Gambar hiasan |
MIRI 26 Mei - Seorang lelaki sempat menyembah pantai sebelum cuba membunuh diri gara-gara putus cinta dengan teman wanitanya di Tanjong Lobang di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 2 petang itu, lelaki berusia 25 tahun berasal dari Kuching dipercayai bergaduh dengan teman wanitanya yang mendesak mahu memutuskan hubungan mereka.
Menurut saksi yang hanya dikenali sebagai Yahya, 32, sebelum kejadian, lelaki berkenaan menunjukkan tingkah laku yang pelik seperti bercakap seorang diri dan sujud beberapa kali ke arah pantai.
"Tidak lama selepas itu kami melihat dia berjalan menuju ke tengah laut hampir 100 meter berada dalam keadaan tenggelam timbul dan melambai-lambai tangannya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Yahya berkata, dia dan dua rakannya terus terjun ke pantai dan berenang ke arahnya selepas mendengar jeritan orang ramai serta berjaya menyelamatkannya walaupun pada awalnya lelaki itu melawan enggan dibawa ke tepi pantai.
Sementara itu, jurucakap Balai Polis Pusat Miri ketika mengesahkan kejadian itu berkata, lelaki berkenaan sudah di bawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE

Huhuu..mcm2,,demi cinta,,sanggup nk bunuh dri
ReplyDelete