Sucre - Boleh dikatakan tiada siapa yang pernah melihat bentuk asal haiwan purba dinosaur. Walaupun begitu, anda masih boleh memburu jejaknya. Salah satu jejak dino terbanyak di dunia ada di Bolivia, jumlahnya 5,000!
Namanya Dinosaurus Dance Floor yang berada di Cretaceous Park, Bolivia. Ia dinamakan seperti itu kerana terdapat banyak jejak dinosaur yang dijumpai di sini.

Bayangkan, ada sekitar 5,000 jejak dari 294 dino berbeza. Kawasan ini dijumpai secara tidak sengaja oleh seseorang bernama Klaus Schutt yang sedang bersiar-siar. Ia menemui batu kapur seluas 25,000 meter persegi yang dipenuhi jejak dino.
Beberapa tahun kemudian, tepatnya tahun 1998, para saintis yang diketuai oleh ahli Panteologi dari Switzerland bernama Chistian Meyer mengkaji batu tersebut. Akhirnya, jejak di batu kapur tersebut diakui dan jadi laman jejak dinosaur terbesar setakat ini.

Menurut laman web dinosaurus.org, diyakini jejak ini telah berusia sekitar 68 juta tahun. Ada sekitar 250 jalur jejak yang dijumpai, dan ada 6 jenis dinosaur berbeza yang menjejakkan kakinya di sana. Jejak yang paling menakjubkan adalah milik titanosaurus, dino pemakan tumbuhan yang mempunyai saiz sekitar 15-25 meter.
Sedangkan jejak yang paling panjang adalah 347 meter. Ini dimiliki oleh seekor bayi tiranosaurus yang dinamakan Jhonny Walker oleh para penyelidik. Anda juga boleh melihat sendiri kewujudan jejak dinosaur di Cretaceous Park. Taman yang dibuka sejak tahun 2006 ini dilengkapi juga dengan replika dinosaur, muzium, juga pameran audiovisual.
travel.detik.com

No comments:
Post a Comment