Brad Pitt merasa bangga dengan keputusan pasangan hidupnya Angelina Jolie yang mahu melakukan prosedur mastektomi atau membuang payudara untuk mengelakkan kanser. Bagi Pitt, Jolie sangat berani.
"Menyaksikan keputusan ini (diambil) sejak awal, aku melihat pilihan Angie, begitu juga wanita lain sepertinya, sangat berani. Aku berterimakasih dengan pasukan perubatan kami untuk rawatan dan perhatian mereka," ujar Pitt ketika wawancara dengan Evening Standard.
Lelaki yang memberikan Jolie tiga anak kandung itu menyokong penuh keputusan pasangan hidupnya tersebut. Apalagi pelakon 37 tahun itu melakukan mastektomi demi kesihatannya.
"Yang aku inginkan adalah dia hidup sihat dan panjang umur, bersamaku dan anak-anak kami. Ini adalah hari bahagia untuk keluarga kami," ujar Pitt lagi.
Sebelumnya Jolie mendedahkan pada New York Times dia telah menyelesaikan operasi membuang payudara pada April 2013 lalu. Prosedur operasi tersebut bermula sejak Februari.
Dalam artikel berjudul My Health Choice di akhbar tersebut, bintang filem Tomb Raider itu menjelaskan alasan kenapa dirinya memutuskan membuang dua payudaranya. Alasan paling utama adalah kerana ibunya pernah berjuang melawan kanser hingga meninggal di usia 56 tahun. Jolie sangat sedar bahawa penyakit kanser payudara ini boleh menurun kepadanya.
Dengan menjalankan operasi membuang payudara ini Jolie menurunkan risiko tersebut. Menurutnya, berdasarkan keterangan doktor, dia awalnya 87% berisiko terkena kanser payudara dan 50% berisiko terkena kanser ovari. Selepas pembedahan, risiko tersebut menurun menjadi hanya kurang daripada 5%.
wolipop

No comments:
Post a Comment