Saiful Apek dan pekerjanya diarah bela diri


SHAH ALAM - Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya diperintahkan membela diri terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi,  Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Abdul Alim dalam penghakiman berkata mahkamah majistret sebelum ini  terkhilaf dalam menjatuhkan hukuman.

Turut diperintahkan membela diri  Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 29, Shaiful Baharom, 25, dan Noremy Mohamad, 29.

Mereka diperintahkan membela diri di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada 27 Mei ini.

Saiful Apek dan pekerjanya  itu didakwa menggunakan ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment