David Beckham jadi pencipta lagu selepas bersara?


Apa yang bakal dilakukan oleh David Beckham selepas persaraannya? bekas anggota Oasis, Noel Gallagher memberikan satu saranan bagi selebriti bola sepak ini selepas persaraannya.

Noel menyarankan agar Beckham menjadi pencipta lagu ketika ditemui di Ivor Novello Awards. Satu cadangan yang memeranjatkan kerana Beckham tidak mempunyai latar belakang muzik.

Selain penulis lagu, Noel yakin bahawa Beckham boleh masuk dalam pengurusan bola sepak.


"Dia mempunyai kerjaya yang hebat dan bermain di kelab hebat di dunia. Dia mungkin masuk dalam bidang pengurusan kelak" ujar Noel.

Noel mengaku bahawa sebenarnya dia sangat benci ketika Beckham bersama Manchester United. Namun kebencian tersebut lama-lama hilang selepas mereka berteman selepas Beckham pindah dari United. perpindahan Beckham daripada United disambut gembira oleh Noel saat itu.

No comments:

Post a Comment