Replika pesawat angkasa X-Wing ini dibina menggunakan lebih lima juta keping set Lego. Foto: AP |
BINAAN pesawat angkasa X-Wing ini sememangnya akan membuatkan peminat siri sains fiksyen, Star Wars teruja.
Model Lego terbesar dihasilkan daripada 5,335,200 keping set itu dipamerkan di Times Square selama tiga hari bermula kelmarin, selepas ia tiba dari Kladno, Republik Czech.
Seramai 32 pakar Lego bekerjasama dan mengambil masa selama 17,000 jam untuk membina replika 42 kali ganda lebih besar dari model Lego X-Wing 9493 yang berada di pasaran pada harga AS$60 (RM182).
Pengunjung juga boleh duduk di dalam model berukuran tiga meter (m) tinggi dan 13 m panjang itu untuk merasai pengalaman seperti berada dalam pesawat angkasa sebenar.
Pengarah Hubungan Jenama Lego, Michael McNally memberitahu ia direka dengan teliti dan turut mempunyai struktur logam dalaman untuk menyokong struktur tersebut.
"Pakar kami selalu menguji kemahiran kreatif mereka untuk membina replika seperti saiz sebenar sesuatu objek itu," jelasnya lagi.
Difahamkan, kokpit pesawat itu juga dilengkapi gerai untuk mengambil gambar selain terdapat pelbagai kesan bunyi untuk menarik perhatian pengunjung terutamanya kanak-kanak dipetik daripada laporan MailOnline.
Sinar Harian

No comments:
Post a Comment