. Ex-boss kakak dulu perempuan S'porean tak kawen sampai dia retired tapi dia berkawan bahkan duduk bersama dgn suami org. Dia kata dia dah bahagia walau tak kawen, hairan kan.. (non-muslim)

    ReplyDelete
  2. maybe sbb masing2 x de ms nak kuar mencari.kalau ada yg 1 tempat kerja/belajar yg berkenan tp da jd milik org... ;-)

    ReplyDelete