ANGGOTA polis menyiasat di tempat kejadian
Bachok: “Dia bedil (tembak) sapo (siapa) tu, ke bedil aku?,” kata tukang rumah sebelum rebah dan mengerang kesakitan akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki dipercayai dikenalinya ketika bersarapan di warung makan di Kampung Gong Batu, Kemayan, Tawang, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Azmi Ismail, 37, parah terkena tembakan di pinggang kanan dan di belakang paha kanan sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Mangsa dari Pantai Senok di sini, ditembak seorang lelaki memakai baju Melayu, berkain pelikat dan bertopi keledar yang menunggang motosikal Yamaha LC.
Saksi kejadian yang juga pemilik warung berkenaan, Idayu Mustafa, 30, berkata sebelum kejadian, dia sibuk melayan empat pelanggan termasuk mangsa yang bersarapan di warungnya.
Katanya, sejurus meminta minuman, mangsa didekati seorang lelaki memakai kain pelikat, baju Melayu dan bertopi keledar yang datang ke warung menunggang dengan motosikal jenis Yamaha LC.
MyMetro
salam redza,
ReplyDeletekalau benarkan perassan marah tu menguasai diri
apa di buat dah tak kisah
tapi lepas tu menyesal tak sudah...
singgah ptg
ReplyDelete