Satu kejadian unik dialami para penumpang American Airlines yang terbang dari Los Angeles ke New York. Ketika itu di dalam pesawat ada "konsert solo" yang dilakukan oleh salah seorang wanita. Ia terus menyanyi hingga terpaksa diusir.
Pesawat tersebut seharusnya terbang tanpa henti namun disebabkan wanita itu terus menyanyi itu mereka telah berhenti kecemasan. Pesawat terpaksa belok ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansas City untuk menurunkan penumpang tersebut kerana dia tidak henti-henti menyanyikan "I Will Always Love You" milik Whitney Houston dengan suara nyaring.
"Wanita itu telah mengganggu penumpang lain dan terpaksa diturunkan kerana kru pesawat turut terganggu," ucap Joe McBride, jurucakap Lapangan Terbang Kansas City. "Di dalam pesawat itu ada seorang polis penerbangan persekutuan yang cuba memujuknya, tapi akhirnya telah mengikatnya dan menurunkannya dari pesawat."
Menurut laporan Joe McBride, para penumpang mencurigai kelakuan menyanyi berterusan itu akibat diabetes. Polis akhirnya melepaskan wanita itu tanpa dikenakan apa-apa tindakan. Pihak American Airlines menolak memberikan perkhidmatan pengganti sehingga wanita itu mengusahakan sendiri penerbangan untuk meneruskan perjalanannya. - wk

No comments:
Post a Comment