SEBAHAGIAN daripada peserta berlatih senaman bantal drumb bell pada Program Pertandingan Jom Kurus 2013 di Kota Bharu semalam. |
KOTA BHARU – Satu daripada empat penduduk di Kelantan mengalami masalah obesiti kesan daripada tabiat masyarakat di negeri itu yang mengambil makanan dalam kadar berlebihan dan kecenderungan kepada makanan manis.
Konsultan Kanan Perubatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail (gambar) berkata, keadaan itu didapati semakin membimbangkan setiap tahun apabila jumlah individu obes meningkat secara mendadak terutamanya penduduk di kawasan bandar.
Beliau berkata, budaya masyarakat yang makan dalam jumlah yang banyak bermula daripada hidangan sarapan yang berat seperti nasi berlauk memberi kesan negatif kepada mereka lebih-lebih lagi apabila tidak bersenam.
Katanya, seseorang dianggap menghadapi masalah obesiti apabila ukuran indeks jisim badan berada pada paras 30 ke atas yang akan membuatkannya tiga kali ganda lebih berisiko menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, masalah kolesterol dan angin ahmar.
“Golongan muda terutamanya harus mengambil berat tentang pemakanan mereka dari awal dan bukan menunggu sehingga sudah memasuki usia 40 tahun ke atas,” katanya ketika ditemui pada Program Pertandingan Jom Kurus 2013 Kampus Kesihatan USM di sini semalam.

Kosmo
mun pon suka makan berat untuk sarapan..
ReplyDeletesalam jumaat yang indah
ReplyDeleteaku bukan orang kelantan tapi.... ok aku tak nak habiskan ayat tu hahahaha
ReplyDeletenasib baik sy tak duduk kelantan. sebab makanan sana, sedap2.. kat sini pun selalu cari kedai makcik kelantan bila time pasar malam
ReplyDelete