Isu dedah pakaian dalam: Sakinah tak sangka niat bergurau makan diri


Kuala Lumpur: Pelakon Sharifah Sakinah, 24, yang mencetus kontroversi gara-gara memuat naik rakaman video yang didakwa berunsur lucah ke laman sosial, menjelaskan tidak menyangka niat bergurau dan mengusik kru produksi dalam aksi terbabit, memakan diri.

Sharifah Sakinah yang memohon maaf atas perbuatannya itu, mengakui kesal dan berjanji berhati-hati apabila berkongsi detik peribadi di laman sosial.
Sekadar mengusik


“Rakaman video itu sekadar mengusik. Saya tak sangka ia jadi besar begini. Di mata saya dan beberapa pelakon yang bersama ketika rakaman dibuat tidak menganggap ia isu besar. Lalu, saya tak berfikir banyak kali ketika memuat naik rakaman itu.

“Saya mengaku silap menyebut pakaian dalam. Saya fikir semua hal membabitkan agama, politik atau yang berkaitan kehormatan diri amat sensitif. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas kesilapan ini,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, Sharifah Sakinah dihentam kerana tindakannya memuat naik rakaman video ke laman sosial popular, Keek milik pelakon Anzalna, baru-baru ini.

Rakaman itu memaparkan aksi Sharifah Sakinah mengajuk gaya pertuturan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza selain mendedahkan dia mengenakan pakaian dalam berwarna merah.
Sifat ‘gila-gila’

Sharifah Sakinah berkata, individu rapat dengannya tahu sifatnya yang ‘gila-gila’ dan tidak dipengaruhi bahan terlarang.

“Mungkin ada yang melihat wujud personaliti berbeza antara realiti dan watak baik yang saya lakonkan. Saya ingin menegaskan saya bukan di bawah penggunaan bahan terlarang ketika rakaman video itu dibuat,” katanya.

BH


3 comments:

  1. terlajak perahu boleh diundur, terlajak upload, gitulah padahnya...

    ReplyDelete
  2. selamat pagi
    singgah pagi :)

    ReplyDelete
  3. Nie sudah terlajak pelik. Huhu. Semoga beliau beroleh kesedaran.

    ReplyDelete