Kerana sayangkan kekasih, remaja perempuan benarkan rumah jadi tempat lerai motosikal curi

Nor Faizal (duduk, kiri) membuat semakan terhadap nombor casis motosikal yang sudah diubah

KULIM - Gara-gara sayangkan kekasih, seorang remaja perempuan yang juga penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di sini, sanggup membenarkan teman lelakinya menjadikan rumah sewanya sebagai tempat merungkai motosikal curi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, beliau mengarahkan Pasukan Strike Force dari Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kulim yang diketuai Inspektor  Nor Faizal Mohd membuat pemantauan terhadap suspek sebelum menahannya.

Menurutnya, suspek yang merupakan penganggur dan berusia 21 tahun ditahan di rumah keluarganya.

"Polis tidak menemui sebarang peralatan alat ganti motosikal namun, suspek didapati positif dadah setelah ujian air kencing.

"Suspek turut mengaku terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal bersama dua suspek lain.

"Untuk mengaburi pandangan polis dan penduduk, motosikal dicuri akan diproses di rumah kekasihnya,” katanya.

Setelah mendapat maklumat lengkap, polis bersama suspek pergi ke sebuah rumah di pekan Kulim kira-kira jam 3 petang.

Polis menemui sebuah motosikal Yamaha RXZ dalam keadaan enjin dan alat gantinya dileraikan, sementara nombor casis dan enjin motosikal itu di.

Dua rakan suspek yang masih bebas dicari dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.

Sinar Harian


3 comments:

  1. habis wanita tu tak ditangkap sbb subahat..?

    ReplyDelete
  2. ntah...SH online ni tak tulis pulak apa jd kat perempuan tu

    ReplyDelete
  3. assalam,
    kerana kasih kerana cinta sanggup berkorban apa saja??

    ReplyDelete