Penjenayah tak sempat tanam mayat Nur Amyliana Shuhada


KLANG – Seorang kanak-kanak menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila mayatnya bukan sahaja dibuang di kawasan tempat letak kereta, malah mangsa disyaki dirogol oleh penjenayah tidak berhati perut dalam kejadian di Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi di sini kelmarin.

Mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd. Noor, 11, yang cuba ditanam pembunuhnya ditemui terbaring oleh seorang gadis di kawasan lapang di situ pada pukul 10.30 malam sebelum dia menghubungi polis.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar bermain pada pukul 12 tengah hari dan tidak pulang sehingga malam.

Jarak antara rumah keluarga mangsa dengan tempat kejadian kira-kira 200 meter.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Senior Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusop berkata, pihaknya yang menjalankan siasatan ke atas tubuh mangsa menemui kesan pendarahan pada kemaluannya.

“Kita mengesyaki mangsa telah dirogol berdasarkan kesan pendarahan tersebut dan percaya kanak-kanak itu dibunuh di tempat lain sebelum diletakkan di tempat letak kereta ini.

“Polis turut menjumpai alat penyodok tanah berhampiran tempat mangsa ditemui dipercayai digunakan untuk menanam mangsa tetapi mungkin tidak sempat apabila ada orang melalui kawasan itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambahnya, polis yang menjalankan siasatan lanjut kemudian telah menahan dua lelaki berusia 19 dan 24 tahun di sekitar kawasan tersebut pada pukul 6 pagi semalam bagi membantu siasatan kes bunuh itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kosmo

3 comments:

  1. Astaghfirullahalaziiimm... moga Allah berikan pembalasan setimpal pada syiaton yg melakukan jenayah ini.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..kejamnya....dekat je jarak umah dgn tempat kejadian...

    ReplyDelete