Khamis 9 Mei jam 5.30 pagi, Kak Faekah (isteri pertama Ustaz Azizan) menelefon memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Mendengar itu saya bingkas capai seluar, bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas juru iring Ustaz.
Sepanjang jalan saya berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengah hari nanti. Tiba di wad CCU HPP, Ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lutut.
Terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk. Dia bernafas menerusi mulut saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.
Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam Pas Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada?
Ada sebaran SMS dan blog konon Ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1 tengah hari, telefon tidak henti menjerit, saling bertindih panggilan masuk. Jawapan saya ringkas. “Ustaz masih hidup, sedang koma, berita kematian itu palsu”.
Jam 2 petang Rabu 8 Mei, saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan.
Saya membayangkan perasaan keluarganya Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan.
Saya masukkan telefon bimbit ke dalam beg sandang. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya dan memulakan solat jamak dan qasar.
Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, ALHAMDULILLAH, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu.
Telefon bimbit ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.
Saya beritahu Ustaz Hafiz Nordin apa yang berlaku dan dia cuba dail nombor saya. Tiada jawapan. Dia hubungi kawannya di syarikat telekomunikasi untuk tamatkan talian saya.
Saya ke hulu ke hilir, mencari sekitar tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!
Hingga malam itu, saya tidak dapat kemaskini keadaan semasa Ustaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke Maxis, ambil sim kad baru dan sain kontrak untuk dapatkan telefon yang lebih murah.
Saya kemaskini di Facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang, saya tak fikir lagi tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan jadi rezeki pencuri.
Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad, itupun sudah satu rahmat besar buat saya.
Ketika bawa dua anak kecil Ustaz ke Chowrasta beli pakaian dan keperluan diri, saya dihubungi seorang wanita. “Encik kehilangan iPad?
"Ya!"Saya terkedu, seperti tak percaya bila dengar beg saya ada padanya. Saya tunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya. “Panjang ceritanya. Encik mahu report polis ?” Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya."
Saya belanja mereka minum. Mereka cerita bagaimana penemuan beg berkenaan. si pencuri yang juga penagih dadah, anggota keluarga mereka sendiri juga. Ibunya sedang terlantar sakit.
Saya pulang ke Alor Setar selepas lima hari di Pulau Pinang. Anak saya demam dan isteri saya sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar.
Jam 4.petang Khamis 9 Mei, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH), Presiden Pas dan isteri, diiringi setiausaha politiknya, Dr Syamsuri Mokhtar tiba untuk menziarahi Ustaz Azizan.
Saya menyambutnya dari kereta, bersama pengarah hospital dan pasukan pakar perubatan yang merawat Ustaz Azizan. Dia di bawa ke bilik CCU.
Dalam bilik itu ada ramai pelawat lain, termasuk Datuk Seri Mahdzir Khalid, mantan MB Kedah, kini MP Padang Terap. TGHH meluru terus ke katil dan memerhati. Saya lihat matanya sayu memandang wajah dan tubuh kaku terkujur seorang sahabat yang telah lama bersama mengharungi perjuangan.
TGHH sangat mengenali Ustaz Azizan, dia tahu kehebatan insan yang sedang bertarung dengan maut itu. Jemaah Islam pimpinannya kukuh dan teguh dengan hadirnya insan yang sedang terbaring koma itu.
Saya memperkenalkan Datuk Dr Hamzah (pakar bedah) kepada TGHH supaya dia mendapat gambaran penyakit Ustaz Azizan. TGHH menganggukkan kepalanya beberapa kali sepanjang penerangan itu.
Turut mendengar penjelasan itu Mahdzir yang berdiri di sebelah TGHH, wajahnya turut cemas dan simpati.
TGHH masuk sekali lagi ke sebalik tirai yang menempatkan Ustaz Azizan, membuka selimut kaki sahabatnya itu...
Dia bercakap serius dan tegas dengan isteri kedua Ustaz Azizan, Ustazah Samsiah yang sentiasa menunggu dan membaca Yaasin di situ sejak pagi. Ustazah Shamsiah anak saudara dua pupu kepada TGHH).
TGHH bersungguh sungguh menjelaskan dan cuba meyakinkan sesuatu kepada warisnya itu.
“Sediakan bilik mesyuarat, panggil semua ahli keluarga yang ada, dan jemput doktor-doktor pakar datang, saya mahu berbincang dan mendengar pandangan,” kata TGHH.
Saya mengekorinya ke sebuah bilik di sebelah kiri ruang yang sesak itu.
Memang sejak doktor memaklumkan keadaan Ustaz Azizan terutama mengenai kuman yang merebak ke tubuhnya, risiko dan kesan yang ada, pendirian keluarga dan kawan-kawan terbahagi dua.
Satu pihak menyokong nasihat doktor untuk dipotong kedua belah kakinya, sebelah pihak lagi memegang pesanan Ustaz Azizan supaya jangan dipotong.
Kalau tak di potong, 100 peratus fatality (kematian), kalau di potong, masih ada peluang untuk hidup.
TGHH bertanya punca-punca Ustaz Azizan sakit hingga ke tahap ini.
Saya bercerita panjang sebelum ahli keluarga dan doktor pakar berkumpul. Saya juga ceritakan usaha membawa membawa Ustaz Azizan ke klinik di Bukit Minyak yang tertangguh.

“Jangan buang masa yang ada, jangan sampai kita terlambat buat keputusan. Mesyuarat inipun sudah memakan setengah jam,” kata TGHH.
Hj Ismail Wan Teh bertanya. “Anta secara peribadi, pada tahap dan keadaan ini, apakah pendirian anta, potong atau tidak?” Saya merenung wajah TGHH, dia menanti jawapan saya.
Saya masih berharap dia akan sedar dan saya akan ikhtiarkan rawatan alternatif untuk tidak dipotong. Bila doktor menjelaskan bahawa mesin bantuan hayat itu tidak mungkin dapat ditanggalkan, bermaksud, jalan alternatif yang ada sudah tertutup.
“Ayah Chik, dalam keadaan di mana jalan alternatif yang saya usahakan sudah tidak dapat dibuat kerana Ustaz tidak boleh dibawa keluar dari sini, saya serahkan pendirian saya kepada keputusan Ayah Chik. Muktamad!
Ustazah Samsiah masih bertegas tidak bersetuju kaki suaminya dipotong. “Ini amanah suami saya,” katanya.
“Saya reda kalau sudah sampai masa nyawanya diambil, dia pergi dalam keadaan itu. Itu pesannya kepada saya dan anak-anak malam Rabu sebelum dia koma.
“Ayah Chik, saya yakin ada unsur lain dalam sakit Ustaz, saya mahu cuba merawatnya dengan kaedah perubatan Islam pula,” kata Ustazah Samsiah sambil cuba mendail satu nombor supaya TGHH dapat bercakap dengan pihak itu.
“Jangan begitu Samsiah, tak boleh bersikap begitu dalam keadaan ini. Itu perkara tidak nampak. Kita kena tengok apa yang nampak dulu. Zahirnya bagaimana? Soal yang tidak nampak kita kira kemudian. Ini persoalan hidup dan mati. Kita perlu buat keputusan untuk menyelamatkan nyawa dia,” kata TGHH.
“Dari segi syarak pun, inilah kewajipan orang yang masih waras dan sedar, Ustaz Azizan sudah tidak boleh buat keputusan untuk dirinya. Sanusi pun terima amanah itu, dia sudah cuba yang termampu.
"Ustaz Azizan dalam bahaya, mengikut keterangan pakar-pakar, kaki perlu dipotong untuk elak kuman merebak ke seluruh tubuh.
Paling bahaya jika sudah meresap ke organ-organ penting. Kita kena dengar cakap mereka kerana kita bukan pakar. Mereka yang pakar dalam bidang ini," katanya lagi.
Panggil Faekah ke sini,”! TGHH kelihatan sangat tegas dan yakin dengan pendiriannya.
Ustazah Samsiah minta diri untuk keluar kerana di situ tiada liputan talian. Dia masih cuba memuat panggilan telefon.
Kak Faekah dan anak-anak masuk. Kak Faekah sudah ada keputusan. Aku berlalu keluar. Ini ruang untuk keluarga membuat pendirian sesama mereka. Bila aku masuk semula, Kak Faekah dan Ustazah duduk bersebelahan di hadapan TGHH dan pasukan doktor.
Kedua-duanya sugul dan menundukkan wajah. Keputusan sudah dibuat. Kak Faekah akan menandatangani surat mengizinkan pembedahan.
Ketegasan TGHH telah memandu keluarga besar itu membuat pendirian dalam keadaan yang sangat getir untuk mereka semua, untuk menyelamatkan nyawa insan yang mereka sayangi, yang sangat berjasa kepada ummah dan perjuangan Islam.
* Muhammad Sanusi Md Nor adalah Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Azizan Abdul Razak
Sinar Harian
semoga beliau cepat sembuh
ReplyDeletekalau sy berada dlm, situasi tu pn, sy berbelah bahagi...
ReplyDeletesemoga ust azizan cpt sembuh... aamiin
ReplyDelete