Gadis ini terkenal kerana tiru dialek orang dalam berbagai bahasa


Sara Maria Forsberg (19), seorang juruwang di sebuah pasar raya di Finland, dalam masa singkat punyai jutaan peminat di dunia maya. Forsberg yang menguasai tiga bahasa itu tertarik pada bahasa dan dialek. Hal yang dia lakukan adalah membuat dan memuat naik video di Youtube tentang cara dia meniru orang-orang bercakap dalam pelbagai bahasa.

Dalam videonya, "What Languages ​​Sound Like To Foreigners", dia tampak bicara dalam pelbagai bahasa walau sebenarnya kalimat yang dia ucapkan tak ada ertinya.

Namun, video itu telah dilihat lebih dari 9 juta kali. Remaja Finland itu mendadak terkenal dan mendapat kunci bandar dari Datuk Bandar Pietarsaari, bandar asalnya. Akhir Mac ini lulusan sekolah menengah dan sekolah memasak itu akan ke Los Angeles. Kerana video itu, beberapa syarikat pengiklanan telah menghubunginya. (AP / DI)




Sumber dari kompas.com

No comments:

Post a Comment