Tom Cruise penerbit dan pelakon Mission Impossible 5


Paramount Pictures dan Skydance Productions secara rasmi mengumumkan Tom Cruise akan kembali bergabung di "Mission: Impossible 5". Filem terbaru ini Tom bukan hanya bertindak sebagai pelakon utama namun juga duduk di kerusi penerbit. Malangnya, belum ada pengumuman siapakan pengarah yang terpilih mengarahkan filem kelima franchise "Mission: Impossible" ini.

Kedudukan pengarah ini akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Paramount. Menurut berita yang beredar, Christopher McQuarrie menjadi salah seorang calon yang akan dipertimbangkan. Jika Christopher benar-benar terpilih, maka ia akan mempunyai beban besar untuk mengalahkan kejayaan filem sebelumnya, "Mission: Impossible Ghost Protocol".

Filem yang diarahkan pengarah Brad Bird itu berjaya menjadi filem "Mission: Impossible" terlaris dan mengaut USD 700 juta di seluruh dunia. Jadi sesiapa yang menggantikan Brad diharapkan mampu untuk menyamai ataupun mengalahkan rekod tersebut.

Beberapa waktu lalu, Tom memang sempat membocorkan bahawa "Mission: Impossible 5" sedang dalam proses pengeluaran. Ketika itu bekas suami Katie Holmes ini mengaku sedang menggarap ceritanya bersama Paramount.

 

No comments:

Post a Comment