Gadis ini dipukul gara-gara punyai wajah cantik mirip Taylor Swift

 Xenna (kiri) dan Taylor Swift (kanan)

 Mempunyai wajah cantik mirip Taylor Swift selain membawa keuntungan tersendiri untuknya, ternyata juga mendatangkan kemalangan untuk gadis ini. Dia mendapat kekerasan kerana menurutnya, ada orang yang tidak suka pada kemiripannya dengan Taylor.

Xenna Kristian itulah nama gadis berusia 18 tahun yang mirip penyanyi cantik dari Amerika Syarikat ini. Xenna berasal dari Shropshire, United Kingdom merupakan seorang mahasiswi.

Cedera
Dia mengaku mendapat kekerasan dari beberapa mahasiswi di kampusnya. Wajahnya cedera akibat dipukul berkali-kali oleh pelajar lain yang iri hati dengannya.

Xenna sangat sedih atas kejadian yang menimpanya. "Saya tidak pernah berharap ini terjadi padaku. Sangat tidak suka melihat orang lain jahat padamu. Sebelumnya kejadian ini tidak pernah terjadi. Saya sangat terkejut," tuturnya pada Daily Mail.

kerana wajah Taylor Swift itulah Xenna tampil untuk menyertai beberapa persembahan sama ada untuk tujuan amal dan juga pesta-pesta. Kini gara-gara kecederaan yang dialaminya akibat dipukul mahasiswi di kampusnya, dia harus bercuti sejenak dari membuat persembahan.

"Saya telah membatalkan tiga tawaran persembahan. Dan saya tidak boleh muncul selagi kecederaan ini belum sembuh," kata Xenna.

wolipop

No comments:

Post a Comment