Angelina Jolie jalani pembedahan buang p@yud@ra


Angelina Jolie jalani pembedahan mastektomi

NEW YORK - Pelakon Hollywood terkenal, Angelina Jolie hari ini mendedahkan beliau telah selesai menjalani pembedahan membuang kedua-dua payudaranya pada April lalu.

Pendedahan itu dibuatnya dalam akhbar New York Times.

Jolie berkata, tindakan itu diambil selepas mengetahui dirinya mewarisi mutasi genetik BRCA1 yang berisiko menyebabkan kanser payudara dan ovari.

“Sebaik sahaja saya menyedari akan hal ini, saya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan mastektomi,” ujarnya.

Katanya, sepanjang prosedur pembedahan tiga bulan itu beliau mendapat sokongan penuh daripada kekasihnya, Brad Pitt. - Reuters

Kosmo
 

No comments:

Post a Comment