Ayam terbesar didunia ini suka makan popcorn


Nama ayam ini ialah Little John. Ia mempunyai ketinggian 66 cm sehingga membuatkan kanak-kanak kecil ketakutan di kawasan ladang yang terletak di Essex, United Kingdom.

Rupanya rahsia yang membuat ayam ini membesar adalah ia makan popcorn. Bukan hanya itu, Little John juga suka makanan yang digoreng dan sandwich. Kedua-dua jenis makanan tersebut memang kerap diberikan oleh pengunjung di ladang milik Goldsmith.


"Little John kelihatan lebih besar daripada ayam jantan lain yang ada di sekitar sini," ucap lelaki berusia 45 tahun itu. "Dia boleh tumbuh dengan besar kerana ia dijaga dengan baik."

Ketika ini Goldsmith berusaha mendaftarkan ayam peliharaannya itu sebagai ayam terbesar di dunia. Dia yakin Little John akan mendapat gelaran itu kerana pemegang rekod sebelumnya, Melvin, hanya setinggi 60 cm.

"Jika ukurannya sudah dirasmikan, maka Little John akan mengambil-alih gelaran ayam terbesar dan tertinggi di dunia," ucap wakil Guinness Book of Records. Little John sendiri adalah ayam jenis Brahma iaitu peranakan Asia dan lebih dikenal dengan sebutan "burung Shanghai".

wk

No comments:

Post a Comment