Seorang tahanan lari tersilap masuk balai polis untuk sembunyi

Gambar hiasan

St Louis (Missouri): Seorang lelaki yang melarikan diri selepas ditahan polis, akhirnya ditangkap selepas tersilap berlari ke dalam sebuah ibu pejabat polis untuk bersembunyi.

Lelaki itu yang namanya tidak disiarkan ditahan ketika memandu.

Pihak berkuasa berkata, dia keluar dari keretanya, menolak anggota polis dan melarikan diri.

Polis mengejar lelaki itu yang kelihatan kepenatan tetapi terkejut apabila melihatnya meluru terus ke dalam ibu pejabat polis St Louis County.


Dia dipercayai tidak nampak papan tanda di luar bangunan itu ketika cuba mencari tempat untuk bersembunyi.


Anggota di dalam balai berkenaan menahan lelaki itu dengan mudah.

“Anda mungkin tidak percaya jika saya cakap. Sebenarnya dia lari ke arah penjara di balai ini tetapi berpatah balik untuk mencari jalan keluar. Dia bernasib baik kerana tidak terus masuk ke penjara,” kata jurucakap polis, Bryan Ludwig. - Reuters

1 comment:

  1. aduhai kesiannya..dah lari termasuk dalam balai lak..haha

    ReplyDelete