Banyak restoran di dunia yang menyajikan menu unik untuk menarik perhatian. Hal tersebut juga dilakukan oleh sebuah restoran makanan Mexico di Tampa, Florida, namun ia menjadi kontroversi. Sebabnya, di sana menyajikan menu taco isi daging singa.
Taco Fusion menawarkan menu taco isi daging singa dengan dijual pada harga USD 350. Pemiliknya, Ryan Gougeon, mendakwa isian daging singa tersebut laris namun tidak akan menjualnya lagi. Ryan mendapat banyak ancaman dari para pecinta haiwan yang menentang penjualan daging haiwan eksotik.
"Kami menerima banyak ancaman gara-gara itu (daging singa). Sekarang kami diancam akan dibom, diculik dan disiat kulit jadi isian taco," ucap Ryan. "Memang ada yang menyokong tapi ramai juga sangat marah. Kami mendengar cadangan semua orang dan memutuskan tidak menyediakan lagi daging singa."
Daging singa dibenarkan dijual di Amerika Syarikat walaupun ia haiwan terancam. Separuh kilogram daging singa dijual USD 225. Salah seorang pelanggang yang telah memakannya mengatakan daging singa tersebut teksturnya lebih keras daripada steak.
Dibuka pada Februari lalu, restoran ini menawarkan menu eksotik. Di senarai menu terpampang pilihan daging bison, yu, burung unta, arnab, itik, unta, kanggaru, hingga beruang. mengikut perancangan, mereka akan menambah pilihan daging iguana dan zebra. - wk

No comments:
Post a Comment