Miley Cyrus tak pakai baju di cover Majalah Maxim


Pelakon dan penyanyi Miley Cyrus yang gemar tampil seksi di pelbagai acara membuatnya menjadi perhatian awam. Wanita berusia 20 tahun itu telah terpilih sebagai wanita paling seksi tahun 2013 versi majalah dewasa, Maxim. Pada cover majalah tersebut, kekasih Liam Hemsworth itu tampak topless dengan seluar jeans koyak pada bahagian punggungnya.

Miley posing membelakangi kamera seolah memeluk dinding putih di depannya. Kalung Chocker berbentuk bulat dengan sentuhan gold tergantung di belakangnya. Tampak gelang emas melengkapi pose penyanyi itu.

Tidak seperti gaya sehariannya, rambut pixie Miley disisir sangat rapi ke arah tepi. "Kecantikan rambut pixie-nya membuatnya berada di kedudukan teratas pada voting di minggu pertama," ujar pihak Maxim yang dilapor US Magazine.

Miley berjaya mencuri gelaran tersebut dari supermodel Bar Rafaeli yang dinobatkan menjadi wanita terseksi tahun lalu. Bintang 'Hannah Montana' itu sangat gembira berada di peringkat pertama dalam senarai Maxim s Hot 100. Dia tidak menyangka boleh dipilih menjadi nombor satu oleh para fansnya.

"Rasanya sangat gembira menjadi nombor satu di Maxim s Hot 100, kerana ia dipilih oleh fans," kata Miley.

 Tahun 2012 lalu, Miley cuma menduduki kedudukan 68. Kini penyanyi dari Amerika itu mengalahkan sejumlah selebriti lain. Bintang Disney Selena Gomez berada di urutan kedua dan Rihanna menduduki tempat ketiga. Pada posisi keempat Mila Kunis dan seterusnya Jennifer Lawrence, Ashley Tisdale, Kate Upton, dan pelakon lainnya yang masuk dalam senarai Maxim s Hot 100 tahun 2013.

wolipop

No comments:

Post a Comment