Mak bapak bergaduh, anak jadi mangsa tertikam gunting

 MANGSA bernasib baik kerana gunting itu tidak mencederakan otaknya

Miri: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun bertarung nyawa lebih lima jam apabila sebilah gunting tertusuk di kepalanya sedalam tiga sentimeter, akibat perbalahan antara ibu dan bapanya, awal pagi semalam.

Kejadian jam 3 pagi itu berlaku selepas cubaan ibu kanak-kanak itu menyerang bapanya menggunakan gunting tersasar, sebaliknya mengenai kepala mangsa yang ketika itu sedang tidur.

Sebelum itu, pasangan berusia 30-an itu bertengkar di rumah mereka di Jalan Tanjung Miri, di sini kerana si isteri berkenaan menuduh suaminya menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

Sumber berkata, ketika kejadian pasangan terbabit juga dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol menyebabkan masing-masing enggan beralah dan kemuncaknya wanita terbabit cuba menikam suaminya menggunakan sebilah gunting.

Menurutnya, pertengkaran yang pada mulanya berlaku di ruang tamu itu berlarutan sehingga ke bilik tidur sebelum wanita terbabit menyerang suaminya dengan gunting.


MyMetro


1 comment:

  1. Astaghfirullah... nasib baik anak tu masih hidup dan tak cedera otak. kalau tak kesal seumur hidup menanggung anak jadi OKU atau yg terus pergi buat selama-lamanya..

    ReplyDelete