Amina Tyler si pendemonstrasi b0gel ditangkap pihak berkuasa Tunisia


Tunis - Setelah dilaporkan berbulan-bulan bersembunyi di sebuah tempat rahsia, penggiat feminis Tunisia berjaya ditemui dan ditahan pihak berkuasa Tunisia pada awal minggu ini. "Dia bakal didakwa sebagai provokator aksi," ujar pihak berkuasa.

Amina Tyler, gadis berusia 19 tahun, dicekup pegawai keselamatan di tengah pertembungan antara polis dan kumpulan Salafi, Ansar al-Shariah, di tengah Bandar Kairouan, Ahad, 19 Mei 2013.


Tyler sebelumnya pernah menceritakan bahawa dirinya merupakan seorang anggota kumpulan feminis Ukraine yang menggunakan tubuh bogl sebagai satu cara protes.

Pejabat berita Associated Press mengutip keterangan sebahagian saksi melaporkan Tyler diduga telah menuliskan kata "Femen" di tembok berhampiran Masjid Agung dan menggantung sepanduk di atasnya sebelum penduduk marah dan meneriaknya agar dia pergi.

Dalam sebuah gambar video yang dimuat naik oleh laman berita online Tunisia, Nawaat, Tyler yang berambut perang, tampak mencengkam sepanduk dan dibawa pergi dengan kenderaan van oleh polis. Warga setempat berteriak di depan kamera, "Dia tidak menghormati kami. Kami akan menjaga kesucian kota kami. Gadis kotor seperti dia tidak boleh ada di antara kami."

Mohammed Ali Aroui, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Tunisia, berkata aksinya dianggap provokatif dan dia sedang dalam siasatan berkaitan dengan tindakannya pada Ahad, 19 Mei 2013. "Kami boleh memahami kemarahan masyarakat terhadap penampilan (b0gel) dia," ujar Aroui.

Pada Mac 2013, Tyler memuat naik foto-foto b0gelnya disertai kata-kata "Tubuhku adalah milikku sendiri". Selepas itu, dia bak ditelan bumi, bersembuyi di sebuah tempat kerana mendapatkan ancaman bunuh. Menurut peguamnya, pada April 2013, Tyler cuba meninggalkan Tunisia.

Ancaman terhadap Amina Tyler mendapatkan perhatian dari kelompok feminis di berbagai negara di Eropah, Itali dan Perancis. Mereka menuntut agar Tyler dibebaskan. Dalam aksi jalanan di Paris, bulan lalu, mereka membentangkan sepanduk bertulisan "Bebaskan Amina!" sebagai bentuk protes atas tuduhan yang bakal dikenakan kepada Tyler.

Tempo

2 comments:

  1. Ada penyokong pulak dah benda macam ini. Masa kena tangkap dia bogel tak agak-agak?

    ReplyDelete